#14

28 9 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.
.
.
.
.
.

Taehyung pov

Aku baring atas sofa sambil makan honey star. Tak ada cerita yang menarik jadi aku tutup tv. Bosan yang amat.

Aku dah keluar dari rumah Eunji. Aku tak nak duduk dengan dia lagi. Parah nanti. Nanti boleh jadi gaduh.

Tiba-tiba aku teringat kejadian semalam.

Flashback

Lepas je Eunji pergi, aku masuk dalam rumah. Kunci motor aku ambil. Rumah aku kunci.

Masa untuk pergi skodeng crush. Berani dia pergi date dengan  orang lain.

Hoho jangan risau Eunji takkan perasan aku. Aku berhenti di depan sebuah cafe  sebaik saja kereta milik mamat keris yang bawa Eunji pergi berhenti.

Alih-alih cafe. Tak ada tempat lain ke? Kedai mamak ke. Isya noob.

Aku buka chat dengan Eunji.

My Crush 💕

(Aku yang taip, aku yang geli)

Lama lagi ke?

»Aku baru je keluar tau.

Eh geram lah aku dengan minah ni.

Jangan lama sangat tau.
Seen at 9:12pm ✓

Dan dia seen je. Kuajo ah. Bila dia balik nanti aku ngap dia.

♡´・ᴗ・'♡

Aku ikut je diorang nak pergi mana. Sampai lah kat Hangang Park. Aku nampak diorang duduk kat satu bangku tu. Nasib tak rapat. Nak je aku cekik mamat tu.

Tiba-tiba aku dengar keris tu lamar Eunji jadi girlfriend dia. Kenapa berdebar ni? Sekali lagi aku tengok diorang.

Haish! Pegang tangan! Maghoh ni maghoh! Aku hidupkan motor aku dan terus berlalu pergi. Aku tak sanggup dengar Eunji kata 'yes'.

End Flashback

Sedih an? Huhu. Eh tiber rasa lapar pula.

Ada makanan ke? Aku bangun pergi buka peti sejuk mini aku kat sebelah aku. Heh aku malas nak pergi dapur.

Kosong. Makanan tak ada. Ceh! Aku sedih makanan semua lari. Kurang asam!

Akhirnya aku merangkak mencari phone aku.Dah pukul satu tengah hari. Huwaaa! Aku lapar!

Aku bangun nak pergi  serbaneka. Nak beli ramen banyak-banyak.

♡´・ᴗ・'♡

Eunji pov

Aku berjalan dengan Byul. Teman dia beli barang. 

"Eunji, Yoongi kata nak belanja makan." Kata Byul.  Dah kenapa dia nak belanja? Tapi orang nak belanja tak boleh nak tolak kan? Hoho.

"Dia kat mana?"

"Dia kat kedai Ayam Woo Tak." Ok. Orang nak belanja kena bagi mahal.  Biar dia bayar.

"Jom. Aku nak makan banyak ayam hari ni." Aku menahan sebuah teksi.

♡´・ᴗ・'♡

Author pov

Taehyung keluar dari kedai serbaneka dengan sebungkus plastik penuh ramen. Ramen mahu makan dirumah.  Sekarang dia mengidam ayam pula.

Sedang dia melihat kiri dan kanan, dia nampak Yoongi duduk di kedai ayam. Terus laju kaki melangkah.

Masuk saja dalam kedai makan tersebut, meja yang diduduki Yoongi dituju.

Meja dihentak Taehyung. Terkejut dibuat budak Yoongi.

"Hyung! Belanja!"

"Kau dah kenapa? Salam tak ada. Ajaran apa kau ikut ni?" Yoongi dengan savagenya menjawab. Fuh! Yoongi menyentapkan.

"Hehe.Hyung..." Meleret Taehyung memanggil Yoongi. Macam minah gedik pun ada. Tangan Taehyung gatal mahu memeluk lengan Yoongi.

Sepantas kilat Yoongi menarik lengannya. Hoho. Jangan harap dia akan bagi orang lain pegang dia. Lengan putih bak salji jangan dikotori.

"Jangan bengkok Kim Taehyung!" Kepala Taehyung diketuk sekali. Benjol sudah kepala member.

"Apa yang bengkok?"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pendek je chapter kali ni. Sekian.




[✓] Friends? |KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang