" Nah ini fail untuk kau siapkan sebelum meeting esok" Izz memberikan fail kepada Bunga
" Ta--tapi Bunga tak ada pengalaman buat semua ni" Bunga menundukkan wajahnya. Dia menggigit bibir menahan geram. Ini semua salah Izz kalau dia tak menghasut atok dan nenek pasti mereka berdua tidak membenarkan dia bekerja dengan Izz
" Its okay, aku boleh bantu kau. Duduk sini" Izz menepuk sofa di sebelahnya
Bunga teragak-agak untuk duduk di situ. Tak kan dia mahu duduk sebelah Izz
"Tapi...."
" Sekarang flower!" Suara Izz sedikit naik
Bunga cepat-cepat duduk disebelah Izz tetapi agak jauh sedikit
" Sebelum tu ambil ni" Izz menyerahkan Ipad kepada Bunga
" A--apa benda ni abang Izz?"
" Flower..you duduk zaman batu ke. Sekarang dah zaman moden flower semua orang guna benda ini" Bunga menundukkan wajahnya. Dia rasa terhina
" This is Ipad"
"Huhh? Pad?" Soal Bunga
" Pfttt...Ipad bukan pad yang you selalu pakai setiap bulan tu" hampir ketawa Izz melihat wajah bingung Bunga sebelum wajah gadis itu menjadi merah
" Abang Izz nak Bunga guna benda ini. Semua jadual kerja abang dah set kan dalam benda ni. Faham?"
"Fa--faham"
" Now let's start our session "
Hampir 3 jam Bunga mendengar segala apa yang disampaikan oleh Izz. Tersengguk-sengguk kepalanya kerana sangat mengantuk
"Are you sleeping my flower?"
"Huh? Tak Bunga cuma penat" Nafi Bunga walaupun sekarang matanya sangatlah tidak boleh bukak
" Rehat dulu I nak keluar sekejap"
"O--okay"
Bunga menyandarkan badannya di sofa setelah Izz keluar dari bilik pejabatnya. Satu keluhan berat keluar dari mulut gadis itu.
" Ini baru sehari kerja, ya Allah kau tolong lah hamba MU"
Semakin lama semakin matanya menjadi berat dengan suasana pejabat yang agak dinding itu.
" Flower.... I bring you a coffee" Izz kembali ke pejabatnya dengan membawa dua cawan kopi di tangannya
" Ouhhhh, dah tidur" Dia berjalan ke arah Bunga lalu meletakkan cawan kopi di atas meja.
Badan Bunga dibaringkan di atas sofa supaya gadis itu sedikit selesa.
" Tak apa kali ini aku bagi peluang untuk kau rehat" ujar Izz sambil mengusap kepala Bunga yang berlapikkan tudung
Izz menilik jam di tangannya dan bergerak ke meja kerjanya. Fail-fail yang bertimbun di atas meja kerjanya disemak satu per satu.
Matanya kembali merenung Bunga yang dibuai mimpi itu sebelum melihat skrin telefon pintarnya. Ada lebih 20 panggilan tidak diangkat. Berkerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenali.
Tok..Tok
Izz memandang ke arah pintu bilik kerjanya.
"Come in!"
" Busy ke?" Soal Farlan sambil menapak masuk ke dalam pejabat Izz
" Where Dahlia? Aku dengar dari aunty yang dia jadi PA kau?" Farlan melilau matanya di dalam pejabat Izz
" Shhhhhhhh" Izz mengerling matanya ke arah sofa
" I see~~" Terangguk-angguk kepala Farlan melihat Bunga yang terbaring itu
" Ada apa kau datang sini?" Soal Izz sambil matanya merenung kertas kerjanya
" Well, aku nak beritahu kau esok aku dah nak bertolak pulang ke London. Mama aku suruh pulang tiba-tiba" jawab Farlan dengan wajah bosannya
" Mungkin aunty nak jodohkan kau dengan anak kawan dia. Sebab tu dia suruh kau pulang segera" Izz selamba membalas
" Hell no! Aku nak perempuan melayu bukan perempuan Inggeris" protes Farlan
" Lagipun.....pfft--" Farlan menutup mulutnya menahan diri dari ketawa
" Kau asal?" Izz pelik melihat kelakuan sepupunya
" Tak ada apa pun" muka Farlan bertukar merah
" Gila...aku nak tanya sejak menjak ni aku lihat kau jarang duduk dekat rumah. Pergi mana?" Izz merenung wajah Farlan
" Tak pergi mana-mana pun" jawab Farlan lalu mengusap belakang lehernya
" Lantak kau lah" Izz kembali memandang kertas kerjanya
" Okay aku keluar dulu nak jumpa someone. Adios!!!" Jerit Farlan lalu berlari keluar dari pejabat Izz
" Crazy..." Tergeleng-geleng kepala Izz
Bunga terjaga dari tidurnya dia memandang sekeliling bilik pejabat Izz
" Alamak!!! Aku tertidur" tergesa-gesa Bunga bangun dari sofa lalu berlari keluar dari bilik pejabat Izz
Belum sempat dia keluar dari situ, tangannya ditarik dari arah belakang
" Where are you going?" Soal Izz merenung wajah Bunga. Kedua tangannya mencengkam bahu Bunga
" Sa--sakit...." terus Izz melepaskan cengkamannya. Bunga mengusap bahunya
" Jom ikut aku" Izz terus menarik tangan Bunga keluar dari pejabatnya
" Kita nak pergi mana abang Izz?"
" Lunch" Izz menjawab tanpa memandang Bunga
" Balik rumah ke?" tersenyum Bunga di belakang seronok tidak sabar mahu berjumpa atok dan neneknya
" Nope, lunch and date with me. Just two of us" Izz membisik di telinga Bunga sebelum menolak gadis itu masuk ke dalam kereta bahagian penumpang
" T--tapi"
" Kenapa kau tak suka ke makan dengan aku?"
" Bu--bukan cuma..." Bunga mati kata
" Cuma apa? Cakap bagi habis boleh tak!" Izz berasa menyampah dengan Bunga
" Bunga tertinggal ubat dekat rumah" perlahan Bunga menjawab
" What medicine? Are you sick flower?" Izz mendekatkan dirinya dengan Bunga lalu tangannya melekap pada dahi Bunga. Setahunya, Bunga sihat sahaja tidak ada tanda-tanda yang gadis itu sakit
" Tak cuma ubat tahan sakit" wajah Bunga berpeluh
" Tahan sakit? For what?" Izz keliru. Perempuan memang ada macam-macam ubat ke?
" Period pain" jawab Bunga lalu memandang wajahnya ke arah luar tingkap. Malu!!!!
" Pffft--- HAHAHAHAHA" terhambur ketawa Izz ketika itu melihat wajah Bunga yang sudah membahang menahan malu
" Kau buat aku risau ingatkan sakit apa" Izz mengelap air mata dihujung matanya
" Lain kali beritahu awal-awal, aku boleh belikan ubat untuk kau di klinik"
" Sakit lagi tak?" Soal Izz. Terpapar wajah risau
Bunga menggelengkan kepalanya. Masih terkedu Izz mentertawakannya.
" Lain kali kalau sakit beritahu aku, jangan buat aku risau" Izz merenung ke dalam anak mata Bunga
" Because you belong to me~~"
Bunga menelan air liurnya. Kata kalimat itu yang paling dia takutkan.

YOU ARE READING
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...