Susuk tubuh tegap dan tinggi lampai itu, Keisha pandang tanpa berkelip. Seraut wajah itu serius dan tidak mesra. Namun aura yang dimiliki lelaki itu sangat kuat. Buatkan sepasang mata dia merenung susuk itu tanpa lepas. Hingga tak sedar jejaka itu sudah berdiri di hadapan dia.
Keisha bangun dengan muka yang merah. Malu bila bertentang dekat seperti ini dengan jejaka hot itu. Berdeham kecil, Keisha bertanya.
"Boleh saya bantu encik?"
"Sirhan ada?" garau suara lelaki itu.
Auw! Cair hati dia dengar suara garau lelaki itu. Bukan rupa saja kacak tapi suara juga! Agak-agaknya lelaki itu sudah berpunya atau belum ya. Dia nak masuk jarum boleh? Terlintas fikiran nakal itu dalam benak Keisha.
"I'm asking you. Sirhan ada dekat dalam tak?" soal lelaki itu lagi. Kali ini dengan nada yang bebaur sebal. Pandangan matanya juga mula menajam. Tepat pada Keisha yang memandang dia tanpa lepas.
Tersentak, Keisha cepat-cepat mengangguk. "Ada, encik. Boleh saya tahu encik ni siapa? Tuan Sirhan tidak mahu diganggu sekarang."
"His cousin. Thank you."
Tak dan-dan lelaki itu terus memulas daun pintu dan masuk ke dalam pejabat bosnya. Terkebil-kebil mata Keisha. Tak sempat langsung dia nak halang lelaki itu dari masuk. Jangan dia kena marah dengan Tuan Sirhan nanti sudahlah.
Duduk. Masa itu juga interkom di atas meja Keisha berbunyi. Dia pantas menjawab dengan muka cuak. Jangan kata Tuan Sirhan nak marah dia.
"Keisha, tolong buatkan kopi. Dua ya? Cepat sikit tau."
Fuh! Terlepas keluhan lega dari celah bibir Keisha. Ingat dia akan kena marah tadi.
"Baik, Tuan Sirhan." Panggilan ditamatkan.
Tak berlengah, Keisha bangun. Dia menuju ke arah pantri dengan hati yang berbunga riang. Dapatlah dia melihat wajah kacak lelaki bertubuh tegap itu sekali lagi. Ehek!
TOK tok
"Masuk!"
Tombol pintu dipulas sebelum Keisha melangkah masuk ke dalam. Berjalan sambil menatang dulang minuman dengan berhati-hati. Tidak mahu dulang minuman panas itu jatuh. Bikin malu dia saja nanti. Lagi-lagi depan sepupu kacak Tuan Sirhan.
Namun, sepasang anak matanya tidak duduk diam. Dalam diam mengerling tidak lepas pada lelaki yang menarik perhatiannya itu. Wajah lelaki itu kali ini lebih santai. Tidak seserius dan sedingin tadi.
"Kopi, Tuan Sirhan."
"Ha, letak di sini, Keisha. Sorry sebab susahkan you buatkan kopi untuk I dengan sepupu I," ujar Sirhan dengan wajah serba salah. Dia tarik sengih seraya mengusap belakang lehernya.
"Tak ada apalah, Tuan Sirhan. Bukan susah pun buat kopi ni. Dua cawan saja pun," balas Keisha dengan gelak kecil. Dia meletakkan secawan kopi di hadapan Sirhan dan secawan lagi di hadapan lelaki itu.
Faham sangat dengan majikan dia yang tidak suka mengarah dia buat minuman untuk lelaki itu. Selama ini memang Sirhan yang membancuh kopinya sendiri. Jarang Sirhan menyuruh dia, kecuali jika lelaki itu terlampau sibuk dan tiada masa untuk membancuh minumannya sendiri.
Sirhan tarik sengih lagi dan angguk kecil. Pandang si sepupu, dia mempelawa.
"Minumanlah, Fir. Kalau kau nak tahu kopi PA aku ni yang paling sedap yang pernah aku minum. Rugi kau tak rasa kopi buatan air tangan PA terbaik aku ni," puji Sirhan melambung disusuli dengan gelak kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear My Mr Haphephobia
RomanceEbook Series Dear My Mr Haphephobia Firas X Keisha