Dihadapan gua yang gelap itu, terasa seperti ada beberapa pasang mata yang memerhatikan mereka dari dalam gua itu. Terdapat papan larangan dan pita berwarna merah yang tertulis 'dilarang masuk' di hadapan pintu gua itu. Namun, pita itu seperti telah dicabut orang lain kerana nampak seperti telah berada di atas tanah dalam beberapa hari
"Kau serius nak masuk ni Ela?" Adelia berasa tidak selesa, teragak-agak dengan keinginan Layla. Seperti akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada mereka berdua—
"Haa jumpa tak?" Satu suara menghampiri mereka berdua. Kelihatan dua orang gadis yang seperti mereka nampak di puncak tadi sedang mencari sesuatu di atas tanah sambil membongkok-bongkok
"Eh? Kaki siapa yang lebar semacam ni?" Pelik salah seorang gadis apabila tiba-tiba ada sepasang kaki yang elok terletak di hadapannya. Dia mendongak, dan matanya bertemu dengan sepasang mata, tuan kepada sepasang kaki itu
"Oh mak kau cantik!" Melatah gadis itu kemudian berdiri tegak dan mengambil langkah ke belakang
"Terima kasih lah cakap mak I cantik, mak I memang cantik pun. Macam mana U tau?"
"Hehe, ter melatah pula"
"Oh korang lagi?"
"Lahhh korang juga ke? Buat apa dekat sini?" Soal tuan kepada sepasang kaki yang lebar tadi, Layla. Biasalah, dah keturunan. Sampai ke dia lah dapat saiz kaki yang lebar
"Kawan aku, dia tertinggal ke hilang entah barang dia dekat sini" jawab gadis itu sambil menunjuk rakannya yang hanya berdiri di sebelahnya
"Barang apa tu?" Tanya Adelia seraya memandang kedua-dua gadis dihadapan dia dan Layla itu
"Ermm.." Gadis itu memandang rakannya yang disebelah. Inginkan keizinan dia, sebab dia tahu yang rakannya itu tidak mahu ramai tahu tentang sakitnya
"Inhaler dia.."
"Oh.." Layla dan Adelia saling memandang kemudian serentak memandang dua orang gadis itu
Beberapa minit mencari, masih lagi tidak jumpa atau nampak seketul inhaler di atas rumput mahupun di atas tanah
Mereka bertembung sewaktu mencari
"Jumpa?"
Adelia dan Layla menggeleng. Kemudian entah bagaimana, mereka memikirkan satu perkara yang sama. Perlahan-lahan kepala mereka memaling, memandang ruangan gelap dalaman gua itu. Serentak mereka terus menarik diri, jauh dari pintu gua yang suram itu
"Eihhh takkan lah.."
"Mungkin?"
"Kau gila?"
"Dahtu? Ada pilihan lain?"
"Tapi takkan lah boleh sampai ke dalam tu?"
"Kita tak tahu apa-apa yang tolak dia. Kan?"
"Tak mungkin lah doh"
"Benda boleh jadi kan?"
"Tak masuk akal lah!"
"Habistu?"
