Bab 7

52 1 0
                                        

embang kempis hidung Firas melepaskan dengusan sebal. Skrin telefon yang sudah gelap dipandang tajam. Hati tercuit bengang dengan sikap Keisha yang selamba menamatkan panggilan tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya tadi. Dia mendengus sekali lgi.

Lempar telefon ke sebelah, Firas bangun dari katil. Baju yang tersangkut atas kepala katil dicapai dan disarung pada tubuh tegapnya. Dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Sampai di tingkat bawah, Firas lencongkan kakinya menuju dapur.

Pintu peti ais dibuka. Satu botol yang berisi air kosong dikeluarkan. Tangan membuka penutup botol sebelum diteguknya rakus. Menghilangkan dahaga sekaligus panas hatinya dengan sikap Keisha tadi.

"Hai, Firas. Haus betul kamu. Minum sampai tak sempat nak duduk dulu?"

Teguran berbaur sindiran itu buatkan kepala Firas berpaling ke arah kirinya. Bertembung pandang dengan mamanya, Puan Marwah.

"Mama..." Firas tarik senyum kelat. Botol air disimpan kembali usai menghilangkan dahaganya. Firas mendekati Puan Marwah yang sudah duduk di meja makan sebelum melabuhkan punggung berhadapan dengan mamanya.

"Kamu bercakap dengan siapa tadi?" soal Puan Marwah. Dia lempar pandangan ingin tahu. Sebelah kening dijongket tinggi.

Sewaktu dia lewat di depan bilik anak teruna itu, dia terdengar suara Firas yang seakan bercakap dengan seseorang. Kedengaran seperti bergaduh sebab itu dia bertanya pada Firas.

"Kawan," jawab Firas sepatah. Tidak mahu Puan Marwah menyoal lebih. Namun, mengenali Puan Marwah, Firas tahu mama dia tidak akan berhenti bertanya setakat itu saja.

"Kawan? Kamu bergaduh ke dengan kawan kamu tu? Mama dengar macam kamu bergaduh je tadi?" bertalu-talu Puan Marwah menyoal. Masih tak puas dengan jawapan sepatah Firas tadi.

Nafas ditarik dalam sebelum dihela perlahan.

"Kawan Fir, ma. Kami ada salah faham sikit tadi. Tak ada bergaduh pun."

Puan Marwah tayang wajah tidak percaya. Masih ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya. Kerana bukan itu saja yang dia dengar, tapi banyak lagi.

"Tapi ada mama ada dengar kamu sebut tentang kahwin. Sebut nama perempuan juga. Keisha. Dia ke kawan yang kamu maksudkan tu?" Sebelah kening Puan Marwah terjongket tinggi sekali lagi. Mata dia mengecil memandang si anak teruna.

Firas diam. Lama dia pandang wajah Puan Marwah, cuba meneka apa yang bermain di dalam fikiran mamanya ketika ini. Lama. Firas hela nafas perlahan. Dia jawab, "kami cuma kawan, mama. Dia PA Sirhan."

Sekali lagi dia memberi jawapan ringkas. Tidak mahu Puan Marwah berfikir yang bukan-bukan. Walhal dia yakin, pasti ada sesuatu yang bermain dalam fikiran mamanya ketika ini. Sesuatu yang dia tidak gemar untuk dibincang. Hal kahwin.

"Hmm... yalah. Ni esok kamu pergi sana tak? Jangan nak buat-buat lupa lagi. Mama tak akan percaya kali ini." Puan Marwah terpaksa mengalah bila Firas tayang wajah malas. Tahu bila Firas tayang wajah seperti itu, maknanya si anak tidak mahu berbicara tentang hal itu.

Firas mengeluh kuat. Dia tayang wajah malas sekali lagi. Puan Marwah dipandangnya. "Perlu ke, ma?"

Tegak tubuh Puan Marwah mendengar soalan itu. Mata membulat besar memandang wajah malas Firas.

"Perlulah. Selagi Fir tak sembuh, selagi itu Fir perlu pergi sana. Jangan malas, Fir. Mereka nak tolong Fir. Kalau Fir tak pergi macam mana mereka semua nak tolong Fir? Macam mana Fir nak sembuh?" ujar Puan Marwah. Sekaligus cuba memujuk Firas.

Dia tahu Firas sudah muak untuk ke sana. Sudah muak untuk mendapatkan rawatan. Tapi apa yang mereka semua mampu buat? Selagi Firas tak sembuh dari penyakit fobianya, selagi itu Firas perlu pergi ke sana. Dia nak tengok Firas sembuh, nak peluk, pegang Firas. Sebab itu dia tidak mengalah memujuk Firas mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Dear My Mr HaphephobiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang