Bab 8

49 2 0
                                        

Selesai membuat pesanan, Keisha menutup menu dan menyerahkannya kepada pelayan restoran yang mengambil. Sempat dia mengucapkan terima kasih sebelum pelayan restoran itu beredar. Firas yang duduk bertentangan dengannya dipandang.

"How's your session hari ni? Ada apa-apa perkembangan ke?" soal Keisha ingin tahu. Kedua-dua tangannya diletak ke atas meja sebelum ditindih bersama.

Pandangan Firas melekat pada wajah Keisha. Lama dia pandang seraut wajah itu dengan dahi yang berkerut halus.

"Kenapa you nak tahu?" soalnya pula, tidak menjawab soalan Keisha tadi.

Keisha mencebik. "Salah ke I nak tahu? Lama tau I tunggu you tadi."

Nafas dihela kuat. Firas menjawab sambil lewa. "Like always. Tak ada apa-apa perkembangan."

Berkerut dahi Keisha. Lama dia renung wajah Firas, riak wajah itu jelas sudah bosan dengan rawatannya.

"Kenapa your session tak ada apa-apa perkembangan lagi? I bukan nak persoalkan. I cuma tertanya-tanya. Sirhan beritahu I yang you dah lama buat rawatan. Tapi kenapa fobia you masih tak berkurangan lagi?" berhati-hati Keisha berkata. Tidak mahu menimbulkan kemarahan Firas.

Diam. Firas kunci mulut kemas. Dia duduk berpeluk tubuh dengan pandangan yang dilemparkan pada satu sudut restoran.

Keisha gigit bibir bawahnya kuat. Dia tenung Firas. "Sorry... I tak ada niat nak masuk campur dalam urusan you pun," ujarnya perlahan.

Bebola mata Firas berlari ke wajah Keisha, dia mengeluh perlahan.

"Can we stop talking about my phobia? I muak dengar orang bercakap tentang hal I."

"Jadi you nak kita bersembang tentang apa? Tentang I?" soal Keisha dengan nada mengusik. Dia tarik sengih. Sengaja mahu menceriakan suasana.

Firas ketap gigi kuat. Dia mendengus geram. "Perangai you memang pelik, kan?"

Keisha gelak kecil. "Garang sangatlah you ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh." Cebik Keisha di hujung katanya. Dia duduk bersandar di kepala kerusi pula. Kedua-dua tangan naik bersilang di dada.

Kelakuan Keisha hanya dipandang Firas. Wajah cemberut itu dia pandang dengan senyuman kecil di bibir. Tidak dapat dinafikan dalam dia merasa rimas dengan kehadiran Keisha, kadangkala dia rasa senang juga dengan gadis itu. Lagi-lagi bila Keisha berkelakuan seperti mereka berdua sudah lama kenal. Walhal, baru beberapa kali mereka bertemu dan kali pertama mereka duduk berdua.

"Kenapa you pandang I macam tu? You marah I ke?" soal Keisha bila lama pandangan Firas berpusat padanya.

Tersentak, Firas berdeham perlahan. Belakang lehernya diusap untuk menghilangkan kekok. Dia geleng kepala sebagai jawapan.

Mereka berdua diam. Hingga makanan mereka tiba pun, mereka berdua masih mengunci mulut. Firas jeling Keisha, gadis itu nampak khusyuk menghadap makanan. Langsung tak pandang kiri dan kanan.

"Ibu bapa you dah lama meninggal?"

Soalan dari suara garau itu buatkan Keisha terkejut. Dia angkat kepala dengan mulut yang penuh dengan makanan. Buatkan sebelah pipinya menjadi kembung.

Sedaya upaya Firas mengawal otot pipinya dari membentuk senyuman. Tercuit hati melihat sepasang mata Keisha yang bulat memandangnya dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"Telan makanan itu dulu. Tercekik, I tinggal you dekat sini," tegurnya bila Keisha mahu menjawab dengan mulut yang penuh dengan makanan. Kepalanya tergeleng perlahan. Dia menyambung makan dengan bibir yang menahan senyum.

Dear My Mr HaphephobiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang