"Sha, esok jangan lupa tau plan kita" pesan Putri, mengingatkan Shawara tentang plan yang mereka telah buat beberapa hari yang lalu
"Tengok lah macam mana. Aku tak tanya lagi umi aku pasal plan kita tu.."
"Hurmm.. tak pun kan aku ada idea!" Kata Putri kemudian berhenti mengemas buku masuk ke dalam begnya
"Idea apa?"
"Apa kata kau curi curi keluar je?"
"Kau gila ke apa?"
"Dah tu, kau ada idea lain yang lebih bernas yang boleh diterima akal?" Tanya Putri sambil bersandar pada dinding kelas dibelakangnya
"Hurm, takde?"
"Dahtu?"
"Alahhh aku takut lahhh kalau kantoi macam mana?"
"Takde punyaaa. Kan umi dengan abah kau balik lewat. Tak kantoi punya lahhh jangan risau"
"Okey lah okey lah, cincai lah cincai" kemudian mereka berdua sambung mengemas beg kemudian keluar daripada kelas yang dari tadi hanya tinggal mereka berdua saja
Keesokkan harinya, mereka berdua keluar di awal pagi dan bertemu di perkarangan sekolah. Bas sekolah sedang memanaskan enjin dihadapan sekolah, manakala pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti itu sedang berkumpul di kafeteria
"Eri!" Shawara terus menyapa sesampai saja dia di cafeteria sekolah dimana Putri dan pelajar yang lain sedang menunggu
"Haa sampai pun. Nak putih lah juga rambut ni tunggu kau"
"Sorry lambat. Susah gak weyh nak keluar dari rumah tu. Macam pendatang haram dah aku menyelinap keluar" kata Shawara sambil tangannya membersih-bersihkan bajunya. Dedaun yang melekat, dicabut buang
"Kau berguling atas tanah ke Sha. Habis daun-daun kering melekat dekat baju kau" Putri membantu Shawara untuk membuang dedaun kering yang melekat
"Baiklah pelajar, bas dah nak bergerak. Saya panggil nama seorang demi seorang, tolong sahut" arah si guru pembimbing. Satu nama ke satu nama mula dipanggil
"Shawara Iman"
"Sayaaa"
"Putri Amylya"
"Saya cikgu!"
"Baiklah, semua dah ada. Pastikan barang-barang kamu semua cukup. Utamakan keselamatan diri masing-masing. Okey, bergerak dalam sebaris ke bas" pelajar-pelajar mengikut saja arahan si guru. Mereka berbaris menuju ke bas
"Lelaki duduk dihadapan, perempuan duduk dibelakang"
"Alahhh baru nak amik tempat duduk belakang"
"Alahhh duduk je lah mana-mana"
"Tahnya, takkan lah kau nak berdiri pula"
"Sha, kau nak duduk sebelah tingkap ke?" Tanya Putri sebaik saja mereka ingin masuk ke dalam perut bas
"Kau duduk lah sebelah tingkap. Giliran aku masa balik"
"Okey!" Riang si Putri. Bahagian kanan tempat duduk di dalam bas dicapai. Putri mengambil tempat duduk dulu, yang diikuti dengan Shawara disebelahnya
"Baiklah, kita akan bergerak sekarang" kata si guru sebaik melihat pelajar-pelajar telah mengambil tempat duduk masing-masing. Bas mula bergerak menuju ke lokasi dimana mereka akan mendaki bukit
Sesampai dikaki bukit, mereka berkumpul dan mendengar peraturan-peraturan yang mereka dilarang atau dibenarkan buat dalam aktiviti dakian nanti. Alatan keselamatan seperti wisel, lampu suluh dan batang kayu dibahagikan ke para pelajar jika-jika berlaku sesuatu kepada pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi yang baru saja pertama kali mencuba untuk mendaki
YOU ARE READING
𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]
Adventure𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡-𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐥𝐮𝐚𝐫. 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 �...