#1
Pada mulanya musuh sampai nampak batang hidung pun dah macam anjing dengan kucing.
Tapi satu kemalangan kecik je boleh jadi kawan. Betul ke hanya kawan? Hati orang kita tak tahu kan?
Nak tau tekan 'read' kat atas tu. Tau lah hati putih ke pink k...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
. . . . . . . . . .
Cahaya matahari masuk ke dalam bilik eunji membuatkan dia terbangun. Dia bangun dalam keadaan mamai. Jam atas meja sebelah katil dilihat.7a.m
Baju sekolah dan tuala diambil dan terus masuk ke dalam bilik air yang sudah tersedia.
Setelah itu dia turun untuk sarapan. Sarapan tidak disediakan sebaliknya dia buat sendiri. Ya dia hidup sendiri. Ibu bapa nya telah meninggal dunia sejak dia kecil. Hanya tinggal dia dan kakaknya.
Kakaknya,Lee Eunyoo bekerja di USA sebagai model. Eunji sudah biasa dengan suasana sunyi dirumah. Baginya tidak seram seperti pada mulanya.
Roti yang telah dibakar olehnya disapu dengan jem strawberi.
Dia makan sambil melihat laman sosial sekolahnya.
Hanguk Highschool
Telah diadakan anjuran ulang tahun pembukaan sekolah yang ke-7. Semua dijemput hadir bagi meriah anjuran tersebut.
Anjuran diadakan pada 5/2/2021.
"Eoh? Anjuran?"
Dia menghabiskan roti yang disapu jem itu dan terus mengambil beg dan kasut sekolah.
Pintu rumah dibuka dan terus dikunci. Takut pula pencuri masuk dan mencuri barang berharga.
"Eunji? Nak pegi sekolah ke? Atau mahu pegi jumpa namjachin?" Tanya jiran sebelah rumah, Makcik Jemah.
Sakit hati pula bila didengar Eunji sebegitu. Terus membalasnya pada orang tua itu.
"Makcik, kalau dah nampak saya pakai baju sekolah sudah tentu saya nak pegi sekolah. Kalau pasal namjachin saya tu rasanya lebih elok makcik jaga anak makcik sendiri"
Benci benar dia pada Makcik Jemah. Ada saja benda yang mahu sakitkan hati orang.Di pagi hari pula tu.
"Haih budak zaman sekarang melawan saja." Kata Makcik Jemah lalu menyambung kerjanya tadi menyapu laman rumah.
Eunji berjalan kaki menuju ke sekolah. Sekolah dan rumah nya tidak lah jauh. Tapi kawasan itu dipenuhi dengan kaki botol. Tapi Eunji sudah biasa. Belum pernah lagi kena ganggu dengan mana mana manusia.
Kecuali si dia.
Sedang dia berjalan menuju ke sekolah sebuah motor laju lalu disebelah dia. Mujur saja tidak dilanggar. Kalau tidak, mahu saja dia tuntut ganti rugi.
"Yah! Minchinseo?!" Jerit Eunji pada namja yang membawa motor itu.
"Mianhae!!"Jerit namja itu dari jauh. Macam kenal saja tuan punya suara. Seperti suara...
"Omo. Kim Taehyung!" Riak muka berubah apabila teringatkan pada namja tersebut.
Langkah dipercepatkan. Laju meluru ke pagar sekolah. Sampai saja ditempat meletakkan motor eunji menghadap namja yang dia geram sejak tadi atau mungkin kita patut panggil Kim Taehyung?
"Yah!"
Taehyung yang baru saja meletakkan helmetnya dibakul motor menghadap Eunji yang sedang geram sejak tadi.
"Kau nak apa? Datang nak ngorat aku? Sorry not my taste"
"Eo? Kau ke yang hampir kena langgar ngan aku? Mian. Lain kali jangan berangan arraso?" Taehyung tersenyum sinis. Tangan disilangkan ke dada dan menyandar pada badan motor birunya.
"Kau..."
Kring!!
"Ha tu loceng sekolah dah bunyi. Kau kan budak pandai tak elok lah masuk kelas lambat."Taehyung serabaikan rambut eunji dan berlalu pergi sambil tangan masuk dalam poket seluar.
"Grr...dasar alien!" Eunji geram dengan perangai Taehyung. Dia berjalan menuju ke kelas.