Part 14 : Makin Rapat

21.5K 169 5
                                    

Adelia memerhati skrin telefonnya yang berbunyi. Apalagi lah dia nak, tak serik ke kene ketuk dengan aku sampai berpuluh ribu. Dengan malas Adelia swipe ke kanan.
Telefon diletakkan di telinga.

"Yes? Anything I can do for you Mr. Adrian?" Soal Adelia formal. Iye lah, sape suruh kacau masa kerja dia.

"Hello sweety. I miss you. Lunch?"

"No. But thanks. I busy. Many things to do. Im sorry." Balas Adelia laju. Banyak keje nak kene settle harini. Tambahan pula, kliennya golongan vip, cerewet. Tak boleh silap sikit. Kalau silap habislah rezekinya. 😌

" Takkan kerje you takde mase lunch? Sekejap je. Kita makan area situ je" dah kalau namanya Adrian mane reti nak mengalah. Haih. Malas Adelia mahu panjangkan cerita. Terpaksalah.

"Okay you datang sini. Makan kat sini je la. I malas nak keluar. How about you tapau something? Or I order Grabfood?" Balas Adelia sambil memberi cadangan. Sungguh dia yakin dan pasti. Kalau keluar dengan mamat ni tak pernah nak sekejap. Memang akan terbabas berjam-jam. Itu yang di beri cadangan supaya makan je di butiknya itu.

"Okay. Boleh lah daripada takde. Asalkan I dapat tengok you, sweety. I betul-betul rindu ni." Balas Adrian dengan nada yang lembut. Ingat aku nak cair ke? Dah biase lah dengar ayat-ayat potong kaki ni. Boooring!

" Okay then. I hantar location. And you tapau okay. Okay bye." End call. Malas mahu melayan Adrian berborak. Takde keje ke mamat tu? Hahaha. Selamat lagi duit lunch aku harini.

Adelia melihat jam. Pukul 11.38 pagi. Location butiknya di hantar ke Adrian sebelum menyambung kerja. Pening kepalanya dengan ragam kliennya kali ini. Seorang dokter yang kedekut. Mahu membuat majlis di dewan hotel 5 bintang. Tetapi budgetnya ciput. Mahu tema taman yang penuh bunga. Nak bunga hidup pula tu. Nak tolak job ni, rezeki. Nanti buruk pula imej butiknya. Telefon di sebelahnya di capai. Di dail nombo Azura, pekerjanya.

"Hello Kak Zura, boleh masuk bilik Adel tak? Adel dah sesak nafas ni" ujar Adel dengan suara panik. Sengaja. Terus di letakkan gagang telefon.

"Baru mahu mencapai pen semula pintu biliknya diterjah. Adelia menghadiahkan senyum sehingga ketelinga dan 'peace'.

" Kau ni Adel mahu terkeluar jantung aku la kalau macam ni selalu. Ade ke cakap macam tu. Aku bagi cpr baru tau." Ujar Azura yang sedar dirinya telah ditipu oleh Adelia. Nakal.

"Sorry la. Adel stress lah. Nak ajak akak brainstorming ni. Duduk lah. Ape tercegat kat situ?" Ujar Adel memohon maaf. Tahu dirinya salah.

"Okay. Pasal klien yang mana ni?" Mode kerja on. Azura melabuhkan punggungnya di hadapan Adelia.

"Dokter tu la. Die ade request nak buat majlis di hotel 5 star. Tema taman. Nak bunga hidup 3 lori. And budget just 50k. Include baju, makeup and everything lah. Semua on 50k tu je. 😭 Adel pening lah kak" terang Adelia satu persatu.

Azura menunjukkan riak terkejut. Biar betik. Booking dewan hotel saje dah lebih setengah daripada budget. Iye la dah demand hotel 5 star. Nak grand-grand tapi budget ciput.

"Mana nak dapat dik? Dewan hotel 5 star tu. Ingat harga sama dengan sewa balai raya kat kampung ke? Dokter mane ni yang bingai sangat ni." Ujar Azura geram.

" Itu lah. Ke kite tolak je ye? Adel x comfirm lagi. Tapi tengok lah hari-hari chat tanye perkembangan n tambah request. Tu tengok dia mintak baju dia matchkan dengan perhiasan berlian. Choii. Ingat free-free ke?" Balas Adelia seakan mengadu. Di hulur telefon bimbitnya kepada Azura. Terbeliak Azura membaca Whatsapp antara bosnya dan dokter itu.

" Tolak je la. Mau lingkup butik ni kang. Dia dokter. Kalau artis, boleh la nak taja. Paling-paling kita juga untung sebab artis tu promote butik kita. Ini dokter. Tak mendatangkan untung. " Balas Azura. Adelia berfikir sejenak betul juga. 3 tan bunga tu. Ladang bunga mane aku nak kaut cukupkan 3 tan tu. So pangkah besar- besar.

Tuk tuk tuk. Tiga kali ketukkan di pintu pejabatnya dan muncul wajah Syikin. Pembantu butik. Adelia dan Azura sama-sama berpaling ke pintu. Keningnya dicongek sedikit. Why?

