# Bukan perihal cinta

15 2 0
                                    

Aku coretkan satu cereka dusta tentang mu,

Menafikan setiap satu kenangan yang terukir dalam memori.
Memadam setiap satu rasa yang menjalar di hati.

Menyekat kenangan yang menerpa. Mendesak minda untuk terus lupa.
Merawat hati agar tak patah.
Memaksa atma agar baik-baik sahaja.

Ku bina satu benteng pemisah.

Agar satu masa nanti tak ada lagi namamu yang bertakhta.
Soal perih berombak lara.
Perihal suka yang kelak bertukar cinta.

Agar tak ada lagi tentang 'kita'.







Kerna kau,
Memilih dia.

5/6/2023
09:19 pm

Pena MindaWhere stories live. Discover now