II

45 11 0
                                    

Di rumah agam milik keluarga Shawara, bunyi libasan rotan dapat didengari dari luar bilik Shawara

"Umi sakit umi!" teriak Shawara apabila rotan itu mengena tubuh badannya dengan laju

"Aku dah kata! Jangan malukan aku!" libasan rotan itu terus menerus melibas badan montel Shawara yang pastinya meninggalkan kesan

"Maaf umi! Wara minta maaf! Ahh!" merayu Shawara diantara tangisannya

Rotan buluh itu dicampakkan ke atas lantai. Puas hati dapat melepaskan marah pada anaknya

"Kau lain kali kalau tak boleh nak amik kimia dengan fizik, tak payah amik! Sibuk sangat nak jadi vet bodoh kau tu! Kalau lagi sekali kau gagal dalam peperiksaan kau, dengan tali pinggang pula aku libas kau!" Si ibu memberi amaran kepada anak gadisnya itu

Shawara hanya diam teresak ditempatnya. Tidak berani mahu memandang muka si ibu yang memukulnya dengan begitu teruk tadi

"Faham tak apa aku cakap ni?!" Tangan dinaikkan paras atas kepala. Shawara cepat-cepat meletakkan kedua-dua belah tangannya ke muka. Dia mengangguk laju. Tak nak dirinya terus dipukul lagi

Umi Shawara keluar dari bilik si anak gadis malang itu. Pintu ditutup kuat menghasilkan bunyi yang kuat dan sekaligus mengejutkan si anak gadis malang itu

Shawara merapatkan diri ke bucu katilnya. Memeluk erat kakinya ke badan. Kedua-dua tangannya yang ada kesan libasan rotan tadi sedang memerah dan berdenyut. Terasa pedih walaupun hanya ditiup angin lembut

Shawara terus menangis ditempatnya, tanpa sedar dirinya perlahan-lahan terlena. Bukan kerana penat menangis atau penat badan dijadikan tempat melepaskan marah, tetapi kerana penat dirinya dilayan seperti anak kutip yang seperti tidak berhak untuk bahagia

❁ · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · ❁

Malam berganti siang, pagi itu Shawara pergi ke sekolah dengan menaiki grab. Nasib dia ada duit simpanan, jadi tak perlu risau untuk bayarannya nanti

Biasanya dia akan pergi ke sekolah dengan adik-beradiknya yang lain. Tetapi kali ini dia pergi ke sekolah sendirian. Sebab itu dia bangun awal hari ini, malas nak pergi ke sekolah dengan bunyi bising adik-beradiknya

Setibanya dia di sekolah, bayaran dibuat dahulu sebelum dia masuk ke perkarangan sekolah. Jari comelnya menarik hujung lengan baju sukan sekolahnya. Tidak mahu ada pelajar mahupun guru yang nampak kesan-kesan 'kasih sayang' yang uminya tinggalkan di badannya

Melangkah masuk ke dalam kelas, dia menundukkan sedikit pandangannya. Tidak mahu bertentangan mata dengan rakan sekelas

Beg diletakkan di sebelah meja setelah dia duduk di atas kerusi. Tidak mahu membalas pandangan, dia mengeluarkan sebuah buku teks secara rawak dan meletakkan di atas meja. Dia hanya menyelak saja muka surat, tidak sedar yang Putri telah masuk ke dalam kelas

"Yow Sha!" Sapa Putri yang berada di meja miliknya iaitu hanya di sebelah hadapannya saja

Shawara tidak menyahut

"Sha!" Panggil Putri lagi. Kali ini dia mula bergerak ke meja Shawara

"Woi Sha tak dengar ke aku—" Putri menepuk lengan Shawara yang sekaligus membuat Shawara mengerang kesakitan

"Aahhh!" Shawara memegang lengan yang dilepuk oleh Putri tadi. Hampir bergelinangan air mata Shawara tatkala pedih rasa lebam di lengannya semakin berdenyut

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now