XVII

14 5 0
                                    

"Tak sempat untuk saya tunjukkan kepada awak semua keseluruhan akademi ini. Tapi saya pasti awak semua sudah tahu di mana bilik latihan untuk setiap emper selepas awak semua dibahagikan mengikut emper-emper. Kan?" Mira memandang empat gadis itu

"Ye, mudah lah urusan kami selepas ini. Yang awak tunjuk kepada kami tadi semuanya yang perlu kami tahu terlebih dahulu. Terima kasih Mira" ucap Adelia sambil tersenyum. Putri, Layla dan Shawara turut tersenyum. Senang lah untuk mereka selepas ini. Tapi kalau kes lupa itu lain lah. Mereka perlu ingat setiap tempat-tempat yang penting, takde lah akan menyusahkan sesiapa nanti

"Jika ada waktu lain nanti, kita sambung ye. Sekarang sudah masuk waktu makan. Jom saya bawa ke kafetaria" Mira sekali lagi mengetuai langkah mereka, kali ini menuju ke kafetaria pula. Tahu-tahu saja perut mereka sudah berkeroncong

"Saya ada pertanyaan Mira"

"Saya ada mencari nama Magnifique Academy ini di atas talian, tapi tiada apa yang saya temui. Dan berdasarkan daripada nama akademi ini sendiri, bahasa aslinya adalah berasal dari Bahasa Perancis" Menurut apa yang Layla kaji, dia tidak menjumpai walau satu pun laman web yang menceritakan atau mengenalkan tentang akademi ini

"Oh, tentang itu. Benar nama akademi ini aslinya daripada Bahasa Perancis. Ada sebuah keluarga yang berasal dari negara Belgium suatu ketika dahulu telah mengembara ke serata dunia dan negara ini menjadi negara terakhir pengembaraan mereka. Mereka memegang batu-batu permata yang menjadi rebutan orang ramai ketika itu. Mereka sekeluarga adalah sebuah keluarga yang lain daripada yang lain

"Setiap seorang daripada ahli keluarga itu mempunyai kuasa semula jadi. Ada yang kata mereka peroleh kuasa itu kerana jatuh dari turun temurun keluarga. Tapi kebenarannya tiada siapa pun yang tahu

"Diceritakan, batu-batu permata yang mereka pegang telah pecah kepada serpihan-serpihan di serata negara ini kerana mereka ingin menyalurkan kesemua kuasa mereka ke dalam batu-batu permata itu, namun tidak sampai keseluruhan kuasa mereka dapat disalurkan ke batu-batu permata itu, malangnya batu-batu permata itu berderai. Dan siapa yang menjumpai serpihan-serpihan itu akan secara automatik menerima kuasa terus ke badan mereka

"Menyedari keadaan itu, maka terbinalah akademi ini untuk mengumpulkan mereka-mereka yang menjumpai batu-batu permata itu dan akhirnya serpihan-serpihan batu-batu permata itu dapat disatukan semula dan sedang berada di bawah lindungan kami semua"

Serentak mereka membuat mulut bentuk 'O'. Kini fahamlah mereka bahawa akademi ini terbina berdasarkan sebuah kejadian yang secara tidak sengaja menyatukan populasi manusia yang berkebolehan di sebuah tempat yang selamat. Baru mereka tahu kenapa akademi itu tidak boleh dijumpai di mana-mana laman sesawang, di atas talian dan kenapa Magnifique Academy ini tersorok daripada mata kasar manusia biasa

"Okey, kita dah sampai. Selamat menjamu selera" Mira kemudian meninggalkan mereka berempat di situ lalu berlalu pergi ingin kembali ke biliknya

"Okey.." mereka memandang sesama sendiri. Ah sudah, dah lah tempat baru. Macam mana mereka ingin menyesuaikan diri

"It's okay, we got this girls" Shawara memberi kata-kata semangat. Kafetaria saja, bukannya mereka yang menjadi hidangan makan untuk pelajar-pelajar di sini

Sebaik saja kaki mereka menapak ke dalam kafetaria, semua mata terpaku ke arah mereka. Terus gelisah gadis-gadis itu apabila pandangan semua tertancap pada mereka. Mereka perasan ada yang sedang bersembang mungkin tentang mereka, ada yang tersenyum lebar mungkin kerana teruja ada pelajar baru dan ada yang senyap mungkin tidak kesah tentang kewujudan empat gadis ini

Mereka meneruskan langkah sehingga ketua pelajar menghampiri mereka

"Eh korang kenapa?" Shah, ketua pelajar di situ hairan kenapa mereka seolah tidak senang

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now