Bunga kini mengeluh kepenatan setelah melakukan kerja membersihkan rumah agam yang besar itu. Harini dia melakukan semua kerja neneknya kerana kaki nenek orkid terseliuh dek kerana tergelincir di dalam bilik air.
Jadi Bunga memaksa nenek Orkid untuk berehat di rumah dan dia melakukan semua kerja-kerja rumah.
Bunga yang menggosok pakaian di bilik pakaian tersentak apabila seseorang masuk tanpa mengetuk pintu.
" Gosokkan baju aku, NOW!!. Aku dah lewat nak pergi kerja" arah Izz lalu membaling baju kerjanya ke wajah Bunga.
Bunga memejamkan matanya menahan sabar. Sudah lah memberi arahan sesuka hati lepas itu baling pula baju ke wajahnya. Kalau di ikutkan hati mahu dia lekapkan seterika panas itu ke wajah lelaki dingin itu.
" Lepas sudah gosok baju aku, pergi letak dalam bilik aku" Izz terus keluar dari bilik itu tanpa memandang wajah Bunga yang sedang menahan kemarahan
Nak marah tapi kena sabar....
" Ishh! Suka hati je baling baju dia dekat wajah aku, sakit tahu tak?!??" bentak Bunga.
Setelah siap menggosok baju Izz, Bunga berjalan ke bilik Izz. Dia mengetuk pintu bilik lelaki itu namun tiada sahutan.
Kejadian sebelum ini bermain di dalam fikirannya. Macam mana kalau Izz nak perangkap dia lagi??
Arghh!! Bunga buntu. Dia melekapkan telinganya di pintu. Terdengar bunyi pancuran air. Mungkin lelaki itu sedang mandi.
Dengan cepatnya Bunga berjalan masuk ke dalam bilik Izz dan menyangkut baju yang sudah digosok itu ke dalam almari baju.
Bunga berlari keluar dari bilik Izz dengan pantas, tanpa diduga dia memijak sesuatu sehingga dia tergelincir lalu kepalanya terhantuk di bucu meja.
Bunga menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya yang mengalirkan banyak darah.
Kepalanya mula berdenyut dan pandangannya kelihatan samar-samar. Akhirnya, Bunga rebah di dalam bilik Izz sehingga terdengar bunyi pintu bilik air dibuka.
Pandangan terakhir yang dia nampak adalah Izz duduk bertinggung di hadapannya sambil mengenakan tuala di pinggang dan air masih menitik di rambut lelaki itu.
*****
Keluar sahaja dari bilik air, mata Izz memandang satu susuk tubuh terbaring di atas lantai biliknya.
Izz berjalan ke arah Bunga yang sudah tidak sedarkan diri lalu mengusap lembut pipi gadis itu
" Flowerrr~~~"
" Hey wake up..." Izz menampar lembut pipi Bunga
" Kan aku dah kata, lain kali hati-hati. Tengok aku yang susah sekarang" Izz mengusap pipi Bunga lalu tangannya naik menyentuh dahi Bunga yang berdarah.
Darah Bunga yang melekat di tangannya dicium. Izz tersenyum sinis lalu memandang lantai yang masih mempunyai sabun di situ.
Ya, memang semua ini rancangan Izz. Dia yang menuang sabun ke atas lantai supaya Bunga jatuh lalu pengsan. Ini yang dia mahu.
Tubuh genit Bunga diamati dengan lamanya sebelum dia membawa Bunga ke dalam pelukannya.
" Aku rindukan saat-saat ini Bunga. Kau dalam dakapan aku. Selamanya~~~" Izz mencium dahi Bunga.
Tubuh Bunga diangkat dengan lembut lalu dibaringkan Bunga di atas katilnya. Peti kotak kecemasan dibawak keluar dari bawah katil dan mula mencuci luka Bunga dengan berhati-hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...
