BMA 4

2.5K 111 8
                                        

Sudah 2 bulan Bunga berkawan dengan Izz, Izz selalu membawanya bersiar-siar dan sering berada di sampingnya. Di sekolah Izz juga tidak punya ramai kawan, mereka yang mahu berkawan dengannya hanya mahu duit semata-mata. 

Bunga menunggu seorang diri di tempat perhentian bas. Kelibat Izz juga tidak kelihatan mungkin dia ada kelas tambahan. 

" Mana atok ni? lambatnya?" Bunga melihat sekeliling jikalau atoknya sampai 

" Hoi Budak!!!" terkejut Bunga apabila dia disergah oleh seseorang. Bunga memandang ketepi, ada sekumpulan budak lelaki datang ke arahnya

" Kau kan cucu orang gaji yang bekerja di rumah agam Dato Izlan kan?" soal budak lelaki berbadan tinggi itu

" Erm...betullah" jawab Bunga acuh tak acuh

" Jadi kau kenal lah dengan Megat Izzham Khairy?" soal budak lelaki itu lagi. Bunga memandang lencana sekolah daripada baju mereka. Rupanya mereka sama sekolah dengan Izz

" Ke--kenal" jawab Bunga 

" Ouhhh..macam tu. Geng pegang budak ni" budak lelaki itu mengarahkan rakannya untuk memegang Bunga

Tangan kira dan kanan Bunga dipegang dan beg sekolah Bunga dirampas. 

" Apa ni!! kena pegang Bunga?" Bunga cuba untuk melepaskan diri dari peganggan mereka berdua. Memandangkan mereka berada di tempat yang sedikit tersorok jadi orang ramai tidak nampak perbuatan mereka

" Jadi nama kau Bunga? cantik nama" budak lelaki itu membuka beg sekolah Bunga

" Jangan ambil barang orang sesuka hati. Tak baik!" marah Bunga 

" Aikk? marah pula. Kau tu baru budak darjah empat, hormat sikit orang tingkatan 3 ni" Budak lelaki itu mengeluarkan buku-buku sekolah Bunga lalu melemparkannya di atas lantai

" Apa salah Bunga?" soal Bunga dengan nada lemah seakan-akan mahu menangis  

" Apa salah kau? kau tak salah, yang salah anak orang kaya tu. Jadi disebabkan kau kenal dia, aku akan gantikan kau dengan dia" jawab budak lelaki itu

" Abang Izz buat apa dekat korang semua sampai korang sakiti Bunga?" jerit Bunga sambil menangis

" Ouhh..abang Izz. Dah pandai berabang-abang lagi" Budak lelaki itu berjalan ke arah Bunga dan menarik tudung Bunga sehingga tercabut

" Kau nampak cantik, patutlah Izzham selalu dekat dengan kau" budak lelaki itu mengusap pipi Bunga. Tanpa melengahkan masa, Bunga menggigit tangan budak lelaki itu dengan kuat

" Arghhh!! sial kau!!" budak lelaki itu menjerit kesakitan lalu tangannya naik menampar wajah Bunga dengan kuat 

Bunga jatuh tersungkur ke tepi dan darah mengalir di hujung pipinya lalu dia jatuh pengsan akibat tamparan yang kuat menyebabkan kepalanya berasa pening. 

" Wehh..asal kau tampar dia" kawan kepada budak lelaki itu mula berasa cemas apabila Bunga tidak sedarkan diri

" Macam mana kalau dia mati?" soal rakannya

" Ala...pengsan je kot"  budak lelaki itu menguis tubuh Bunga dengan kakinya 

" Hoiii!!!! korang buat apa!!!" mereka bertiga memandang belakang, kelihatan Izzham dengan wajah bengis dan matanya memerah menahan marah menuju ke arah mereka

" Wehhh...Izzham datang! pecut" mereka bertiga terus melarikan diri daripada Izzham

Izzham berlari ke arah Bunga yang tidak sedarkan diri. Matanya memerah kerana marah. Tangannya dikepal penumbuk lalu memandang tiga rakan tadi 

BUNGA MY ANGELTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang