BMA 2

2.5K 119 3
                                    

Bunga terjaga dari tidur, dia melihat suasana bilik yang sangat asing baginya. Jam tangan Doraemon kecilnya menandakan waktu pukul 4 petang. 

Pintu bilik dibuka dan Bunga memandang sekeliling rumah itu. Dia tahu sekarang dia berada di rumah Dato Izlan dan Datin Juliana jika dilihat dari susunan perabot di situ

" Atok....nenek...." panggil Bunga lembut. Dia berjalan ke arah dapur namun kelibat neneknya juga tidak kelihatan

" Ish..mana nenek dengan atok ni?" Bunga menggaru kepalanya yang tidak gatal 

Tanpa Bunga sedar, seseorang sedang memerhatinya dari atas

' hmmm..cute' 

Bunga berjalan ke pintu utama, namun hampa pintu itu dikunci dan dia tidak dapat meraih kunci pintu itu kerana fizikalnya yang masih kecil 

" tingginya....hmmphh!!" Bunga mengembung kan pipinya dan tangannya disilangkan di dada

" siapa suruh buat kunci tinggi-tinggi, kan Bunga tak sampai" Bunga menjengketkan kakinya 

" Sebab kau ketot" Bunga terkejut lalu memandang belakang, kelihatan budak lelaki tadi berdiri di belakangnya

" Nak pergi mana?" soal Izzham itu. Bunga pula menundukkan kepalanya 

" Nak balik rumah, nanti atok dengan nenek risau" jawab Bunga lembut. Dia tidak dapat mengangkat kepalanya memandang lelaki itu kerana berasa takut 

" Atok dan nenek kau tak ada di rumah, mereka keluar beli barang dapur" kata Izzham itu sambil berjalan ke arah Bunga perlahan 

" Bu--Bunga nak balik" Bunga yang kepala masih menunduk itu tiba-tiba menangis 

" Hey...hey...kenapa menangis. Aku tak buat apa-apa pon dekat kau. Not yet" lzzham memegang dagu Bunga lembut dan mengangkat wajah gadis kecil itu perlahan 

Izzham terkedu melihat wajah Bunga yang memerah akibat menangis 

' SH*t kau buat aku semakin suka lihat kau menangis my little flower' 

" Na--nama awak apa?" soal Bunga perlahan sambil tersedu-sedan 

" Hmm, bukan atok kau dah kenalkan aku ke tadi?" soal Izz. Wajahnya didekatkan ke wajah Bunga 

" Hehehehehehe....Bunga lupa" Bunga tersenyum lalu Izzham menjauhkan wajahnya kerana berasa malu 

' senyuman dia....cantik' 

Izzham memandang Bunga lama, matanya tidak lepas memandang gadis kecil di hadapannya itu

" Nama aku Megat Izzham Khairy Bin Megat Izlan Kassim. Panggil aku Izz" jawab Izz lalu meletakkan kedua belah tangannya di dalam poket seluar 

" Izz? kalau Bunga panggil abang Izz boleh??" soal Bunga polos, Izz pula mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tidak dapat melihat senyuman Bunga. Senyuman yang membuat dia tertarik 

' jangan senyuman macam tu little flower, kalau tak kau akan tahu nasibnya' 

" Ikut suka kau la, jom ikut aku" Izz menarik tangan Bunga perlahan. Bunga pula membototi Izz dari belakang

" Nak pergi mana abang Izz?" soal Bunga 

" Dapur, kau jangan banyak tanya boleh tak? Baik kau diam sebelum aku cium kau" marah Izz, Bunga pula mengecilkan dirinya kerana berasa takut 

" duduk" Izz mengarahkan Bunga duduk di kerusi di meja makan. Bunga pula bersusah payah memanjat kerusi tersebut kerana kakinya sangat pendek

" Ish lambat kau" Izz terus mengangkat Bunga dan meletakkan gadis itu di atas kerusi

BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now