XIII

18 6 0
                                    

Keesokkan harinya, ayah Layla bangun dari tidur dengan badan yang terasa ringan. Dia tidak batuk-batuk lagi, tiada rasa sakit di tangan mahupun di kaki. Badannya terasa segar

Gembira dengan keadaannya yang kini seperti sudah sihat, dia segera pergi ke bilik si anak gadis. Pintu dibuka, tetapi yang menyambutnya adalah katil kosong yang tidak disentuh. Barang-barang di atas meja belajar sudah tiada. Sepi sahaja bilik si anak gadis itu

Dia atas katil yang kosong itu terdapat satu kertas nota dengan tulisan tangan si anak gadisnya

Ayah, orang pergi dulu. Tolong jaga diri sepanjang orang tak ada. Orang janji orang akan datang jenguk ayah kalau ada masa. Jaga kesihatan ye ayah. Orang dah bagitau along, angah dengan alang supaya tengok-tengokkan ayah. Orang sayang ayah tau!

anak kesayangan ayah,
𝐿𝒶𝓎𝓁𝒶

Pintu utama rumah dibuka, abang kedua Layla masuk lalu mencari si ayah. Bilik si adik perempuan dihampiri dan kelihatan si ayah duduk di atas katil adik bongsunya

"Ayah? Mana adik?"

Dengan senyuman di bibir, ayah Layla menjawab dengan tenang

"Pergi jumpa mak kamu"

Di rumah agam milik keluarga Shawara pula, si ibu meredah masuk ke dalam bilik Shawara apabila panggilannya tidak disahut-sahut. Mahu saja dia menyampaikan makian, pintu yang dibuka itu mempamerkan bilik yang kosong. Shawara tidak ada di dalam biliknya

Umi Shawara mendekati meja belajar anak gadisnya yang malang, dia terlihat sekeping kertas dengan calitan pen biru diatasnya

Umi, Wara terpaksa pergi. Wara dah tak sanggup asyik kena pukul dengan umi. Wara tahu mungkin Wara yang salah, tapi Wara dah tak boleh tahan dengan tamparan, makian, pukulan dan libasan rotan umi dekat badan Wara. Wara minta maaf, dan tolong halalkan segala makan minum Wara sepanjang Wara membesar dalam rumah ni ye umi..

𝒲𝒶𝓇𝒶

Umi Shawara jatuh terduduk, dia menekup mulutnya. Air mata kesedaran turun jatuh ke pipinya. Baru dia sedar salah dia selama ini menjadikan anak gadisnya itu sebagai tempat dia melepaskan marah sebab stress bekerja. Kini dia telah hilang salah seorang anaknya yang selama ini dia tidak peduli

Pagi itu, si adik asyik mengetuk saja pintu bilik kakaknya. Tidak dibuka mahupun disahut oleh kakak sulung. Tidak menunggu lama dia terus memanggil abi dan ibu memberitahu tentang apa yang terjadi

"Along! Bangun!" Si ayah menjerit, diketuk-ketuk pintu bilik anak perempuannya tetapi sama saja, tetap tiada sahutan dari dalam bilik si anak sulung

Kunci sampingan dicapai lalu pintu bilik yang dikunci dari dalam itu dibuka. Kosong. Anak gadisnya tiada di dalam bilik tidurnya. Cadar katil juga masih lagi tersusun rapi, seperti tidak disentuh langsung

Satu nota kecil yang dilekatkan di cermin bilik itu dicabut. Isi tulisan itu dibaca oleh abi Adelia

Ibu, abi, along minta maaf sebab buat keputusan macam ni. Along pergi jauh, along rasa macam rumah ni tak sesuai lagi untuk along. Dan untuk adik, banggakan ibu dengan abi. Along minta maaf sebab tak akan ada lagi dekat sisi adik. Ibu dan abi, terima kasih sebab jaga along sampai sekarang

anak sulungmu,
𝒜𝓁𝑜𝓃𝑔

"Ni semua salah abang! Kalau abang tak marah-marah dia, tengking-tengking dia, dia tak akan larikan diri!" teriak si ibu kemudian jatuh terduduk di atas katil anak sulungnya

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now