XXII

20 5 0
                                    

Layla perlahan-lahan membuka matanya. Sinaran cahaya lampu di siling menyilaukan pandangannya. Apabila matanya sudah dapat membiasakan cahaya lampu itu, dia melihat sekeliling. Ada dua orang yang berbaring di sebelah dan di hadapannya. Sebuah katil di penjuru bilik pula seperti telah diusik namun tiada bayang seseorang di atas katil bersebelahan dengan katil di hadapannya

Dia mengubah posisi baring ke posisi duduk. Selimut putih yang tadinya menutupi sehingga ke bahagian dada itu diturunkan ke paras pinggang

Kini baru dia dapat melihat dengan jelas dua orang gadis yang berbaring di sebelah dan di hadapannya itu. Adelia yang berbaring di sebelahnya manakala Shawara berbaring di hadapannya. Muka mereka kelihatan tenang

Kemudian baru Layla teringat kejadian ketika di gelanggang arena tadi

"Ketua Emper Khaleela.." nama jawatan tertinggi di antara pelajar-pelajar di Magnifique Academy itu terngiang di kepala

Pintu bilik itu dibuka menampakkan seorang lagi gadis dengan rambut panjang separas atas punggung menapak masuk dengan dulang di tangannya. Di atas dulang itu ada tiga gelas air jernih

"Ela! Kau dah sedar?" Putri meletakkan dulang itu di atas meja yang berdekatan kemudian menghampiri Layla. Layla hanya mengangguk kerana tiada tenaga lagi untuk mengeluarkan suara

"Nah, minum dulu air ni" segelas air itu bertukar tangan. Layla meneguk sekali kemudian berhenti lalu memandang Putri "air apa ni?"

"Minum dulu, nanti aku bagitau" tetapi Layla tidak mahu menghabiskannya "tak sedap" jawabnya pendek. Bukan kerana Putri yang meletakkan apa-apa di dalam minuman itu cuma Layla yang memang tidak gemar dengan air kosong

"Air ni aku dah salurkan energi daripada kebolehan aku. Minum, nanti cepat sikit kau ada tenaga" maklum Putri. Layla hanya menurut saja, tak ada kekuatan untuk dia melawan

Setelah isi dalam gelas itu kosong, Putri mengambil semula gelas itu lalu diletakkan ke atas meja yang berdekatan

"Rasa okey sikit?"

Layla mengangguk "terima kasih"

"Kau ingat lagi tak apa yang jadi tadi?" Melihat keadaan Layla seperti semakin baik, soalan terus diajukan

"Ketua Emper Khaleela.. api.. kebolehan daya kau.." baru Layla teringat tentang rakannya yang seorang itu "m-macam mana kau boleh ada dua kebolehan?" Layla memandang tepat ke anak mata Putri

"Itu yang ketua-ketua emper dan ketua pelajar tengah sakit kepala fikir macam mana aku boleh ada dua kebolehan dalam masa yang sama. Sebab tak pernah lagi mana-mana pelajar dekat sini ada lebih daripada satu kebolehan" terang Putri berdasarkan pertemuan sementara dirinya dengan Ketua Pelajar Shah sebelum ini

Di sebelah katil Layla dapat dilihat pergerakan kecil, serentak mereka memandang katil disebelahnya dan Adelia juga kini telah tersedar. Seperti Layla tadi, Adelia disuruh untuk meneguk habis segelas air yang telah disalurkan energi. Tidak lama kemudian begitu juga dengan Shawara

"Kenapa kau nampak okey je?" Tanya Shawara kepada Putri apabila melihat Putri seolah-olah tidak terkesan dengan kemalangan tadi

"Kau lupa ke aku ni ada kebolehan apa? Hilang ingatan ek?" Putri mencekak pinggang di tengah-tengah bilik itu "oh lupa" jawab Shawara selamba. Mereka serentak tergelak kecil

Perhatian mereka terus tertumpu pada pintu bilik apabila terdengar pintu itu diketuk sebelum dibuka menampakkan ketua pelajar, pembantu ketua pelajar dan ketua-ketua emper. Namun Ketua Emper Khaleela tidak bersama dengan mereka

"Korang semua dah okey?" Tanya Shah apabila melihat empat gadis itu seolah semakin pulih. Mereka hanya mengangguk dengan serentak

"Baguslah kalau macam tu. Saya minta maaf bagi pihak Ketua Emper Khaleela atas tindakan dia yang melampau di gelanggang tadi. Dia hilang kawalan mengawal kebolehan jadi dia akan menjadi lebih agresif" Ketua Pelajar Shah menyatakan maaf bagi pihak Ketua Emper Combratte secara terbuka, walaupun ketua emper itu tiada bersama mereka, kerana ketua pelajar itu tahu dengan sikap Ketua Emper Khaleela yang tidak ingin mengaku salah dirinya

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now