Jam menandakan pukul 3 pagi tetapi Izzham masih menaip sesuatu di komputer ribanya. Dia terpaksa bekerja lebih masa memandangkan dia akan kembali ke Malaysia nanti. Setelah merasa dirinya sangat penat, Izz membuka cermin matanya lalu bersandar di kerusi kulitnya.
Matanya melihat bingkai gambar di atas meja kerjanya, gambar dia dan Bunga semasa mereka kecil. Izz mengambil bingkai gambar itu lalu mengusap gambar itu dengan jarinya
" Aku rindu kau Bunga, mesti kau sudah besar sekarang" Izz melabuhkan ciuman ke gambar Bunga yang berumur 10 tahun ketika itu
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Izz diketuk oleh seseorang dari luar. Izz mengeluh panjang kerana dia tahu gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu
"Masuk!" laung Izz dari dalam
Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap masuk ke dalam bilik Izz sambil membawa dua buah cawan di tangannya
" Nah aku buatkan kopi untuk kau" Farlan meletakkan cawan kopi yang panas ke atas meja Izz
" Thanks" Izz mengambil cawan itu lalu minum air kopi yang panas itu dengan berhati-hati
" Kau sudah tempah tiket kapal terbang untuk aku?" soal Farlan lalu mengambil duduk di kerusi di hadapan Izz
" Sudah" jawab Izz
" Uishhh, tak sabarnya nak balik Malaysia dari aku masih bayi sampai lah 27 tahun ni tak pernah jejak kaki ke Malaysia lagi" teruja Farlan
" Itu sebab kau lahir dekat sini"
" mesti dekat sana ada makanan sedap-sedap, tempat cantik dan awek cun. Perempuan malaysia cantik tak?" soal Farlan
" Bunga aku lagi cantik" Izz tersenyum sinis
" Bunga? aku tanya pasal gadis dekat sana, bukan pasal bunga" Farlan mengerutkan dahinya
" What a cute girl" Farlan mengambil bingkai gambar di atas meja Izz
" Siapa budak perempuan comel ni?" soal Farlan
" my flower" Izz tersenyum sinis lalu dengan pantas dia merampas gambar itu dari Farlan
" crazy" jawab Farlan
" By the way, sarah cari kau tadi" Farlan memeluk tubuh sambil matanya merenung Izz lama
" Who sarah?" soal Izz
" Perempuan yang kau tiduri hari tu" jawab Farlan
" pelacur tu, buat apa dia cari aku?" Farlan menjengketkan bahunya tanda tidak tahu
" Well, aku rasa dia falling in love dekat kau" teka Farlan, Izz pula membuat muka memek geli
" Hell no" jawab Izz
" Aku perasan perempuan tu hari-hari selalu datang sini, maybe dia rindu kau. Kalau kau sudah ada orang lain lebih baik kau berterus terang dekat dia" cadang Farlan
" Tak ingin aku" jawab Izz dingin
" Hmm, ikut suka hati kau la. Kalau si Sarah tu datang sini lagi, pandai-pandai la kau hadap dia" kata Farlan lalu berjalan kelar dari bilik tidur Izz
..........
Seminggu kemudian....
Bunga berjalan ke dapur rumah agam Dato Izlan apabila mendengar suara perempuan seperti membincangkan sesuatu. Kepalanya dijenggulkan di pintu dapur melihat nenek dan Datin Juliana membebel mencari sesuatu di dalam peti sejuk
" Nenek...aunty...kenapa ni?" soal Bunga lalu berjalan ke arah mereka berdua
" tak Bunga harini anak lelaki dan anak saudara aunty dari luar negara akan balik sini, aunty nak masak makanan sedap-sedap untuk mereka berdua tapi barang masakan tak ada pula" jawab Datin Juliana
" Kenapa tak suruh atok pergi beli barang dapur?" soal Bunga
" Atok kamu tak dapat pulang, dia kena duduk dekat office Dato sampai petang" jawab nenek
" Ouhhh...kalau macam tu aunty dan nenek senaraikan barang yang nak dibeli. Bunga boleh tolong belikan" cadang Bunga
" Bahayalah Bunga, Bunga tu masih gadis nanti jadi apa-apa dekat jalan raya tu nanti" Datin Juliana risau
" Tak apa aunty, Bunga sudah biasa" jawab Bunga lalu berlari ke rumahnya untuk bersiap
" Tak apa ke mak orked, risau saya" soal Datin Juliana
" Tak apa datin, saya yakin Bunga boleh jaga diri" jawab nenek
" Hmm okay la kalau macam tu" Datin Juliana mengeluh
2 jam kemudian....
Setelah sekian lama mencari barang yang mahu dibeli, akhirnya Bunga bergerak ke kaunter pembayaran dan bayar barangan yang dibeli
Bunga meletakkan barang-barang yang dibeli ke dalam bakul motosikal dan mula menghidupkan enjin motosikalnya untuk bergerak pulang. Sampai sahaja di jalan persimpangan rumah agam itu, tiba-tiba dia dikejutkan dengan sebuah kereta berwarna hitam langgar motosikalnya dari tepi sehingga dia terjatuh
" Ouchhh" Bunga memegang lengannya yang berdarah, baju di bahagian lengan itu turut terkoyak
" kau buta ke? tak nampak kereta kitorang nak lalu sini" soal seorang lelaki dengan wajah beku. Bunga tidak dapat memandang wajah dua orang lelaki di hadapannya kerana takut
" Bro tolong la perempuan tu, tangan dia berdarah kot" cakap seorang lelaki lagi
" Tak payah biarkan dia, perempuan macam dia ni memang malang" cakap lelaki itu
" Bro kereta calar la"
Terbuntang mana lelaki berwajah beku itu apabila melihat keretanya sudah calar. Lelaki berwajah beku itu memandang Bunga lalu mencengkam tudung Bunga dengan kasar sehingga Bunga mendonggak memandang wajah lelaki itu
" Aku nak kau bayar ganti rugi sekarang" cakap lelaki berwajah beku itu, sudahlah kereta itu baru beli minggu lepas sebelum pulang ke Malaysia
" Ta---tapi saya tak ada du---duit encik" jawab Bunga tergagap
" Aku tak kira, kau kena bayar 10 ribu sekarang. Kalau tak jumpa kau dekat balai polis nanti" ugut lelaki berwajah beku itu. Kawannya di sebelah hanya mendiamkan diri
" Tapi----"
" Tak ada tapi-tapi, aku nak duit 10 ribu tu selama 1 bulan. Kalau 1 bulan kau tak boleh bayar, kau tahu nasib kau" lelaki itu melepaskan cengkaman tudung Bunga lalu membaling satu kad di wajah Bunga
" Itu kad aku, jumpa aku untuk bayar duit 10 ribu tu" lelaki berwajah beku itu serta kawannya masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ meninggalkan Bunga yang masih di atas jalan
Tanpa melengahkan masa, air mata Bunga terus mengalir. Dia memandang kad di tangannya, MIK Holdings? Bunga bangun sambil memegang tangannya yang berdarah itu lalu mengangkat motosikalnya yang sedikit teruk itu
Barang-barang yang bertaburan di atas lantai dikutip lalu dia menunda motosikalnya masuk ke perkarangan rumah agam itu. Motosikalnya tidak dapat dihidupkan mungkin sudah rosak. Darah masih mengalir dengan banyak di lengannya sehingga dia berasa sedikit pening.

YOU ARE READING
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...