# Tuntun Aku

15 1 0
                                    

Ya Rabb...
Istiqomah itu tak semudah hijrah ya?

Adakalanya hambaMu ini lupa meluangkan masa denganMu.

Sujudku saja sering terburu-buru..

Hinanya aku,
Tika niatku mencari khusyuk hanya kerna mendambakan sesuatu.

Kukenang Kau dalam doa,

Namun aku lupa Kau ada tatkala dibuai nikmat dunia.

Buat kali yang aku sendiri tak tahu kali ke berapa..
tuntun aku dalam perjuangan mencari keredhaanMu.

7 Ogos 2023
5:04 pm

Pena MindaWhere stories live. Discover now