Adrian melihat Adelia menutup telefon dengan wajah yang masam. Mulut Adelia kelihatan sedikit muncung dan kadang-kala terkumat-kamit bagaikan sedang membaca jampi serapah. Adrian melangkah menghampiri Adelia. Sudah setengah jam mereka sampai di Ioi City Mall ini, namun batang hidung si Amran masih tidak kelihatan.
"Hei sweety, whats wrong babe?" Soal Adrian sambil memegang kedua belah bahu Adelia.
"Am ni, ade urgent flight ganti kawan dia. So tak jadi lah hari ni. Jom lah balik." Jawab Adelia lemah. Kakinya sudah melangkah longlai. Sedih apabila sudah dirancang macam-macam tapi tidak jadi. Hm. Hilang sudah moodnya. Baik balik tidur lagi bagus. 😪
"Nak balik kenapa, you kan nak shopping tadi. Lets go. Dah alang-alang dah sampai ni kan" ujar Adrian lembut seakan memujuk. Kesian melihat wajah Adelia yang teruja sebentar tadi berubah muram.
Adelia tidak membalas kata-kata Adrian. Langkah kakinya menuju ke pintu keluar. Sudah tiada semangat. Bukan apa, malas mahu keluarkan duit sendiri. Membazir sahaja. 🙄 Selagi boleh kikis duit orang, boleh pau duit orang, boleh gunakan duit orang, Adelia merasakan membazir kalau dia sendiri yang keluarkan belanja.
Adrian cepat-cepat mengejar Adelia. Ditarik lengan Adelia supaya pusing menghadapnya.
"Hei sweety, whats wrong huh? Kenapa nak balik pulak ni? Kata nak shopping, jom la. Dah tak payah nak masam-masam. Harini i belanja." Ujar Adrian memujuk. Sebaik sahaja Adelia mendengar ayat terakhir, terus bibirnya terukir senyum. Automatik.
"Okayyy! Jom. Jangan menyesal tau" Balas Adelia gembira. Lalu kakinya melangkah masuk ke butik Sephora. Senyum sinis disembunyikan. Kempislah dompet kau nanti. Hahaha 😈
🌼🌼🌼
Adelia melemparkan beg-beg pelbagai jenama ke atas katil. Tangannya dipicit-picit lembut. Lenguh. Macam manalah Adrian mengangkat kesemua hasil tangkapannya ke hulu ke hilir di dalam mall itu. Ahh. Diakan lelaki, aku ni perempuan. Memang lah dia lebih kuat. Badannya terasa melekit. Penat seharian berada di mall itu. Tapi takpe. Dia puas. Puas dapat menghabiskan duit Adrian.
Adelia membuka pakaian lalu di campak ke dalam bakul. Tuala di capai dan melangkah ke bilik air. Time to shower.🌼🌼🌼
Adrian tersenyum sambil memerhati pandangan lampu-lampu dan bangunan pencakar langit melalui balkoni apartmentnya. Teringatkan Adelia yang seronok bershopping sakan. Adrian sedar Adelia sengaja menghabiskan duitnya. Tapi dia tak kesah. Seronok melihat Adelia yang manja. Merengek-rengek seperti budak kecil meminta gula-gula. Bila dapat apa yang diingini terus senyum manis. Manis sangat. Sangat-sangat. Sehinggakan dia masih terbayang-bayang.
'Aduhai hati. Kenapalah kau kena suka pada Adelia yang sudah dibela lelaki lain. Betul ke? Ke dia saje tipu? Nak lari dari aku? Tapi die save nombor macam tu kenapa? Ahh. Tak kire aku nak jugak die. She's mine!'
YOU ARE READING
Gold Digger High Class.
ChickLitMature. Ada unsur lucah 18sx dan kata-kata kesat. Slow update.