XX

15 6 0
                                    

Bebola udara yang terapung di udara itu bila-bila masa saja akan menghentam mereka berempat secara bertalu-talu. Satu hentaman daripada bebola itu sudah cukup menyakitkan, inikan pula bebola yang tidak terkira jumlahnya

Dengan arahan gerakkan jari daripada Ketua Emper Hariz, bebola-bebola yang terapung itu terbang menghala ke arah empat gadis tersebut. Ketua emper ingin melihat bagaimana mereka akan menyelamatkan diri daripada serangan bebola air itu

Tanpa berlengah lagi mereka hanya melarikan diri. Bebola-bebola yang menghampiri hanya dielak dengan ketakutan. Mereka akan mengelak sama ada ke kiri atau ke kanan. Pelajar-pelajar yang melihat gelagat empat pelajar baharu itu tergelak. Biarlah apa saja rupa keadaan mereka sekarang ini, yang penting serangan bebola air yang seperti tidak mengenal erti penghujung itu perlu mereka elak daripada mengena tubuh. Ada beberapa yang mengena namun dihujung-hujung kulit saja. Pasti hentaman bebola air itu boleh meninggalkan lebam pada badan mereka

Serangan bebola itu akhirnya berhenti begitu juga empat gadis tersebut. Mereka melihat sekeliling, melihat bagaimana malunya diri mereka apabila diperketawakan oleh pelajar-pelajar yang lain. Skrin besar di tepi gelanggang merakamkan kembali gelagat mereka yang berlari seperti tidak cukup tanah. Muka masing-masing terasa panas, merah padam keseluruhan muka

"Booo!!" Sorakkan di awal tadi tidak kedengaran lagi. Kali ini mereka hanya mendengar gelak tawa persenda terhadap mereka

"Jangan putus asa! Teruskan!" Adelia tidak mahu rakan-rakannya putus asa akibat serangan yang pertama tadi. Itu hanyalah permulaan

Putri, Shawara dan Layla bangkit semula

"Ingat! Jangan pernah undur diri!"

Kata-kata Ava tadi bermain sekali lagi di dalam fikiran

Ketua Emper Hariz sekali lagi mengangkat tangannya, ingin mengumpul semula air di udara. Dirinya juga sudah terapung di udara bersama-sama dengan air

Adelia sudah buntu dengan apa yang perlu dia lakukan. Tanpa dia sedar, akhirnya kebolehannya memperlihatkan diri ; dia mengeluarkan jeritan tetapi dengan ketinggian suara yang mampu memecahkan cermin. Jeritan sonik itu menyebabkan semua yang ada di dalam gelanggang itu menekup telinga mereka kerana tidak mampu untuk menahan ketinggian gelombang jeritan soniknya

Ketua Emper Hariz telah menjatuhkan air yang tadinya terapung, kini jatuh menyerap tanah semula. Tangannya ditekup menutup kedua belah telinganya, dia juga turut terjatuh ke atas tanah

Penjuru cermin di bilik memerhati mulai retak. Ketua-ketua emper yang berada di dalam bilik itu terkejut dengan retakkan pada cermin di hadapan mereka

Adelia kemudian berhenti jeritan sonik miliknya. Dia melihat sekeliling, semuanya seolah senyap. Dia memandang ke arah Shawara, Putri dan Layla yang ternganga walaupun tangan mereka sudah diturunkan daripada terus menekup telinga

"WOOO!!" Sorakkan kembali bergema, kini lebih kuat daripada awal mereka masuk ke gelanggang arena itu

"Lia!! Kau ada kebolehan sonic screaming!" Mereka berlari ke arahnya dengan melompat keriangan

"Aku buat tu? Biar betul?" Adelia masih tidak percaya dengan apa yang dia baru lakukan sebentar tadi. Kemudian skrin besar di tepi gelanggang itu merakamkan semula jeritan sonik yang Adelia lakukan. Benar! Dia yang lakukan tu!

"Nampaknya Adelia Mikayla telah menemui kebolehan dirinya! Iaitu jeritan sonik!" Suara pengacara bergema dari pembesar suara di gelanggang tersebut

"Ujian ini masih belum tamat" Ketua Emper Hariz kembali terapung di udara dengan jumlah air yang besar di udara. Selagi ujian antara dia dan empat pelajar baharu itu belum tamat, belum masa lagi untuk mereka bersorak gembira

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now