Dahi Keisha berkerut halus. Dia pandang Sirhan dengan sebelah kening yang dijongket tinggi. Lelaki itu menganggukkkan kepala padanya. Keisha menyoal sekali lagi, mahukan kepastian.
"Makan malam syarikat? Malam hujung minggu ni?"
Sirhan angguk sekali lagi. "Ya. Malam hujung minggu ni, Maju Holding akan adakan annual dinner. Berapa kali I nak beritahu you ni, Keisha?" Dia sudah buat muka. Geram dengan Keisha yang masih menyoal soalan yang sama.
Keisha tarik sengih tidak bersalah. Kening yang tidak gatal digaru.
"Semua pekerja kena pergi ke?" soalnya. Rasa macam tak nak pergi pula.
"Ya. Wajib!" tekan Sirhan. Keisha dipandang tepat. Melihat riak muka Keisha, dia boleh agak apa gadis itu fikirkan ketika ini. Pasti Keisha tidak mahu pergi.
"Tapi I tak nak pergilah, Tuan Sirhan. Tak boleh ke kalau I tak pergi? I janji tahun depan I akan pergi," sumpah Keisha. Tangan kanan turut diangkat dengan gaya orang angkat sumpah.
Sirhan buat muka. Matanya mencerun tajam pada Keisha. "Nope. Tak boleh. Semua pekerja Maju Holding wajib datang hujung minggu ni. No compromise!" Jari telunjuk digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Keisha mencebik kecil. Nafas dihela perlahan. Dia tak nak pergi bukan sebab apa, dia tak suka berada dalam majlis yang ramai orang sebab dia mudah rasa sesak. Dia lebih suka duduk di rumah berbanding berada di tempat yang sesak dan penuh dengan manusia.
Tengok muka Keisha yang masih berat hati mahu pergi itu, Sirhan terlintas satu nama. Dia yakin bila dia sebut sebaris nama itu, Keisha pasti akan setuju tanpa banyak soal lagi.
"Firaz Ezhar pun akan ada sekali. Termasuk dengan makcik dan pakcik I."
Tegak kepala Keisha. Dia pandang Sirhan laju.
Sirhan tahan gelak. Geli hati dengan respon yang ditunjukkan Keisha. Bukan main laju lagi mata itu memandang dia bila dia sebut nama Firas.
"Makcik dan pakcik yang tuan sebut itu ibu bapa Firas ke?" soal Keisha ingin tahu. Dia pandang Sirhan. Terus lebur perasaan malas pergi tadi. Perasaan mahu pergi mula yang datang berkobar-kobar.
Pecah juga gelak Sirhan. Dia angguk. "Yalah. Siapa lagi? Amboi! Bukan main you bila I sebut nama Firas, ya? Terus cerah biji mata tu," sakat Sirhan dengan gelak geli hati.
Pipi Keisha memerah malu. Tertunduk-tunduk kepalanya. Bibir bawah diketap kuat.
"Rugi tau kalau you tak pergi. Inilah peluang you nak kenal dengan makcik dan pakcik I. Bila lagi you nak kenal dengan bakal mentua you kalau tak malam hujung minggu ni?" Kening dijongket dua tiga kali bila Keisha memandangnya.
Keisha ketap bibirnya, memikirkan kata-kata Sirhan. Kata-kata bosnya itu ada betulnya juga. Bila lagi dia nak berkenalan dengan ibu bapa Firas kalau bukan malam hujung minggu ni. Nak harap Firas bawa dia jumpa ibu bapa lelaki itu, lambat lagi. Entah-entah tak bawa terus.
"Tapi nanti Firas marah I pula. Mahunya dia halau I keluar dari dewan nanti," ujar Keisha dengan bibir yang sudah tercebik kecil. Terfikir juga kalau-kalau Firas akan memarahi dia nanti.
Sirhan gelak kecil, Keisha dipandang hibur. "Majlis tu majlis syarikat I, Keisha. Firas tak ada hak nak halau you keluar. Alah, kalau dia halau you sekalipun. You nak kisah apa? You kan selalu buat muka tembok sebelum ni," sakat Sirhan dengan sengihan lebar di bibir.
Mata menjeling tajam. Keisha mendengus kecil. "I serius ni, tuan. I tak nak kena halau dengan Firas. Mana I nak letak muka nanti."
Seperti tadi, Sirhan hanya gelak. Namun, cepat saja lelaki itu mematikan tawanya. Dia pandang Keisha tepat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear My Mr Haphephobia
RomansaEbook Series Dear My Mr Haphephobia Firas X Keisha