Bab 5

49 3 0
                                    

Tajam anak mata Firas memandang Keisha. Wajah penuh sebal ditayang. Jika tidak memikirkan yang sekarang ini mereka berdua berada di tempat awam, sudah lama dia sembur gadis itu. Entah dari ceruk mana Sirhan kutip Keisha dijadikan sebagai PA. Boleh jadi gila jika berlama-lama dengan gadis itu.

Si Sirhan ini pun satu. Apahal yang lama sangat pergi tandas? Berak batu atau apa sepupunya itu. Lama betul bertapa dalam tandas. Buat dia panas hati aje.

"You marah ke? Alah, janganlah marah. I cuma nak mengurat you. I tak paksa you setuju untuk kahwin dengan I sekarang pun. Chill lah," ujar Keisha bila Firas tiba-tiba mendiamkan diri.

Sudahlah sepasang mata lelaki itu tajam merenung dia. Sedikit sebanyak dia rasa takut juga. Manalah tahu kalau-kalau Firas akan cepuk dia ke nanti sebab tak tahan sangat dengan perangai dia.

Dia sendiri pun tak tahu lagi bagaimana perangai Firas yang sebenarnya. Harapan dia janganlah si Firas ini kaki pukul atau baran. Memang dia tidak akan mengurat lelaki itu lagi selepas ini.

"I takkan rasa marah kalau you tak buat perangai bukan-bukan macam sekarang ni. You tak rasa malu ke jadi perigi cari timba? Tak malu kalau ada orang tahu you mengurat lelaki? Bukan lelaki yang mengurat you?" getus Firas sedikit berang. Dia hela nafas kuat.

Keisha mencebik kecil. Dia duduk seperti Firas. Sandar belakang tubuh pada kerusi sebelum kedua-dua tangannya naik memeluk tubuh sendiri. Pandang Firas, dia gelengkan kepala dengan bahu yang dijongket sekali.

"Tak. Buat apa I nak malu? I bukan buat benda salah pun. Lagipun perigi cari timba itu hanya kata pepatah Melayu. Dalam Islam tak larang kalau ada perempuan cuba mengurat lelaki yang dia suka. Lagi-lagi nak jadikan lelaki yang dia mengurat itu sebagai suami. Benda baik, kan?"

"I bukan nak ajak you bercinta sebab sama jelah istilah dia macam couple. I mengurat sebab nak kahwin dengan you. At the end, kalau you still tak suka, you boleh tolak I. Easy." Sebelah kening dijongket sekali.

Firas diam. Bercakap dengan Keisha memang payah, ada saja jawapan balas dari wanita muda itu. Nafas dihela kuat sekali lagi. Dia pandang Keisha.

"Jadi you tak kisah kalau I tolak you sekalipun?" soalnya sinis.

Keisha angguk yakin. Memang dia tak kisah pun. Sebab sekurang-kurangnya dia sudah berusaha sebelum ditolak. Dari tak berusaha tapi berharap untuk diterima.

"So, I tolak you sekarang. Jadi berhenti mengurat I." Firas tayang wajah bengkeng.

"Firas, you ni kan!" Keisha membentak tak puas hati. Dia tayang wajah cemberut. Firas dijelingnya tajam.

Senyuman kecil tersungging di sudut bibir Firas. Dia berdesit sinis.

"Tadi you sendiri kata tak kisah I tolak you? Now what is this?" soalnya sengaja. Walhal dia tahu kenapa Keisha membentak seperti itu.

Firas dijeling lagi. Merengus sebal, bibirnya dicebik tanda tidak puas hati.

Firas gelak kecil, kepala digeleng. Tegakkan tubuh, kedua-dua tangan diletak atas meja sebelum jemarinya disulam. Keisha dipandang tepat.

"Look, Keisha. Keadaan I tak semudah yang you sangka. Apa yang I hidap bukan I baru hidap setahun dua. It's been almost eighteen years, Keisha. You ingat senang ke I boleh sembuh?" serius nada suara Firas melempar soalan. Begitu juga dengan riak wajahnya ketika ini.

Keisha diam seketika. Dia cuba menyusun ayat di dalam kepala agar Firas tahu dia langsung tidak kisah dengan kelemahan Firas yang satu itu. Setiap manusia ada sisi lemah masing-masing. Kenapa dia perlu mempersoalkan kelemahan Firas sedangkan dia sendiri pun banyak kelemahannya.

Dear My Mr HaphephobiaWhere stories live. Discover now