'PANG!!' terteleng kepala Izz apabila menerima satu tamparan padu oleh Dato Izlan. Datin Juliana pula mendiamkan diri, tidak berani masuk campur
" Apa yang kamu dah lakukan Izz? Papa ingat kamu dah berubah!" jerkah Dato Izlan dihadapan Izz
" Izz sayang, cuba Izz terangkan dekat kami apa yang berlaku sebenarnya?" Datin Juliana menyoal. Sungguh dia berasa kecewa dengan apa yang telah Izz lakukan
" Memang...memang Izz yang bunuh diorang sebab diorang lah Bunga masuk hospital" jawab Izz
" Izz, Bunga tak apa-apa cuma cedera ringan saja tapi jangan sampai membunuh" Datin Juliana sudah mengalirkan air mata. Dato Izlan pula duduk di kerusi kulitnya lalu mengeluh berat
" Tapi sebab diorang Bunga pengsan!!" jerit Izz
" Bunga!!! Bunga!!!! Bunga!!! tak habis-habis dengan Bunga!!!" kini Dato Izlan pula naik angin
" you know Izz, papa kecewa dengan kamu. Papa dan mama sudah bercadang untuk hantar kamu keluar negara. Tinggal dengan uncle dan aunty dekat sana" terkejut Izz mendengar cadangan Dato Izlan
" No papa!!! Izz tak nak pulang ke London lagi!! Izz tak suka!!" jerit Izz
" Tolong Izz, papa merayu. Izz satu-satunya anak tunggal kami. Kami mahu yang terbaik untuk Izz. Kalau Izz sayang Bunga, Izz kena sihat" Dato Izlan merayu
" But, Izz sudah sihat sekarang. Buat apa nak pulang ke London?" soal Izz
" Izz please....dengar cakap papa" kini Datin Juliana pula memujuk Izz
Izz mengeluh, dia risaukan akan keadaan Bunga. Dia tak nak berjauhan dengan Bunga
" Baiklah, Izz setuju." Dato Izlan dan Datin Juliana gembira mendengar keputusan Izz
" Tapi ada satu syarat......."
10 minit kemudian
Pucat wajah Dato Izlan dan Datin Juliana mendengar syarat yang dibuat oleh Izz
" Impossible Izz" Dato Izlan menggelengkan kepalanya.
" Tak ada yang mustahil papa. kalau papa dan mama tak setuju, Izz akan buat benda yang sama kepada Bunga" ugut Izz
Datin Juliana mendiamkan diri manakala Dato Izlan pula mengurut pelipisnya
" Baiklah mama setuju" setuju Datin Juliana dengan syarat Izz
" Tapi Izz kena buktikan dekat kami dulu" Izzham tersenyum sinis
" That easy" Izz terus berjalan keluar dari bilik pejabat Dato Izlan. Tangannya naik mengusap pipinya yang sudah merah akibat ditampar oleh papanya tadi
Dato Izlan hanya memandang pemergian Izz dengan wajah kosong
" kenapa you setuju?" soal Dato Izlan dengan sedikit nada marahya
" Kita tak boleh buat apa-apa abang. Abang tahukan anak kita itu tetap dengan sesuatu keputusan yang dia buat" sayu suara Datin Juliana. Dato Izlan pula diam sambil memandang wajah Isterinya
..........
Petang itu, Izz berdiri di luar balkoni biliknya untuk mengambil angin petang. Dia berasa gembira kerana petang itu Bunga boleh keluar daripada hospital. Nampak sahaja kereta milik keluarganya yang dipandu oleh Pak Roslan masuk ke perkarangan rumahnya, Izz terus berlari ke bawah.
Pintu utama dibuka untuk menyambut kedatangan Bunga namun wajah sedih Mak Orkid dan Pak Lan ditatapnya
" Ehh, Pak Lan mana Bunga?" soal Izz sambil matanya melilau sekeliling
Pak Lan memandang nenek Orkid. Nenek Orkid mengangguk kepalanya untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Izz
" Sebenarnya....."
" Sebenarnya apa Pak Lan?" soal Izz. Tiba-tiba sahaja hatinya berasa gemuruh
" Pak Lan dan Mak Orkid sudah buat keputusan untuk hantar Bunga tinggal di kampung bersama anak bongsu kami" jawab Pak Lan
" Tapi kenapa?" terkejut Izz, hatinya bagai mahu luruh mendengar jawapan Pak Lan
" Bunga masih trauma dengan apa yang terjadi, jadi kami ambil keputusan untuk hantar dia ke sana" jawab nenek Orkid pula
Izz menunduk lalu tangannya dikepal menjadi sebuah penumbuk
' sampai hati kau Bunga tinggalkan aku' sedih Izz
" Pak Lan...Mak Orkid..mana Bunga?" soal Datin Juliana setelah turun ke bawah
Tanpa melengahkan masa Izz terus meninggalkan mereka bertiga diruang tamu
" Mama sediakan tiket flight Izz, Izz nak pulang London malam ini juga" jawab Izz dengan nada marah lalu masuk ke dalam biliknya
Datin Juliana terpana lalu memandang wajah Pak Lan dan Mak Orkid. Setelah Itu, Mak Orkid menceritakan semuanya kepada Datin Juliana
Malam itu, Izz dan kedua ibu bapanya duduk ditempat menunggu di air port.
" Izz are you okay?" soal Datin Juliana lembut sambil mengusap rambut anaknya
" I'm totally fine" jawab Izz kasar
" Izz jangan risau okay, buat masa sekarang mama dan papa mahu Izz lupakan Bunga dahulu. Kami mahu Izz belajar dan jadi seorang yang berjaya" sayu Datin Juliana memujuk anaknya
" But---"
" Kalau Izz dapat buktikan kepada mama dan papa yang mampu lakukan semua itu, papa akan berikan Izz our company. Papa akan letakkan di bawah nama Izz and you will get everything easily" Dato Izlan memotong percakapan Izz
" Everything?" Izz tersenyum sinis
" Okay Izz setuju, tapi kalau papa mungkir janji Izz akan buat benda yang sama kepada papa dan mama macam mana Izz buat dekat pembuli Bunga tu" Izz memberikan senyuman yang menggerikan kepada Dato Izlan dan Datin Juliana
Dato Izlan dan Datin Juliana hanya mendiamkan diri
" Baiklah, dah lewat. Izz pergi dulu" Izz memeluk ibu bapanya lalu membawa barang-barangnya setelah pengumuman dibuat bahawa penerbangan ke London lagi 30 minit sahaja sebelum kapal terbang datang mendarat
" Hati-hati Izz" pesan Datin Juliana. Dia tidak dapat menahan tangisannya
" Jangan risau mama, bye papa bye mama"
Izz masuk ke dalam laluan di mana orang ramai berpusu-pusu di situ untuk bergerak masuk ke dalam kapal terbang
' aku bersumpah suatu hari nanti kalau aku jumpa kau Bunga, aku tak akan lepaskan engkau sekali pun. Ini kali terakhir kau pergi dari aku' Izz bersumpah di dalam hati
' Wait and see Bunga my angle little flower'

YOU ARE READING
BUNGA MY ANGEL
Teen FictionBunga Nur Dahlia seorang gadis naif dan lemah lembut. Tinggal bersama atok dan neneknya yang bekerja di rumah seorang Dato dan Datin yang sangat baik. Atoknya bekerja sebagai pemandu kereta dan neneknya pula orang gaji di situ. Bunga ditinggalkan ol...