8 Jun 2023, Khamis.
Alhamdulillah,
Tak ada kata yang mampu menjelaskan segala rasa yang membelenggu jiwa.Alhamdulillah,
Maha suci Allah yang kasih kepada hamba-Nya.Alhamdulillah,
Leganya hati ini tak mampu kuzahirkan melalui coretan semata.Bukan melalui rima yang tersusun indah,
Bukan juga melalui susunan aksara.Memikat hati, membuatkan setiap mata yang singgah tetap membaca.
Alhamdulillah,
Untuk segala nikmat yang Dia kurnia.Alhamdulillah,
Aku mampu membuatkan mereka mengukir senyuman indah..Melakar raut wajah bangga,
Menitiskan air mata kerna bahagia.Alhamdulillah..
Alhamdulillah a'la kulli hal.02: 30 pm
YOU ARE READING
Pena Minda
RandomSepasang mata yang Dia kurnia, Hanya tahu memerhati. Hati dan minda menghayati... Lantas jari jemari ini menari-nari dalam sepi. Singgahlah sejenak di sini, Siapa tahu ini yang kau cari.. @NurSyuhadahZf 18 Start : 4 Februari 2022 End : Achieveme...