BMA 8

2.2K 102 5
                                    

Bunga menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang rumah agam dihadapannya berkali-kali. 

" Betul ke rumah ni, sudah 12 tahun aku tak pulang sini" soal Bunga sendirian di hadapan pagar rumah agam itu

Bunga menekan loceng rumah berkali-kali namun tiada siapa pun yang datang sehinggalah seorang wanita separuh umur keluar dari rumah sambil membawa barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam kereta

' Aunty Juliana' cakap Bunga di dalam hati apabila ternampak Datin Juliana

Datin Juliana keluar dari rumahnya sambil membawa barang-barangan untuk didermakan untuk anak-anak yatim. Tiba-tiba matanya melihat seorang gadis muda berdiri di hadapan pagar rumahnya dengan topi keledar masih di atas kepala

Datin Juliana berjalan perlahan ke arah pintu pagar rumahnya

" Ye cari siapa?" soal Datin Juliana

" Assalamualaikum, aunty ini Bunga. Kenal lagi tak?" soal Bunga teruja

" Waalaikummusalam, ya allah Bunga kenapa datang tak beritahu" Datin Juliana membuka pagar rumahnya lalu tubuh Bunga dipeluk erat. 

" Dah besar Bunga sekarang, cantik pulak tu" puji Datin Juliana

" Ala..aunty pun apa kurangnya" Bunga malu-malu kucing apabila dipuji

" Bunga datang sendiri atau naik teksi?" soal Datin Juliana 

" Bunga datang ke sini dengan motosikal ni" jawab Bunga lalu menunjukkan motosikal yang dibelinya dengan duitnya sendiri ketika di belajar dahulu

" Bahayalah Bunya datang sendiri" Datin Juliana risau

" Tak apa aunty, lagi pun Bunga dah ada lesen motosikal" jawab Bunga

" Marilah masuk, macam tak biasa pulak Bunga ni" ajak Datin Juliana

Bunga megangguk lalu menolak motosikalnya masuk ke dalam kawasan rumah agam itu. Beg pakaian diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah

" Aunty, nenek mana?" soal Bunga sambil matanya melilau sekeliling mencari neneknya

" Nenek ada di dapur dengan atok, pergilah tengok diorang" jawab Datin Juliana

" Baik aunty" Bunga berjalan ke arah dapur melihat atok dan nenek sedang berborak di meja makan

" Atok!! Nenek!!" Bunga berlari lalu memeluk tubuh atok dan neneknya

" Ehh??! Bunga bila sampai? Datang dengan siapa?" soal nenek sambil membalas pelukan Bunga

" Bunga baru je sampai dan Bunga datang naik motosikal sendiri" jawab Bunga. Atok yang sedang minum kopi tersembur air yang diminum

" Apa!!? Bunga datang naik motosikal sendiri?" soal atok dengan wajah yang tidak percayanya

" Ye....." jawab Bunga sepatah

Atok menjelingkan matanya ke arah Bunga lalu memandang Bunga dari atas sampai bawah

" Sampai ke naik motosikal tu?" perli atok lalu menutup surat khabar

" Atok jangan macam-macam, Bunga sekarang sudah tinggi. Lagi satu meter tinggi Bunga akan 160 cm" jawab Bunga dengan bangga, padahal tingginya baru 159 cm 

" Hmmm..ye lah tu" 

Atok, nenek dan Bunga berborak di dapur tidak menyedari seseorang melihat mereka dari celahan pintu

" Ya allah, lagi beberapa hari Izz akan balik. Bunga pula tinggal di sini semula" Datin Juliana menggigit bibirnya kerana gementar dan takut

Dia tahu sikap Izz sudah berubah 100% selepas mereka menghantar Izz ke luar negara 12 tahun lalu. Izz seorang yang baik dan peramah kini berubah kepada Izz yang cold, kaki perempuan dan penyakit mentalnya masih belum sembuh. 

Malam itu, Bunga duduk di kerusi di luar rumah agam Dato Izlan sambil merenung langit malam yang indah. Selepas sahaja makan malam, dia terus keluar rumah untuk mengambil angin 

" Bunga..." pantas Bunga memandang kebelakang apabila namanya dipanggil

" Ehh..uncle" terkejut Bunga melihat Dato Izlan berdiri di belakang Bunga. Sudah la waktu malam, mahu lari tak cukup tanah nanti

" Boleh uncle duduk sekali?" soal Dato Izlan

" Duduk la uncle, lagipun ni rumah uncle buat apa minta izin dekat Bunga" Bunga ketawa

Dato Izlan duduk di kerusi berhadapan dengan Bunga

" Bunga sihat?" soal Dato Izlan

" Alhamdullilah...Bunga sihat uncle" jawab Bunga

" Bagus la kalau macam tu, uncle dengar Bunga datang sini sebab nak cari kerja kan?" soal Dato Izlan 

" Betul uncle, lagipun buat apa Bunga tinggal dekat kampung lama-lama" jawab Bunga

" Amboi borak tak ajak pun" Bunga dan Dato Izlan memandang empunya suara, rupanya Datin Juliana bersandar di dinding sambil membuat muka merajuk

" Hhahahahhah, aunty marilah borak sekali" ajak Bunga, Datin Juliana duduk di sebelah Bunga

" ermm, uncle aunty" panggil Bunga acuh tak acuh

" Kenapa Bunga? ada apa-apa masalah ke?" soal Datin Juliana lembut melihat wajah risau Bunga

" Bunga nak minta izin, boleh tak Bunga kerja di rumah aunty sementara Bunga cari kerja dibandar nanti" 

" Ishh..aunty ingat apa la tadi. Boleh lagi pun aunty tahu Bunga nak tolong nenek kan?" Bunga menganggukkan kepalanya setuju dengan kata-kata Datin Juliana 

" You haritu anak you telefon dia akan balik lagi seminggu" Datin Juliana memberitahu Dato Izlan 

" Ye ke bagusla kalau macam tu, dah 12 tahun tak balik sini" jawab Dato Izlan gembira

" Rasanya Izz beritahu anak saudara you, Megat Farlan pun nak datang sini jugak" 

Bunga hanya mendiamkan diri apabila Datin dan Dato bercakap tentang anak mereka. Tak baik menyampuk 

" Bunga kenal Izz?" soal Dato Izlan

" ermm, Izz? siapa?" soal Bunga sambil menggaru kepalanya. Dato dan Datin sedikit tersentak apabila Bunga tidak mengingati anak lelaki mereka

" Izz. Megat Izzham Khairy, Bunga tak kenal or lupa?" soal Datin Juliana

" Heheheheheh...rasanya Bunga dah lupa siapa Izz tu, sebab dah lama kan Bunga tak balek sini" Bunga tersengeh

" Anak uncle dan aunty kerja apa?" soal Bunga

" Dia kerja sebagai pengurus syarikat uncle dekat luar negara" jawab Dato Izlan

" Ouhhhh" Bunga menganggukkan kepalanya 

" Uncle aunty rasanya sudah lewat ni Bunga masuk dalam dulu ye" Bunga bersalam dengan Datin Juliana sebelum masuk ke dalam rumah

" Jangan duduk dekat luar lama-lama nanti masuk angin" pesan Bunga sebelum bayangannya hilang dari situ 

" Ye Bunga" jawab Dato dan Datin 


BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now