# Kopi

20 1 0
                                    

Jari jemari ini menari perlahan di atas permukaan gelas kaca yang terletak di depan mata.

Lantas setelah beberapa detik berlalu.

Aku menghirup perlahan.
Menikmati rasa panas yang menenangkan.

Mungkin dapat aku simpulkan.

Bahawa setiap satu rasa kopi ini menggambarkan hidup yang aku jalani.

Pahit.
Namun masih ada terselit rasa manis.

Aku suka rasanya.
Mendamaikan.

Adakalanya,
Meninggalkan banyak persoalan.
Dan aku dengan relanya,
Mencari jawapan.

05:50 am
10/6/2022

Pena MindaWhere stories live. Discover now