"Tempat larangan kut ni"
Mereka berhenti bertekak. Baru jumpa, bertekak dah macam kenal lama si Layla dan gadis yang berbadan sedikit besar itu
Setelah hampir sejam menunggu di hadapan pintu gua itu sehingga terduduk. Layla terus berdiri. Nekad untuk masuk ke dalam gua itu
"Kau biar betul Ela?" Tanya Adelia yang duduk disebelahnya
"Erm! Aku nekad! Nak jadi apa jadi lah!" Layla kemudian bergerak masuk ke dalam gua itu dengan lampu suluh yang telah dinyalakannya
Adelia mengikuti di belakang. Dua orang gadis itu teragak-agak di antara mahu masuk atau tidak. Tetapi mereka tetap perlu mencari ubat inhaler milik gadis berkaca mata itu. Takut ibu bapa dia marah pula nanti
Mereka berdua berpegangan tangan, kemudian dengan cahaya daripada lampu suluh yang telah dibekalkan guru mereka di awal pagi tadi mereka bersama-sama melangkah ke kegelapan gua itu
Kegelapan mula mengelilingi mereka berempat. Tanah di dalam gua itu disuluh oleh dua orang gadis itu bersama dengan Adelia, manakala Layla sibuk menyuluh lebih dalam ruangan gua itu. Dia terlalu ingin melihat sendiri apa yang berlaku di dalam gua itu sehingga tempat itu menjadi tempat larangan
"Ela! Jangan jauh sangat!" Jerit perlahan Adelia yang di belakang apabila melihat cahaya lampu suluh Layla semakin menjauh daripada mereka bertiga
"Weyh weyh! Tengok ni!" Panggil Layla yang dihadapan
"Apa? Kau dah jumpa ke?" Tanya gadis yang berbadan besar itu
"Tak, tapi cuba tengok ni" Layla mengutip sesuatu yang berada di atas tanah itu. Pasir yang meliputi sesuatu barang itu ditiup beberapa kali. Macam baru jatuh? Entahlah
Barang yang bersinar itu ditayang dengan suluhan lampu suluh masing-masing. Berwarna sedikit gelap, nampak seperti batu dan berkilau..
"Permata ke tu?" Tanya gadis kecil berkaca mata itu
"Nampak macam permata.." balas Layla
"Siapa punya pula yang boleh tertinggal permata dalam ni?"
"Tah tah memang ada lombong permata dekat dalam ni tak?"
"Takkan lah, kalau ada pun kenapa tiba-tiba pihak atasan kawasan ni berhentikan operasi tempat ni?" Kata Adelia logik. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Adelia itu
Kalau betul tempat itu ada lombong permata, mesti gua itu jadi tempat tumpuan orang ramai. Dan lagi satu, mesti akan ada jentera, pekerja-pekerja buruh yang menggali kawasan itu. Tapi tiada. Pasti ada sesuatu lain yang terjadi. Entah benar atau rekaan
Tiba-tiba suatu bunyi yang kuat memecah hingin gelap keliling mereka. Bunyi itu seolah-olah satu angin tekanan yang keluar dari yang paling dalam ruangan gua itu. Terus berdebar jantung masing-masing seraya mata mereka melekat dari mana arah bunyi itu keluar
Tidak cukup dengan itu, kemudian suatu angin yang kuat menolak mereka berempat jatuh terduduk. Semakin kuat debaran di dalam dada masing-masing. Nak lari, tapi seperti tidak rasa kaki masing-masing!
"Weyh lari lari!" Jerit Layla. Yang lain tidak dapat berdiri, inginkan pula mahu berlari. Begitu juga dengan Layla
"Aku tak boleh gerak!"
"Aduhhh apa lagi pula ni!"
"Makkkk!!!"
"Apa tu apa tu?!" Kelihatan seperti satu cahaya yang terang semakin menghampiri mereka. Tidak dapat berbuat apa-apa, mereka hanya mampu menjerit. Menerima apa saja yang akan berlaku terhadap mereka dalam ketika waktu ini
Mungkin memang salah Layla kerana terlalu ingin mengetahui tentang apa yang disebalik kegelapan gua ini. Dia mulai menyesal, dia memandang rakan-rakannya yang disisi sama ada yang sudah lama dia kenali, atau yang baru saja mereka bertemu
Layla akan mengambil segala tanggungjawab yang dia akan hadapi kerana rasa bersalah, mengheret sekali orang lain dalam kemahuan dia sendiri
Mereka bertiga memandang Layla. Kemudian cahaya terang itu terus menyelubungi diri mereka berempat. Perlahan-lahan kegelapan tadi, terus disinari cahaya yang terang
𝔹𝔼ℝ𝕊𝔸𝕄𝔹𝕌ℕ𝔾!
Jadi macam mana part kalini, okay? Jangan lupa vote dan comment untuk support kami dalam meneruskan penulisan cerita ini! ♡
YOU ARE READING
𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]
Adventure𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡-𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐥𝐮𝐚𝐫. 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 �...