XIX

17 6 0
                                    

Malam berganti siang. Pagi itu, empat gadis itu bangun dengan serentak. Rupanya mereka berempat tidak dapat tidur dengan nyenyak dek memikirkan tentang ujian pemilihan yang bakal mereka berdepan dalam beberapa jam lagi

Mereka membersihkan diri lalu bersiap-siap. Pakaian yang bersesuaian dipilih kerana mereka masih belum mendapat seragam pelajar yang rasmi. Jadi mana-mana pakaian yang bersesuaian dan sopan dibenarkan buat sementara waktu

Adelia masih lagi di hadapan cermin mejanya. Dia memberikan kata-kata semangat kepada pantulan dirinya itu "kau boleh Adelia! Yakin dengan diri kau! Jangan gementar!" Kata-kata semangat itu dilontarkan dengan jelas

Layla pula sedang duduk di birai katilnya. Tapak tangannya ditenung, kemudian digenggam dengan kuat. Layla kerap melakukan gerak ini jika dia berasa gementar atau ketakutan. Seolah-olah dia memegang tangan ibunya dalam bayangnya

Putri dapat merasakan tangannya menggigil kesejukan kerana turut gementar. Kedua tangannya disambungkan lalu digenggam untuk mengelakkan daripada tapak tangannya terus berasa sejuk . Dia mengambil nafas yang dalam kemudian dihembuskan, Putri melakukannya untuk beberapa kali

Di hadapan meja Shawara, gadis itu termenung sebentar. Dia berenang-renang dalam fikirannya, mengelakkan daripada dia terus memikirkan ujian yang akan mereka berempat berdepan kurang daripada tiga jam ini

"Jom pergi kafeteria, dah masuk waktu sarapan" Adelia bangkit dari kerusinya kemudian tiga gadis itu turut mengikuti Adelia menuju ke kafeteria

Lebih gementar rasa di dalam jiwa untuk pergi ke kafeteria selepas menyedari yang pasti mata-mata akan memandang mereka yang akan berdepan ujian pemilihan sebentar lagi

Benar jangkaan mereka. Sebaik mereka menapak ke dalam kafeteria, mata-mata terus terpaku ke arah mereka

Piring diambil lalu sarapan pagi mereka iaitu roti bakar dengan pilihan jem pelbagai perisa, bubur ayam dan daging, sosej bakar, waffles dan telur hancur dipilih dalam kuantiti yang kecil. Tiada masa untuk mereka berselera buat masa ini. Walaupun tidak berselera, mereka tetap perlu membina tenaga daripada sarapan pagi itu

Pandangan mata kekal terpaku dari awal mereka masuk sehinggalah mendapat tempat duduk. Namun semua itu dihiraukan saja, bukannya daripada mereka yang perlu empat gadis ini menerima ujian  tetapi daripada sekumpulan ketua emper yang sedang duduk tidak jauh daripada mereka

Dapat mereka lihat bertapa berseleranya kumpulan itu menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulut sambil bersembang sesama sendiri. Sangat bertentangan situasi empat gadis ini dengan sekumpulan ketua emper itu. Seseorang yang tidak sempat mereka kenali iaitu salah seorang daripada ketua-ketua emper itu turut berada di situ

Pakaiannya serba gelap. Vest yang berwarna merah itu dilengkapkan dengan tali leher yang disulam dengan warna yang sama. Skirt merah separas lutut itu menampakkan kakinya yang panjang disempurnakan dengan kasut but berkulit hitam. Rambutnya yang pendek paras leher dengan warna perang kemerahan dibiarkan lepas. Sesekali dia tersenyum menampakkan dia sebagai seorang yang anggun tetapi kasar perwatakannya

Belum sempat empat gadis itu mengalihkan perhatikan mereka daripada ketua emper tersebut, mereka bertentangan mata. Tercengang, keras. Mereka tidak bergerak mahupun menghadiahkan senyuman. Pandangan mata ketua emper tersebut memberi satu aura yang tegas dan kasar

Segera mata dialihkan ke sarapan di hadapan mereka semula. Peluh debaran membasahi diri. Dia ke salah seorang ketua emper yang akan menguji mereka berempat nanti?! Ah sudah, selamat tinggal dunia

Sebelum sempat mereka semakin cemas dalam ketakutan, Ava muncul entah dari mana kemudian duduk di meja empat gadis itu. Fuh, nasib baik tak gugur jantung yang sudah seperti telur dihujung tanduk

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now