Bab 3

56 3 0
                                        

Usai solat Isyak, Keisha terus rebahkan tubuh ke atas katil. Terasa lega belakang tubuhnya bila bersentuhan dengan permukaan lembut tilamnya. Kedua-dua matanya dipejam rapat. Semedan, akal fikirannya melayang pada perbualan dua orang pekerja wanita tadi dan cerita dari Sirhan.

Celik mata, Keisha renung siling putih di hadapan matanya. Firas. Tidak sangka lelaki yang tampak sempurna pada matanya itu juga mempunyai kekurangan. Satu kekurangan yang buatkan dia jadi lebih tertarik pada Firas. Buatkan dia rasa berkobar-kobar mahu mengurat lelaki berwajah dingin itu.

Agaknya apa yang Firas agak rasa bila dia mahu mengurat lelaki itu. Mengurat mahu dijadikan sebagai suami pula itu. Serupa yang Sirhan katakan siang tadi. Perigi cari timba.

Tapi istilah itu sendiri sudah tidak berapa relevan pada zaman moden seperti sekarang. Tak salah jika perempuan yang dulu memulakan langkah untuk mengurat lelaki. Asalkan cara mengurat itu bermaruah dan tidak menjatuhkan harga diri kita sebagai perempuan.

Mengurat pula untuk jadikan suami. Bukan untuk bercinta semata-mata tanpa ada niat untuk berkahwin. Kalau begitu baik tak payah mengurat. Buang masa. Buang duit. Buang tenaga. Tak kahwin nanti diri sendiri juga yang akan kecewa. Baik dia mengurat untuk jadikan Firas itu sebagai suami dia. Ada untungnya juga. Dapatlah dia teman sehidup dan semati.

Tapi macam mana dia nak mengurat Firas kalau dia tak ada nombor telefon lelaki itu. Tak boleh jadi. Dia kena dapatkan nombor telefon Firas dari Sirhan esok. Kalau tak ada nombor telefon Firas susahlah dia nak mengurat lelaki kacak dingin itu.

Keisha gelak sendiri dengan fikirannya nakal. Tak sabar nak pergi kerja esok!






"NOMBOR telefon Firas?"

Keisha angguk laju. Dia tayang wajah selamba. Namun ada jugalah rasa segan itu sikit. Yalah. Apapun dia tetap perempuan. Tetap ada rasa malu juga.

Sirhan gelak. Terkejut dengan permintaan Keisha yang tiba-tiba itu. Laju betul PAnya ini mahu buat kerja. Baru semalam tahu tentang Firas, hari ini Keisha sudah mahu dapatkan nombor telefon Firas. Namun, dia bagi bila nampak kesungguhan Keisha yang sanggup tebalkan muka sendiri.

"Tak nak minta nombor telefon mak dia sekali ke? Boleh kenal-kenal terus dengan bakal mak mentua you?" usik Sirhan dengan sengihan di bibir merahnya.

Meruap malu muka Keisha. Bibir bawahnya diketap. Langsung tak boleh nak angkat kepala. Namun, sedaya upaya dia tayang muka selamba.

"Bakal mak mentua I tu nanti dulu. Biar I mengurat anak dia dulu, baru I akan mengurat maknya nanti." Muka jitu ditayang.

Berdekah Sirhan gelak mendengar jawapan selamba Keisha. Memang bersungguh betul Keisha kali ini. Tak tapis-tapis dah dengan niat dia.

"You ni, Keisha. Pagi-pagi lagi dah buat I gelak macam orang gila. Angau betul you dengan sepupu I tu. I beritahu you dia ada fobia pun, you masih nak mengurat dia lagi. Ingat you dah turn off," ujar Sirhan. Sebelah tangan yang menekan perut. Sakit perut dia gelak.

Kepala Keisha digeleng. Jari telunjuk menari-nari ke kiri dan ke kanan.

"Nope. I tak turn off langsung. Buat I lagi rasa nak mengurat dia adalah. Lelaki rare macam sepupu tuan tu tak boleh dilepaskan. Rugi."

Kali ini Sirhan tak tahu sama ada dia nak gelak atau tidak. Lain macam bunyi ayat Keisha kali ini. Sudah macam orang obses pula. Tapi dia tahu Keisha bukan seperti itu.

"Suka hati youlah nak buat apa, Keisha. I doakan you berjaya mengurat sepupu I tu. Lunch nanti I nak keluar makan dengan Firas? You nak ikut ke?" soal Sirhan dengan sebelah kening yang dijongket tinggi.

Melihat reaksi Keisha yang kelihatan teruja itu, tahulah Sirhan yang gadis itu pasti akan ikut.

"Boleh ke, tuan?"

"Kalau tak boleh I takkan ajak you, Keisha."

Pucuk dicita ulam mendatang. One step at a time bak kata orang putih. Sirhan betul-betul mahu membantu Keisha untuk dapatkan Firas. Bibir Keisha sudah tersungging dengan senyuman. Hati sudah berbunga riang. Tak sabar nak tunggu lunch

Dear My Mr HaphephobiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang