"ABAH ni, kakak gi sano nok gi cari kijo.. Buke nok gi cari jate.. Boleh la deh?" Aku duduk bersimpuh di depan abah yang tengah duduk di atas kerusi. Tangan tua abah aku genggam dengan tangan kecilku.
"Abah buke gapo, abah rusing! Kakak tu ore tino, nok gi denuh sore-sore pulok tu.." Abah masih lagi berkeras tidak mahu aku ke sana. Tangannya aku lepas.
Bibir dicebik. Badan dipusing ke belakang memandang umi. Berharap sangat umi akan memujuk abah bagi pihak aku. Aku bukannya saja-saja nak pergi sana. Aku dah cakap dah aku nak pergi cari kerja. Kat sini tak dapat, mana tahu rezeki aku kat sana?
"Umi...." Kataku meleret. Dah macam budak kecil pula.
Cermin mata yang dipakai oleh abah dipecat. Diurut perlahan pelipisnya. Pening dengan perangai aku mungkin?
"Gini la.. Abah, wi je la anok tino abah ni gi sano.. InshaAllah tok jadi gapo gapo.." Umi pujuk abah. Aku tersenyum. Kepala dipusing kembali melihat abah.
"Umi wi tu... Takke abah tokse wi?"
Abah memandang aku lama. Mesti teragak-agak nak beri kata putus. Iye la, aku ni perempuan. Takkan senang-senang aje abah nak bagi anak perempuan dia yang comel ni pergi jauh, kan? Lagi-lagi dekat bandar sana. Mesti la risau.
Tetapi aku boleh aje jaga diri. Aku dah besar, dah 20 tahun dah pun.
"Boleh la, abah tok sayei kakak ko?"
"Eh budok bertuoh ni, sebab ore sayei la ore tokse wi gi!"
Aku tersengih macam kerang wangi. Tahu. Kalau abah tak cakap pun aku dah tahu abah sayang aku.
"Pah tu? Kakak nok gi KL, boleh dok? Kakak reti jago diri.. Abah tok payoh rusing la.." Tak berputus asa. Aku masih lagi memujuk.
"Haih.. Ho la, abah wi..." Kata-kata yang keluar daripada mulut abah membuatkan aku tersengih lebar. Laju kepala ditoleh ke arah umi.
"Umi, abah wi gi.. Yeay!!"
Aku bangun dari duduk dan mula melompat. Tidak sabar. Pertama kali nak pergi Kuala Lumpur.
"Bilo nok gi nyo?" Tanya abah. Aku kembali duduk di depan dia.
"Esok." Aku menjawab selamba. Tiket bas aku dah beli kelmarin. Baju pun aku dah kemas. Tinggal nak minta persetujuan abah aje. Dan sekarang, abah izinkan!
"Esok?! Cepat nyo! Tiket?!" Tanya abah terkejut. Ternaik bahu aku dek jerkahan abah.
"Kakak beli doh tiket, hehehe.."
Abah menggeleng kepala melihat aku.
"Bare bare ado belako doh ko?" Tanya abah. Aku mengangguk laju."Ado doh." Aku mengesot mendekati umi yang duduk di atas kerusi kayu. Kepala diletak di atas pahanya.
"Umi, kakak gi KL esok..."
Umi mengangguk perlahan. Tangan umi naik mengusap lembut kepala aku yang berlapik tudung sarung. Diusap penuh kasih sayang. Tiba-tiba sedih pula, padahal aku yang beria nak pergi sana.
"Umi tok sedih ko?" Aku mendongak memandang muka umi. Umi menunduk melihat muka aku lalu tersenyum.
"Sedih la, tapi kakak nok gi jugok.. Nok wak gano, tak apo la.. nati kalu ado maso gak, balik sini semula deh.." Aku mengangguk perlahan.
"Kakak janji.. Nati kakak dapat kijo kat KL, kakak nok belanjo umi nga abah.. Maso tu, mitok jah gapo gapo.. InshaAllah kakak wi, hehehe.." Mata aku bersinar-sinar memandang muka umi. Tak sabar rasanya. Nanti kalau dah dapat gaji pertama, aku janji akan belanja umi dengan abah. Tak lupa juga adik lelaki aku, Hairel.
