Izz membaringkan tubuh lemah Bunga di atas katil di dalam sebuah bilik yang terletak dalam pejabatnya. Wajah dan badan Bunga ditilik sebelum dia menyelak sedikit baju kurung yang dipakai Bunga di bahagian perut.
Perut kempis Bunga yang mempunyai kesan birat diusap lembut. Kalau dia dapat menahan barannya pasti badan Bunga tidak menjadi tempat melampiaskan kemarahannya.
" Satu hari nanti perut ni akan dihuni oleh anak-anak kita flower"
" at least I want 10 children's~"
Izz mengusap perut Bunga lalu satu kucupan singgah di situ. Kotak peti kecemasan yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katil diambil lalu mencuci semua luka Bunga dengan hati-hati.
Selepas mencuci luka Bunga, rambut Bunga yang sedikit serabai dibetulkan lalu tubuh genit Bunga diselimutkan supaya gadis itu selesa.
" Tidur ye, aku keluar sekejap" Izz mengucup dahi Bunga sebelum keluar dari pejabatnya. Suhu penghawa dingin juga dia telah turunkan supaya Bunga tidak kesejukkan.
2 jam Bunga tidur atau lebih tepat pengsan akhirnya terjaga. Bunga bangun sambil mengurut pelipisnya kerana pening. Penglihatannya juga samar-samar
" Aku dekat mana ni?" soal Bunga sendiri.
Langkah dibawa untuk turun dari katil namun malangnya kakinya tidak dapat digerakkan. Bunga menyelak sedikit selimut yang menutupi kakinya. Terbeliak anak mata Bunga melihat sebelah kakinya yang digari dihujung katil.
" Apa ni?!" Bunga cuba untuk membuka gari tersebut namun tidak berjaya.
" Arghh!!" Bunga memegang kepalanya. Sakit pening kepala datang menyerangnya.
" Sakitnya~~~~" kepalanya diurut perlahan lalu badan disandarkan di kepala katil. Bunga mengeluh berat. Dia tidak tahu sekarang masih pagi ataupun sudah malam kerana bilik itu tidak mempunyai jam. Telefonnya pula entah ke mana.
Klak!!
Bunga memandng ke arah pintu. Kelihatan Izz masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang makanan.
" Dah bangun rupanya"
Izz berjalan ke arah Bunga lalu meletakkan dulang makanan di hadapan Bunga.
" Nah makan, aku tahu kau tak makan dari pagi tadi" Izz memberikan sepinggan nasi ayam berempah kepada Bunga.
" Lepas habis makan jangan lupa makan ubat" Izz memberi arahan. Bunga hanya akur sahaja.
Doa dibaca sebelum nasi disuakan ke dalam mulutnya. Agak perit dia mahu menelan nasi apabila Izz sibuk merenungnya sambil duduk di atas sofa berhadapan dengannya.
" A--abang Izz" panggil Bunga
Izz memandang wajah Bunga yang menunduk memandang pinggan nasinya
" Kenapa nasi tu tak sedap?" soal Izz
"T--tak Bu--bunga nak ta-tanya sekarang pukul be-berapa?" Bunga menyoal sedikit gagap kerana ketakutan.
" Hmmm, sekarang pukul 9 malam" jawab Izz sambil menilik jamnya
Terkejut Bunga apabila jam sudah berginjak ke 9 malam.
" Bunga na--nak ba--balik, nanti atok risau" Bunga menunduk memandang ke bawah. Nasi tadi sudah tidak dapat ditelan kerana anak tengkuknya berasa loya.
" Hey chill..." Izz menahan tubuh Bunga dengan meletakkan kedua belah tangannya dibahu gadis itu
" Aku dah beritahu atok kau yang kau ada dengan aku. Jangan risau, atok kau percayakan aku" Izz memandang anak mata Bunga
"Ta..tapi, Bunga nak balik" Bunga menundukkan wajahnya
Izz memandang Bunga lama sebelum satu keluhan lepas dari mulutnya
" Okay jom balik, ambil tudung kau" Izz memberikan tudung Bunga semula
Izz keluar daripada bilik itu untuk memberi ruang kepada Bunga untuk bersiap
.........
