.
.
.
.
.Author pov
"Apa yang bengkok?" Tanya Eunji. Dari tadi dia nampak Taehyung dengan Yoongi gaduh. Tiba-tiba terdengar bengkok.
"Aku lurus. Sekian." Kata Yoongi sambil mengangkat tangan.
"Lurus bendul?" Byul anak murid savage Yoongi. Rasa macam kesian pula kat Yoongi. Yoongi redha je lah. Eunji dan Byul mula duduk. Taehyung menjauh bila Eunji mahu duduk disebelah dia.
"Cepatlah Yoongi. Aku nak ayam." Byul lihat pada papan hitam dikaunter pembayaran yang terdapat pelbagai menu di sana.
"Oder sendiri." Yoongi bermain dengan telefon. Niatnya hanya nak belanja dua orang perempuan saja sebab dah janji.
Byul mengecilkan mata. Taehyung sudah pergi ke kaunter untuk oder sendiri makanan dia.
"Jom Eun." Byul mengajak Eunji.
"Kau oderkan boleh? Kentang goreng satu." Eunji tersengih. Malas dah dia nak bangun balik. Padahal dekat je kaunter. Byul menggeleng dan terus pergi ke kaunter.
Eunji pandang Yoongi. Musykil kenapa Yoongi pakai cap. Mesti ada benda yang dia sembunyi.
Terus dia menarik cap yang berwarna hitam itu. Terkejut sekali lagi seketul Yoongi.
"Yah!"
Eunji tidak mengendahkan Yoongi sebaliknya dia ternganga melihat rambut Yoongi.
"Yoo...ngi."
Tangan Eunji masih memegang cap Yoongi dan mulut dia masih ternganga. Dia bukan terpukau dengan ketampanan Yoongi.
Tetapi bila dia tengok warna rambut Yoongi yang berwarna jingga, dia teringat buah limau mandarin.
Yoongi pula sedaya upaya cover rambutnya yang mungkin terlalu menonjol untuk tatapan awam.
Saat itu juga Taehyung hanya memerhati. Tak sedar dia tak order makanan lagi. Mulut nya mencebik apabila melihat Eunji dan Yoongi.
Byul yang disebelahnya perasan akan itu terus menepuk bahu Taehyung. Tersenyum nipis Byul.
"Jealous huh?" Tanya Byul.
Byul tahu Taehyung jealous. Tengok muka pun dah tahu."Ani." Taehyung menafikan. Terus dia order makanan. Malas dia berdiri macam tiang elektrik di depan kaunter tu.
Setelah makanan sampai, Byul, Eunji dan Yoongi saja yang bercakap. Taehyung pula makan sedikit sahaja makanan dan terus pergi.
YOU ARE READING
[✓] Friends? |KTH
Fiksi Penggemar#1 Pada mulanya musuh sampai nampak batang hidung pun dah macam anjing dengan kucing. Tapi satu kemalangan kecik je boleh jadi kawan. Betul ke hanya kawan? Hati orang kita tak tahu kan? Nak tau tekan 'read' kat atas tu. Tau lah hati putih ke pink k...