Seminggu berlalu tangan Bunga semakin pulih, Bunga menolong neneknya mengemas rumah agam itu manakala nenek pula memasak makan tengah hari di dapur.
Dato, Datin serta Farlan entah ke mana awal pagi tadi meninggalkan dia, nenek dan Izz di rumah besar itu
Kelibat lelaki itu masih tidak nampak dari pagi tadi selepas Dato Izlan, Datin Juliana dan Farlan keluar.
" Bunga tolong tengokkan ikan sekejap. Nenek nak pergi basuh baju sekejap" gelabah nenek keluar dari rumah meninggalkan Bunga yang masih terkedu di meja makan
" Ne--nenek" panggil Bunga perlahan setelah melihat nenek orkid hilang dari pandangannya
Ikan goreng di dalam kuali di pandang lama, Bunga berjalan ke arah kuali panas dan menterbalikkan itu supaya cepat garing
Tengah Bunga leka menggoreng ikan di dalam kuali, bunyi peti sejuk menarik perhatiannya.
Bunga mengerling ke arah belakang, Izz yang baru turun dengan hanya bersinglet hitan dan seluar track panjang serta rambut yang agak serabai. Mungkin baru bangun tidur
Izz meminum air di dalam peti sejuk dengan rakus sambil matanya memandang ke arah belakang badan Bunga
' seksi'
Izz menjilat bibirnya lalu kembali ke dunianya semula. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Bunga dengan senyuman sinisnya.
" Ha Izz baru turun?" terkejut Izz apabila dia disergah oleh Nenek Orkid. Terbantut pergerakan dia.
" Hahh, Izz baru bangun" jawab Izz
" Tak apa la kalau macam tu, sekejap lagi turun makan. Pergi mandi dulu" pesan nenek orkid
" Baiklah, mana yang lain?" soal Izz sambil matanya melihat sekeliling
" Dato, Datin dan sepupu kamu keluar dari pagi tadi. Tak balik-balik lagi pun sepatutnya diorang dah pulang sekarang" jawab nenek orkid sambil mengelap pinggan di atas meja
" Ouhh, okey la mak orkid. Izz naik dulu" Izz mengerling ke arah Bunga sebelum naik ke biliknya.
Bunga yang sibuk menggoreng ikan berasa lega apabila neneknya tiba di situ, dia perasan bahawa lelaki itu bergerak perlahan ke arahnya. Macam-macam doa sudah dia baca kerana ketakutan
" Hahh! Bunga tinggalkan ikan goreng tu. Pergi naik atas kutip baju kotor sekejap. Nenek tak larat" arah nenek Orkid lalu memberikan bakul kepada Bunga untuk meletakkan baju kotor di dalam itu
" Baik nenek" tanpa banyak bantahan Bunga turut sahaja suruhan neneknya. Dalam hatinya sudah menjerit takut. Kalau kutip baju di atas sana mesti dia perlu masuk ke dalam bilik Izz
Alamak!!!!!
...........
Bunga menggigit bibirnya apabila dia berada betul-betul dihadapan bilik Izz. Tangannya yang mahu mengetuk pintu bilik itu terbantut kerana ketakutan.
Nafas ditarik lalu dihembus. Dia mahu memberi semangat kepada dirinya.
Tanpa Bunga sedar, seseorang memerhati tingkah lakunya dari sebuah laptop
" Just knock the door, flower" tersenyum Izz melihat Bunga yang berdiri agak lama di hadapan pintu biliknya
" Jangan cabar kesabaran aku Bunga" Izz mengerang marah kerana Bunga agak lembap membuka pintu biliknya. Padahal tidak terkunci.

YOU ARE READING
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...