Kereta berjenama itu masuk ke perkarangan rumah agam. Belum sempat Bunga ingin membuka pintu tangannya dicengkam oleh Izz
" Ingat jangan beritahu kejadian tadi dekat atok dan nenek kau. Kalau aku tahu nahas kau" Izz memberi amaran kepada Bunga
" Faham!!"
" Fa...faham" Bunga menjawab perlahan.
Bunga keluar dari kereta Izz lalu berjalan ke rumah dengan langkah perlahan kerana badannya masih sakit.
" Ya allah! Abang! Bunga dah balik!" terdengar jeritan nek Orkid dari muka pintu rumah agam itu
" Ya allah Bunga okay?! Tak ada apa-apa kan?" Nek Orkid berlari ke arah Bunga dengan wajah yang cemas lalu memeluk badan Bunga
"Stttt...sakit" Bunga berdesis sakit. Nek Orkid melepaskan pelukan Bunga lalu memandang wajah Bunga. Tepi bibir cucunya mempunyai kesan luka
" Bunga!!" terdengar pula jeritan atok dari jauh
" Bunga tak ada cedera dekat mana-mana kan?" atok membelek tubuh Bunga
" Bunga...."
" Dia okay cuma ada kesan lebam sikit dekat tubuh badan dia sebab peragut-peragut tu" jawab Izz yang entah datang dari mana
" Ye ke, Izz dah buat report polis?" soal atok
" Sudah, peragut-peragut tu berjaya lari sebelum Izz sampai di situ" bohong Izz
Bunga memandang wajah Izz dengan hairan
Peragut?
Pukul dia?
Setahunya, Izz yang memukulnya tanpa belas kasihan.
" Sudah jom masuk Bunga bersihkan badan kamu" Nek Orkid menarik tubuh Bunga masuk ke dalam rumah
" Izz terima kasih kerana selamatkan Bunga, kalaulah Izz tak sampai pada waktunya. Atok tak tahu apa yang akan terjadi pada Bunga"
" Jangan risau atok, Izz dah anggap Bunga tu macam keluarga Izz sendiri" Izz meletakkan sebelah tangannya di atas bahu atok.
" Terima kasih sekali lagi Izz, Pak Lan tak mampu nak lindungi Bunga. Pak Lan pun dah berumur, bila-bila masa saja Pak Lan akan pergi dari dunia ni. Pak Lan cuma berharap yang Bunga akan jumpa kebahagian dia bila kami sudah tak ada nanti" atok mengeluh
" Jangan risau Pak Lan, Izz kan ada. Izz akan jaga Bunga dengan baik" Izz memberikan senyuman manis kepada Pak Lan. Tetapi kata lain senyuman penuh makna
" Bagus lah kalau macam tu, Pak Lan berharap Bunga dapat cari suami yang baik macam kamu ni. Untung bakal isteri kamu nanti" Pak Lan dan Izz ketawa.
" Jangan macam tu Pak Lan, Izz pun berharap dapat isteri macam Bunga. Kalau jadikan Bunga sebagai isteri Izz pun boleh jugak" Izz ketawa sinis
" Jangan merepek la Izz, kamu tu dah kenal Bunga dari kecil mesti dah tahu perangai dia tu. Dah jom masuk kita jemaah isyak sama-sama" Pak Lan masuk ke dalam rumah meninggalkan Izz yang terkedu di belakang
' Jadi dia tak restu kalau aku kahwin dengan Bunga?'
' Nampaknya aku harus hapuskan semua penghalang hubungan aku dan Bunga'
Izz tersenyum sinis sambil memandang belakang Pak Lan.

YOU ARE READING
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...