" Cik Adel, ada sorang laki hensem nak jumpa. Bile saya tanye nama, dia cakap tunang cik Adel. " Ujar Syikin memaklumkan.

Azura terus lipat maut lehernya memandang Adelia. Matanya terbuntang. Terkejut.

"Sampai hati kau dik, tak jemput akak." Ada terselit nada terkilan di situ.

Adelia sudah tercekit lidah. Drama ape pula ni? Bila mase die bertunang. Takkan tuan punya badan yang bertunang pun taktau.

" Macam mana nak jemput akak? Saya pun tak jemput saya. Saya sendiri taktau saya bertunang " berbelit-belit Adelia bercakap. Sudahlah pening dengan masalah dokter tu tadi. Ini datang pula masalah baru.

" Betul ke kau ni? Kau jangan main-main. Aku benti keje kalau kau tak jemput aku " ugut Azura bersungguh-sungguh.

" Betul lah kak. Panggil tunang saya tu masuk nak tengok sikit hensem sangat ke?" Ujar Adelia mengarahkan Syikin memanggil "tunangnya".

Tidak lama kemudian muncul wajah "tunangnya". Ceh. Ini ke? Lupa pula janjinya untuk makan tengah hari bersama Adrian. Jam di tangan kiri di kerling sepintas lalu. 12.15 tengahari. Cepatnya.

" Hi sweety, ada kerja lagi ke? I tunggu kat luar lah macam tu. Boleh tengok-tengok baju kawen kita" Ujar Adrian sambil tersenyum ke arah Azura. Azura sudah menjeling Adelia meminta penjelasan. Konon tak bertunang, duk sweety-sweety tu. Tak nak mengaku lagi.

Adelia hanya tersenyum serbe-salah. Matanya dijegil ke Adrian. Geram. Mahu saja disembur manusia berjantina lelaki dihadapannya ini.

"No. I dah settle. Kak, kenalkan ni Adrian. Adrian, ni Kak Zura. Kak Zura dah nak lunch break ni. Suami akak tak jemput ke?Kalau tak jom la join kami sekali." Pelawa Adelia sekadar berbasa basi. Tahu jika lama-lama disitu mahu rentung dia dek panahan mata Azura. Habislah aku kejap lagi, mahu berair telinganya.

"Hm. Nak pergi lah ni. Kut ye pun tak menyabar nak lunch dengan encik tunang tu. Jangan lah menghalau akak. Ye lah, akak keluar dulu." Tu dia. Kan dah kata. Sentap dah akak hati tisu tu. Bukannya Adelia tidak tahu, sejak Azura berbadan dua ini. Cepat benar sentap. Ade saje yang terasa. Dilepaskan nafas berat sambil memerhati langkah Azura meninggalkan officenya.

Sebaik saja Azura keluar, Adrian menggantikan tempat Azura. Adelia segera mengemas mejanya. Maklumlah officenya kecil sahaja. Hanya meja, dua kerusi dan satu almari yang penuh dengan fail dan catalog.

Adrian meletakkan makanan yang ditapaunya di atas meja. Banyaknya.

"You ni banyaknya beli. Boleh habis ke ni?" Soal Adelia yang sedikit terkejut.

"I tak tau you nak western ke makan kampung. So i beli ape yang nampak sedap je lah." Ujar Adrian sambil menyusun lauk - pauk di hadapan Adelia.
Ikan cencaru bakar, udang masak merah, sotong sumbat, ayam percik, sambal belacan, ulam-ulaman, chicken grill, pizza, fish n chip. Lengkap dengan pinggan polisterin dan sudu garfu.Wahh memang nak buat kenduri.

"Membazir je you ni." Balas Adelia turut sama membantu.

" Tak habis boleh kasi pekerja you " Ye. Adrian baru mengetahui butik ini kepunyaan Adelia. Adelia bukan pekerja seperti yang dia fikirkan sebelum ini. Itu pun setelah terdengar Mummynya berbual dengan kakaknya mengenai Adelia yang pandai berdikari, tinggal di Malaysia sendirian sedangkan orang tuanya diluar negara.

" Okay jom makan. Air liur I dah meleleh. Semua nampak sedap." Ujar Adelia tanpa malu. Bab makan tak perlu malu. Kalau malu lapar. Tambahan pula makanan free begini. Hahaha.

" Jom. Tadah tangan." Suruh Adrian. Jatuh rahangnya apabila mendengar Adrian membaca doa makan. Erkk. Baik pulak mamat ni. Entah bile kali terakhir Adelia membaca doa makan. Tidak ingat. Perlahan-lahan tangan ditadah. Di aamiinkan di dalam hati. Terus di capai sudu. Adrian di hadapan sudah di anggap ghaib. Lantaklah nak cakap gelojoh pun. Sememangnya dia lapar.













🌹Sorry sebab part sebelum ni pendek. Tertekan publish. And sorry sekali lagi lambat update. Author seorang ibu muda. 😅 Anak baru sorang dah rase huru-hara. Hahaha. Tenkiu yang mane still support. 😘 stay tune.


Gold Digger High Class.Where stories live. Discover now