Friends future

13 1 0
                                        

Eunji pusing ke kiri, cuba untuk tidur. Tak selesa. Ke kanan pula. Tak selesa juga. Akhirnya dia menghadap siling.

Tak dapat tidur. Dia lihat Taehyung nyenyak tidur menghadapnya. Eunji mengeluh.Eunji memandang jam yang berada pada meja tepi di katil. Baru pukul 1 pagi? Biar betul?

Akhirnya dia membetulkan selimut pada badan Taehyung. Dia bangun keluar dari bilik.

Eunji turun perlahan menuju ke arah dapur. Kawasan dapur masih terang. Ada yang masih belum tidur ke?

Dia perlahan mengintai dari hujung dapur memandang seorang perempuan duduk di meja makan membelakangi Eunji.

"Mama?" Panggil Eunji. Eunji berjalan menuju ke arah Puan Kim yang duduk di meja makan.

"Eh Eunji. Tak tidur lagi?" Tanya Puan Kim. Duduknya dibetulkan. Masa berbual dengan menantu pulak. Pagi tadi dia tidak sempat berbual panjang dengan Eunji. Sebaliknya, anak perempuannya, Taehee pula dapat berbual dengan menantunya.

"Tak boleh nak tidur lah. Tak biasa lagi kot hehe." Sengih Eunji. Dia tak biasa tidur dengan Taehyung. Hanya sekali je itu pun Taehyung demam nak bermanja.

"Nanti biasa lah tu. Mama dulu pun macam tu jugak." Puan Kim menenangkan menantunya itu.

"Pagi tadi tak sempat bual panjang dengan mama."

"Sorry lah. Mama banyak kerja kat butik tu. Pekerja semua ramai cuti. Tak cukup tangan mama kat butik tu." Puan Kim bercerita sampai Eunji menggangguk faham.

"Mama nak Eunji tolong?" Tanya Eunji menawar diri.

"Nak tolong mama? Boleh ke?" Eunji hanya senyum dan angguk. Memandangkan dia takde kerja buat masa sekarang baik tolong mama buat kerja. Nak jadi  menantu mithali katakan hehe.

"Kalau macam tu esok pukul 8 kita pergi butik. Nanti mama bagi kerja kat Eunji."

"Banyak ke kerja tu mama?" Kalau kerja angkat berat mahu pengsan dia. Dah lah badan macam ikan masin.

"Tak banyak pun. Eunji kira bil je. Mama pun tak nak menantu mama buat kerja berat." Eunji tersengih.

♡︎

Eunji menutup pintu bilik. Dalam keadaan yang gelap dengan cahaya samar-samar itu dia menuju ke arah katil bersaiz king milik Taehyung.

Perlahan dia baring tak mahu kejutkan Taehyung yang tidur.

Baru saja selimut diselak, Taehyung sudah erat memeluknya.

"Pergi mana tadi?" Dengan suara serak orang tidur. Ya Allah Kim Taehyung jangan begini.

"Minum air." Jawab Eunji ringkas. Pelukan Taehyung dibalas. Tangannya mula menggosok perlahan kepala Taehyung. Mahu menidurkan kembali anak manja ni.

"Lama betul minum air ya sayang?" Tak tahu lah perli ke apa tapi perkataan 'sayang' tu kembali buatkan perut Eunji mengeluarkan beribu rama-rama.

"Bual dengan mama kejap."
Betul apa. Dia berbual sambil minum air. Tu yang jadi lama.

"Jangan lama sangat pergi tu." Tangan Taehyung berpindah dari bahu ke pinggang Eunji. Pelukan makin erat. Eunji terasa butterfly makin membiak.

"Saya tak pergi mana pun." Eunji pusing menghadap Taehyung. Memandang mata Taehyung yang masih pejam padahal sudah lama terbangun.

"Yelah tu." Taehyung membalas. Tangan kirinya pula memeluk Eunji. Kini, badan Eunji dipeluk penuh oleh Taehyung. Hangat.

Taehyung mencium ubun-ubun Eunji. Wangi dengan bau strawberry.Kegemaran dia.

[✓] Friends? |KTHCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang