BMA 5

2.2K 113 12
                                    

Izzham duduk di meja belajarnya sambil memikirkan sesuatu. Fikirannya serabut memikirkan keadaan Bunga. Izz berjalan ke almari yang menempatkan banyak buku di situ. Almari itu ditolak dengan lembut supaya tidak membuat bunyi bising. 

Terdapat satu pintu kecil bewarna merah di belakang almari itu. Izz membongkokkan badannya dan masuk ke dalam bilik rahsianya. 3 keping gambar yang terlekat di dinding dipandangnya. Pisau diambil dan dibaling ke gambar tersebut

" Ini akibatnya kau buat Bunga aku sakit" Izz mencabut pisau itu lalu menggores gambar itu menggunakan pisaunya sehingga hancur

" Aku akan hapuskan korang bertiga" Izz memakai baju hoodie hitamnya dan pelitup muka. Dia keluar dari rumah melalui tingkap rumahnya. Memandangkan waktu sudah malam, orang ramai tidak akan mengesyakinya 

Datin Juliana yang baru melintasi bilik tidur Izz berhenti kembali di hadapan pintu bilik anak lelaki tunggalnya itu. Tombol pintu dipulas namun tidak berjaya, ingin guna kunci pendua ada pada Izz kerana anak lelakinya sangat menjaga privasi sendiri. 

" Izz?" panggil Datin Juliana sambil mengetuk perlahan pintu bilik anaknya

" Izz sudah tidur ke?" soal Datin Juliana disebalik pintu

Datin Juliana mengeluh dan berlalu pergi dari situ, mungkin anaknya sudah tidur. Dia tidak mahu menganggu anaknya. 

Izzham berjalan seorang diri di dalam kepekatan malam, kiri kanan dilihatnya sebelum masuk ke dalam satu rumah mangsanya

Izz memandang kosong mangsanya yang sedang erat tidur 

" Tempat kau tak layak di atas katil, kau dah buat Bunga aku di hospital sekarang aku akan tempatkan kau di tempat paling bawah dan paling gelap sekali" Izz ketawa jahat

Pisau yang dia baruh asah dikeluarkan dari poket dan diangkat kelangit sebelum menikam dada mangsanya. Sebelah tangan Izz menutup mulut mangsanya supaya dia tidak jerit sehingga mengejutkan semua orang

" Mati kau, ingat jangan berani ganggu HAK AKU " Izz melepaskan menganggaman di mulut mangsanya. Tangan mangsanya di ambil  diletakkan di pisau yang dia pegang

" Sekarang semua orang akan ingat kau bunuh diri" Izz keluar lompat dari jendela sebelum memandang mangsanya yang sudah tidak bernyawa kali terakhir 

" satu sudah tumbang tinggal lagi dua" 





........

" Megat Izzham Khairy! buka pintu sekarang. Sudah pukul 12 tengah hari turun sarapan NOW!!" jerit Datin Juliana dari hadapan pintu bilik Izzham 

Setelah itu, pintu bilik dibuka oleh Izzham yang baru bangun tidur. Wajahnya yang sembam dan rambutnya yang kusut-masai

" Night game huhh??" soal Datin Juliana sambil memeluk tubuh

" sorry mama" jawab Izzham 

" mandi sekarang dan turun makan " arah Datin Julaina sebelum pergi dari situ

 Datin Juliana turun di bawah dan melihat suaminya yang masih berada di meja makan sambil membaca surat khabar

" mana Izz?" soal Dato Izlan, matanya masih memandang ke arah surat khabar

" tengah bersiap, baru bangun. Mentang-mentanglah harini cuti sekolah" jawab Datin Juliana 

" Biarkan lah anak lelaki awak tu, kita tak boleh kawal dia sangat. Dia sudah besar" jawab Dato Izlan pula

" Hmmm" Datin Juliana dan Dato Izlan menjamu selera sambil melihat berita yang terpampang di skrin televisyen 

" Tolong kuatkan suara sikit" arah Dato Izlan. Datin Juliana mengambil remote dan meninggikan suara televisyen 


" 3 pelajar lelaki dari Sekolah Menengah ........... ditemui mati pagi tadi oleh kedua ibu bapa mereka di kawasan perumahan........ Seorang pelajar mati sambil memegang pisau yang tertusuk di dada, seorang pelajar lagi mati dengan dirinya digantung dan seorang lagi meminum racun yang ditemui di sebelah beliau. Polis mendapati pelajar-pelajar ini membunuh diri mereka sendiri dan kes masih dalam siasatan" - pembaca berita 


Datin Juliana memandang Dato Izlan seperti tidak percaya

" Abang inikan pelajar yang buli Bunga kelmarin?" soal Datin Juliana

" Abang sudah agak perkara ini akan terjadi" Dato Izlan mengeluh 

" Selepas makan, suruh Izz masuk dalam pejabat abang" Dato Izlan pesan kepada Datin Juliana sebelum bangun dari kerusi dengan wajah yang sangat kecewa 

Datin Juliana turut kecewa, disangkanya 'si dia'  sudah pulih tetapi tidak masih sama. Air mata tidak dapat ditahan kerana dia juga berasa kecewa 

BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now