"Oi, jange wak dok ingat gitu la.. Arel nok jugok.." Hairel tiba-tiba keluar daripada biliknya. Panjang umur. Aku memandang dia dengan muka berkerut. Sibuk aje. Arel, nama manja dia. Aku yang bagi. Dulu masa kecil, nama Hairel tu terlalu susah untuk aku sebut. Jadi, aku bagi nama dia Arel. Senang.
"Ee sibuk jah dio.. Arel budok sekoloh lagi, nok wi gapo? Nok wi telepon pun mugo ado doh.." Kataku sambil tersengih jahat. Orang nak belanja umi dengan abah je.
Arel memuncungkan mulutnya. Matanya disepetkan sambil memandang aku tajam. Tak puas hati la tu. Aku menjelirkan lidah.
"Mano aci.." Dia berjalan ke arah abah. Kerusi di sebelah abah jadi tempat dia melabuhkan punggung. Muka aku dijeling oleh Arel. Uih, mengerikan~
"Jeling la kakak gitu.. Esok kakak nok gi doh KL, nati kalu Arel rindu kakak tok tahu.." Arel membulatkan matanya.
"Esok?!" Tanya Arel tidak percaya. Aku dengan bangganya mengangguk.
"Ya, esok." Kataku berlagak.
"Oloh cepat nyo!" Dia bangun daripada duduk dan berjalan ke arah aku. Dia duduk bersila di tepi aku. Tangan aku ditarik dan digenggam. Bibirnya dicebik.
"Kakak ni.. Mace tok sabar jah nok tinggal abah, umi nga Arel kat sini.." Dia seakan memujuk aku supaya tidak pergi esok. Tapi, apa boleh buat.. Tiket dah beli.
Tangan aku dicium berkali kali oleh Arel. Ish, mengada betul! Aku menarik tangan aku semula.
"Apa cium cium ni?!"
"Oloh, tokleh cium dih.. Siap kecek KL tuh, mesti kakak tok sabar kei nok gi denuh.. Takpo la.."
"Umi, kakak nok tinggal Arel.." Umi mengusap pula kepala Arel. Drama betul la budak ni! Ikut perangai siapa entah.. Mengadu dekat umi aje kerja kau ya!
"Drama! Doh la, kakak nok gi kedai ni.." Kataku lalu bangun berdiri. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar mencari duit. Duit sepuluh ringgit aku keluarkan.
Laju Arel mendongak memandang aku.
"Nok gi jugok!""Mari nok gi gak, kakak nok gi kedai depe tu jah.. Umi nga abah nok gapo?" Tanya aku kepada kedua orang tuaku. Mana la tahu nak kirim biskut ke, roti ke.. Boleh aku beli sekali.
"Ais krim lah sor.." Jawab abah sambil mengangkat jari telunjuk menunjuk simbol satu. Aku tersenyum. Abah ni walaupun dah berusia masih lagi minat ais krim. Kalau orang lain, hm memang tak la nak makan ais krim. Ngilu!
"Umi?" Kepala dipusing memandang umi. Kening diangkat. Tangan umi naik mengetuk dagu. Mulut dimuncungkan. Alolo comel..
"Hm.. Umi nok... Ais krim jugok la, supo nga abah.."
"Okey.. Jom, Arel.."
Arel berdiri dan mula turun ke bawah. Tudung sarung ditarik ke belakang sedikit. Duduk di kampung, pakai baju tshirt dan seluar trek aje. Nak keluar pun sarung je tudung sarung tu, senang.
"Molek sikit!" Laung abah dari atas sana. Aku hanya mengangkat tangan dan membuat simbol 'ok'.
Arel meletak tangannya dibahu aku. Biasa la, kakak lebih pendek dari adik. Baru umur 17 dah tinggi lampai. Aku yang 20 ni pun paras bahu dia aje. Apa la yang umi bagi budak ni makan masa kecil?
YOU ARE READING
MARIPOSA [HOLD]
Teen FictionHanis, seorang gadis kampung yang berumur 20 tahun dan berkerja di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti rusa masuk kampung, langsung tidak tahu menahu tentang selok belok di bandar sana. Shaari, seorang pegawai polis yang berba...