Bab 4

58 3 0
                                        

Dahi Firas berkerut melihat Sirhan berjalan mendekatinya dengan seorang gadis muda di samping sepupunya itu. Dia kenal gadis muda itu. PA Sirhan. Perempuan yang tengok dia tanpa lepas tempoh hari. Malah kali ini mata sepasang mata itu juga galak merenungnya tanpa lepas. Firas merengus sebal tanpa sedar. Namun, tidak dapat mengelak bila Sirhan dan gadis itu sudah berdiri di hadapannya.

"Sorry. Lama ke kau tunggu? Aku ada hal dekat pejabat tadi," ujar Sirhan seraya mengambil tempat berhadapan dengan Firas. Manakala Keisha pula duduk di sebelahnya. Wajah sepupunya itu dipandang sekilas.

"Nope. Aku pun baru sampai. Kenapa kau angkut PA kau sekali ni?" soal Firas terus. Langsung tidak berselindung dengan rasa tidak puas hatinya.

Keisha yang baru duduk pula sudah tersentak. Agak terkejut dengan soalan itu. Dia saling berbalas pandangan dengan Sirhan sebelum memandang Firas. Namun, lelaki itu langsung tidak melihat ke arahnya. Jelas Firas tidak senang dia berada di sini.

"Aku ada miting lepas lunch ni. Alang-alang kena bawa PA aku sekali, aku bawalah dia join kita lunch. Kenapa? Kau tak suka ke?" soal Sirhan pula dengan sebelah kening yang terjongket tinggi.

Dia tayang muka selamba. Tidak mahu Firas mengesyaki apa-apa tentang rancangan dia dengan Keisha. Haru jadinya nanti kalau Firas mengamuk di sini.

Firas masih menayang wajah tidak senang. Keisha yang melihat pula membuka mulut. "Saya minta maaf kalau Encik Firas tak senang saya join sekali. Saya boleh pergi dari sini kalau Encik Firas nak." Sengaja Keisha berkata begitu, kerana dia yakin Firas tak mungkin akan menghalau dia.

Firas merengus kasar. Kepala digeleng dan terus berdiam selepas itu. Manakala Keisha dengan Sirhan sudah saling berpandangan sekali lagi. Saling bertukar senyuman melihat Firas membisu.






KEBISUAN Firas hanyalah sekejapan sahaja. Bila topik perbualan sudah dibuka, maka bermulalah perbualan rancak. Keisha yang berada di antara mereka juga sudah tidak dipedulikan. Hanya telinga saja yang mendengar perbualan rancak dua orang lelaki itu. Nak ikut berbual macam mana kalau perbualan dua orang lelaki itu banyak berkisar tentang kereta.

Tipikal perbualan lelaki. Tentang kereta sajalah topik mereka. Lagi-lagi bila Sirhan mempunyai syarikat mengimport kereta yang dikendalikan oleh salah seorang rakannya.

Pandang Firas, lelaki itu lebih kurang sama dengan Sirhan. Bercakap tentang kereta langsung tak pandang kiri dan kanan. Jelas kelihatan yang lelaki itu juga sukakan kereta.

Namun dari sisi lain pula, Keisha makin tertarik bila melihat Firas yang kelihatan teruja bercerita. Sisi yang menunjukkan Firas tidak sesombong seperti yang dia sangkakan sebelum ini. Mungkin lelaki itu hanya banyak bercakap dengan kenalan rapat dia saja.

Haih. Susahlah nampaknya dia nak mengurat Firas. Sementelah sejak dari awal lagi, Firas langsung tidak memandangnya walaupun sekilas. Firas benar-benar membuat dia seperti halimunan. Sedari tadi dia ternanti-nanti jika Firas mahu berbual dengannya. Namun, hampeh! Langsung tak.

Tanpa sedar, Keisha mengeluh kuat. Ia menarik perhatian Sirhan dan Firas. Perbualan mereka langsung terhenti.

"Oh, sorry Keisha. I lupa you lunch sekali dengan kami. Mesti you bosan dengar perbualan kami, kan?" soal Sirhan dengan sengihan di bibir. Dia betul-betul lupa yang Keisha turut ada bersama mereka.

Keisha tayang muka toya. Sedar pun kewujudannya.

"It's okay, Tuan Sirhan. Businessman macam you berdua memang tak lari dari bercakap tentang bisnes, kan? Nak buat macam mana lagi? I sebagai PA you kena dengar sajalah," jawab Keisha. Mata dah menjeling tajam bosnya itu.

Dear My Mr HaphephobiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang