BMA 10

2.5K 108 8
                                    

Izzham fokus memandu memandang ke hadapan. Selepas kejadian tadi membuatkan moodnya hilang. Farlan pula tidak habis memandang ke belakang

" Yang kau asyik pandang belakang kenapa?" soal Izz

" Mana ada, aku cuma kesian dekat perempuan tadi. Teruk juga luka dia aku tengok" jawab Farlan

" Biarkan je, semua perempuan lemah"

Farlan mengeluh, dia pun tak faham dengan sepupunya yang satu itu.

" Tapi bukan salah perempuan tu kan? Kau yang salah kan sebab kau pandu kereta sambil main telefon" Izzhan mengerlingkan matanya ke arah Farlan

" Ye, aku yang salah. Kalau kau risau sangat dekat perempuan tu pergilah tolong!" marah Izz

" Bro relax, period ke. Mood tak baik nampak" Farlan cuba menenangkan Izz

" Cuba kau cerita apa masalah kau?" soal Farlan

Izz mengeluh, matanya masih memandang ke arah jalan. Beberapa meter sahaja dia akan tiba ke rumahnya

" Sarah...ada orang bagitau aku dia datang ke Malaysia cari aku" jawab Izz

" What!!! She here?" Izz mengangguk

" Kau tak jumpa dia ke haritu?" soal Farlan, Izz pula menggelengkan kepalanya.

" Nope, aku tak ada masa nak menghadap wajah pelacur tu" jawab Izz

" Hmmmm...apa-apa je lah. Pandai-pandai kau selesaikan masalah kau dengan dia" Farlan mengalah

Sampai saja di destinasi yang dituju, Izz masuk ke dalam perkarangan rumah agam itu

Ketibaan mereka disambut oleh Datin Juliana dan Nenek Orkid. Izz mematikan enjin dan keluar dari  kereta diikuti oleh Farlan

" Mama" Izz memeluk tubuh Datin Juliana erat

" Mak Orkid" Izz menyalam tangan nenek Orkid

" Sudah besar anak mama" Datin Juliana menepuk-nepuk belakang badan Izz

" Assalamualaikum, Aunty.." Farlan menyalam tangan Datin Juliana

" Ehh Farlan, selamat datang ke Malaysia buat kali pertama lah" ketawa Datin Juliana

" Ni ke anak saudara datin tu?" soal nenek orkid

" Mak Orkid kenalkan ini Megat Farlan Danish, anak saudara saya dari London. Farlan ini mak Orkid" Datin Juliana memperkenalkan diri Farlan kepada mak Orkid. Farlan pula menyalam kedua belah tangan mak Orkid

" Marilah masuk dulu, mama dengan mak Orkid belum masak apa-apa lagi sebab barang dapur habis. Kamu berdua pergilah naik rehat dulu" Mereka berempat masuk ke dalam rumah. Jelas riak risau terpapar di wajah Nenek Orkid sambil matanya melilau melihat jam di dinding

" Mak Orkid tak apa-apa? Nampak risau?" soal Farlan sambil memegang lembut bahu Mak Orkid

" Mak Orkid risau akan--"

Pin!!Pin!!

Mereka berempat memandang sebuah kereta berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah

" sampai pun papa kamu" senyum Datin Juliana

Dato Izlan turun dari kereta lalu memeluk tubuh anak lelakinya dan anak saudaranya. Perasaan rindu seorang ayah terhadap anaknya memang kuat. Bohong la dia tidak merindukan anaknya selama ini. Jadi ini masanya untuk Izz mengambil alih tempatnya.

" Izz, Farlan. Besar sudah hero-hero kita ni" puji Dato Izlan

" Ala, mana ada uncle pun masih kacak macam dulu" kini Farlan pula memuji Dato Izlan

BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now