Sudah 5 hari Bunga tidak keluar dari rumahnya kerana berasa takut. Kejadian di mana Izz telah melukakan dirinya masih terngiang-ngiang di benak fikiran. Mahu menangis dia apabila memikirkan kejadian itu lagi.
Bunga berjalan kalut sambil mencari telefonnya yang berada di dalam beg tangannya. Fail di pegang dengan erat mengelakkan jatuh.
Bunga sudah tekad dia mahu mencari kerja di bandar, dia tidak mahu bekerja di rumah agam Dato Megat lagi. Nenek dan atok sudah memberi kebenaran kepada Bunga untuk bekerja di bandar kerana mereka mahu Bunga belajar berdikari
" Haih..Bunga? Awal-awal pagi nak pergi mana? Tak sarapan dulu ke?" soal Datin Juliana di muka pintu rumahnya apabila melihat Bunga yang kelihatan agak sibuk mencari sesuatu di dalam beg tangannya
" Ehh? Aunty mana ada. Bunga nak ke bandar sekejap" jawab Bunga acuh tak acuh
Dari hujung ekor mata Bunga dapat melihat dua orang lelaki di halaman rumah agam berborak sambil menikmati kopi panas. Dan tak lain tak bukan adalah Farlan dan Izz
Bunga juga perasan yang dua orang lelaki itu memandangnya. Asal awal sangat diorang bangun!!
" Bandar? Buat apa Bunga?" berkerut dahi Datin Juliana memandang wajah Bunga. Entah kenapa dia berasa sejuk hati melihat Bunga yang berbaju kurung dan bertudung labuh. Nampak sempurna di matanya, tanpa ada alat solek sedikit pun di wajah gadis muda itu.
" Errr-----" Bunga menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak beritahu ke tak ni???
" Kenapa mama?" soal seseorang di belakangnya. Bunga tersentak, dia kenal suara dingin tu.
" Ha Izz ni Bunga pagi-pagi nak pergi ke bandar, bila ditanya buat apa senyap pula" jawab Datin Juliana, matanya memandang fail di tangan Bunga
Izz pula merenung Bunga tajam. Tapi matanya memandang Bunga dari atas hingga bawah. Cantik.
" Boleh aunty tengok fail yang Bunga pegang tu?" soal Datin Juliana, tangan di hulurkan untuk mengambil fail itu
" Bo--boleh" Bunga memberikan fail itu kepada Datin Juliana. Datin juliana meneliti setiap butiran yang ada di fail itu manakala Izz pula sibuk meneliti tubuh genit Bunga
Farlan yang melihat kelakuan Izz dari jauh hanya tersenyum sinis. Dia tahu apa yang sepupunya sedang fikirkan.
" resume? Bunga nak cari kerja ke?" soal Datin Juliana lalu menghulurkan fail kembali kepada Bunga
" Ha ye--" tergantung ayat Bunga apabila dia dapat rasakan aura yang agak gelap di sebelahnya. Wajah Izz di pandang sekilas, jelas wajah lelaki itu seperti menahan kemarahan
" Bunga pergi dengan siapa? Kalau tak keberatan boleh Izz tolong hantarkan" cadang Datin Juliana. Terbuntang anak mata Bunga apabila Datin Juliana menyuruh Izz yang hantarkannya.
What!! No!!
Andwae!!
Nani!!!
" Ermm, tak apa la aunty lagi pun Bunga dah tempah grab" Bunga tersenyum sumbing
" Tapikan----"
" Aunty, grab dah sampai Bunga pergi dulu. Assalamualaikum" pantas Bunga menyalam tangan Datin Juliana apabila melihat sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah agam itu.
Bunga pantas bergerak ke pagar rumah agam tanpa memandang wajah Izz, dia tahu lelaki itu sedang merenungnya tajam.
Apabila pandangan Bunga hilang Datin Juliana mengeluh berat. Risau dia akan keselamatan Bunga. Dia hanya mempu berdoa di dalam hati.
" Hahh, Izz tak pergi kerja hari ni?" kini Datin Juliana pula menyoal anak lelakinya
" Tengah hari Izz pergi la" jawab Izz lalu berjalan ke arah meja yang terletak di luar rumah. Farlan juga berada di situ
" Papa cakap pembantu peribadi sudah berhenti, jadi Izz kena cari pembantu peribadi baru yang boleh tolong Izz nanti" Datin Juliana menyampaikan berita itu kepada Izz
Izz berkerut hairan, berhenti? Tiba-tiba satu idea muncul di dalam fikirannya. Pembantu peribadi?
Senyuman sinis terukir di bibir. Tanpa Datin Juliana dan Farlan perasan Izz tersenyum seorang diri memikirkan rancangan yang bakal bermula.
" The game will begin, flowerr"
*****
Bunga mengesat peluh di dahi. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Sudah 3 jam dia mencari kerja namun tiada satu kerja pun yang sanggup menerimanya.
Bunga memandang kereta yang lalu lalang dihadapannya, nasib dia menjumpai stesen bas untuk berteduh. Botol air mineral diteguk rakus kerana kehausan.
Haih, apalah nasibnya. Mahu bekerja di rumah agam Dato Megat takut pula dengan kehadiran Izz. Nak kerja dekat bandar banyak yang menolaknya
Air mata yang mahu mengalir sempat ditahan, Bunga menunduk memegang erat fail ditangannya.
Dari jauh Bunga terpandang kereta berwarna hitam yang sangat dia kenali, Bunga mengecilkan mata sebelum matanya membulat melihat nombor pendaftaran kereta itu.
Lantas Bunga mengemaskan barangnya dan berlalu pergi dari stesen bas. Bunga berjalan dengan laju tanpa memandang kereta hitam yang semakin perlahan ke arahnya.
Dalam hati berdoa supaya itu adalah gerangan orang lain dan bukan gerangan yang dia tidak mahu lihat
Dengan langkah kecil dan laju, Bunga semakin menghampiri lorong kecil antara bangunan kedai-kedai itu
Alamakkk!! Kenapa dia datang ke lorong kecil ni!!!
Bunga sudah mencarut di dalam hati, mahu berpatah balik takut terserempak dengan gerangan si dia.
Tetapi belum sempat Bunga hendak menuju ke hujung lorong itu, badannya ditarik ke belakang dan mulutnya ditutup rapat.
Bunga menjerit ketakutan, fail ditangan sudah jatuh ke atas jalan. Bunga sedaya upaya meronta-ronta untuk dilepaskan
" shhhh~~~~~" suara itu berbisik di telinga Bunga pantas dia berhenti meronta.
Badan Bunga menjadi kaku setelah badannya dipeluk erat dari belakang dengan ketat sekali sehingga dia sukar untuk bernafas
" My flower so...........naughty" bisik gerangan itu meleret di telinga Bunga.

YOU ARE READING
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...