Part 12 : Jealous.

22.7K 187 5
                                    

Masuk saja di Starbuck, kelihatan seorang lelaki sudah melambaikan tangan kepada Adelia. Boleh tahan. Laju Adelia melangkah meninggalkannya di belakang. Dia mengikuti langkah Adelia bersahaja. Tak lari mane pun Adelia tu.

"Baby, I miss you so much" berdesing telinga Adrian mendengarnya. Di usha lelaki itu atas bawah. Ni kire bf Adelia ke sugardaddy dia?

"Miss you too. Lame tak jumpa. Dah lupa ke caner?" Balas Adelia. Nada suaranya yang manja membuatkan Adrian menjeling. Wahhh kemain eh. Bagai mahu terkeluar biji matanya melihat Adelia tanpa segan silu memeluk lengan lelaki itu. Dapat dilihat tetek Adelia terpenyet gara-gara pelukan terlalu kuat. Ahh ni dah lebih.

"Sorry, aku Adrian. Aku takde buat apa, so saje ikut Adel. Takpekan?" Ujar Adrian memperkenalkan diri. Tangan dihulurkan. Bukan ikhlas pun. Biar Adelia tak boleh peluk dah.

"Oh Adel ade bagitau tadi. Kawan dia nak ikut. Takde hal lah. Kawan Adel pun kawan aku jugak. Aku Amran." Ujar lelaki yang bernama Amran itu sambil menghulurkan tangan.

"Sweety, you nak minum apa? I orderkan."
Soal Adrian. Adelia kelihatan berfikir sejenak.

"Latte. Adel suke latte" Belum sempat Adelia menjawab, Amran sudah memcelah. Panas hati Adrian sekali lagi. Sampai minuman favourite pun die tahu. Rapat sangat nampaknya. Saja nak bagitahu aku Adelia ni dia punya kut. Kesah pulakkk.

"Yes. Latte." Adrian berlalu dengan sebal untuk mendapatkan pesanan Adelia. Mujur tidak terlalu ramai. Jadi tidak lah terlalu lama dia meninggalkan Adelia dengan lelaki itu berdua. Naik berbula matanya melihat kemesraan dua orang itu. Adelia pulak dilihat melayan. Langsung tidak memperdulikan perasaannya. Setelah pesanannya siap. Dia kembali ke meja.

"Your latte, sweety." Ujar Adrian sambil menghulurkan air Adelia.

"Thanks, my boy." Balas Adelia mesra. Tahu Adrian sedang cemburu. Malas mahu membiarkan suasana ini semakin bahang. Sudahlah dah lama tidak jumpa Amran ini. Spoil betul kalau Adrian tiba-tiba mencuka atau mengamuk. Adrian ini bukan boleh dijangka tindak-tanduknya.

Tersenyum Adrian mendengar Adelia menggelarnya ' my boy '. Sejuk sedikit hatinya.

" So korang ni kire macam mane? I mean you guys punya relay? " Tanya Amran tanpa berselindung. Dia juga dapat merasakan Adrian memandangnya seperti mahu ditelan hidup. Dia lelaki, Adrian juga lelaki. Dia paham sangat dengan pandangan mata Adrian itu.

"Oh relay kami agak complicated, kan Ad? Hahaha." Jawab Adelia sambil menepuk peha Adrian. Tak tahu nak bagi jawapan apa. Iye la. Nak cakap kawan, bile mase kami berkawan. Bergaduh je manjang. Nak cakap in relationship, sejak bile?? Depan Mummy Aini je la kut. So biar jawab gitu, selamat.

Adrian mengerutkan dahi mendengar jawapan Adelia. Sedikit tidak puas hati apabila Adelia seakan mahu mengatakan mereka tiada ikatan. Hailah Adrian oi, habistu ko nak Adel jawab macam mana? Dah memang ko tak pernah confess ko suka dia.

"Complicated? Like how? Aku boleh nampak Adrian sayang kau macam mana banyaknya. Takkan kau tak perasan Adel. Mamat sado macam ni takkan kau nak lepas. Kalau aku kan nyah, aku ngap cepat-cepat." Balas Amran. Adrian sedikit lega mendengar. Nampaknya Amran paham hatinya. Jealousnya sudah berkurangan. Tidaklah dia risau lagi.

" Ade-ade jelah ko ni. Hmm... Lepas ni nak pergi mana? Ko cakap nak belanja aku shopping kan? Aku cancel metting aku dengan sugardaddy aku semata-mata nak lepak dgn ko. So harini aku nak kikis ko habis-habisan, Mr.Pilot." Laju Adelia menukar topik perbualan. Dua orang lelaki dan dia seorang perempuan memang hangus lah dia jadi bahan nanti.

" Ye la demi mu sahabat, aku rela makan pasir bulan ni. Ikut kau lah nak pergi mana. Janji dalam Malaysia lagi. Lusa aku ade flight. "

"Cantekk. Jom. Ioi city mall okay. Aku gerak dulu dengan Ad. Kau jangan lari pulak. Bye!" Laju dia menarik tangan Adrian yang masih setia menjadi pendengar mereka. Dah lama tak shopping. Otaknya ligat membuat senarai barang yang ingin di belinya sebentar lagi. Tak sabarrrr. 😋

Gold Digger High Class.Where stories live. Discover now