Tuk tuk tuk!
Bunyi ketukan pintu kedengaran. Shawara yang ketika itu paling hampir dengan pintu bilik membuka pintu sekaligus menayangkan susuk tubuh seorang gadis berkaca mata dengan senyuman yang diukir
"Oh Mira, ada apa-apa ke?" Shawara membuka pintu itu dengan lebih lebar supaya rakan-rakannya yang lain dapat melihat siapa yang datang untuk menjenguk mereka. Pantas tiga rakannya yang sedang melakukan hal masing-masing itu berenti daripada melakukan hal mereka sebaik saja nama Pembantu Ketua Pelajar tu disebutkan
"Tak, saya saja nak tengok awak berempat. Ada rasa tidak selesa lagi?" Pembantu Ketua Pelajar Lamira kekal berdiri di hadapan bilik, ingin menghormati privasi empat pelajar baharu itu
"Kami dah okey dah. Lagipun tidak lah teruk mana keadaan kami. Cuma tenaga kami habis cepat je" Adelia tidak mahu Pembantu Ketua Pelajar Lamira kasihan pada mereka. Kalau masih bermanja, takut naik lemak pula mereka nanti. Lagipun tidak mahu lah pelajar-prlajar yang lain menganggap mereka menerima layanan yang lebih baik hanya kerana keadaan mereka sekarang ini.
"Masuk lah, takkan nak berbual sambil berdiri" ajak Layla menjemput Pembantu Ketua Pelajar Lamira untuk masuk ke dalam bilik mereka. Gadis yang tadinya berdiri di hadapan pintu bilik mereka kini telah duduk di sebuah kerusi yang ditawarkan oleh Shawara
"Saya datang ke sini sebab nak maklumkan dekat awak berempat, yang selepas awak berempat menjalani ujian pemilihan pusingan kedua, Puan Pengarah nak berjumpa dengan awak berempat untuk bincangkan soal kebolehan awak ni" maklum Pembantu Ketua Pelajar sebaik saja melihat mereka dalam keadaan yang baik-baik saja
"Biar betul? Ketua Pelajar dah berjumpa dengan Puan Pengarah?" Soal Adelia. Terkejut bertambah sedikit gelisah apabila Puan Pengarah yang hanya akan melakukan perjumpaan jika ada perkara yang penting berlaku saja, mengikut apa yang dikatakan oleh Ava
"Sudah dan Puan Pengarah ingin membuat keputusan setelah berjumpa dengan awak berempat, dengan cara ini saja dia boleh membuat keputusan tentang apa yang berlaku pada awak berempat" maklum Pembantu Ketua Pelajar Lamira itu lagi. Ketua Pelajar Shah ingin hal ini berakhir dengan cepat sekaligus memberikan segala jawapan kepada soalan-soalan yang tidak mampu dijadikan sebagai kata-kata
Sebaik saja makluman itu disampaikan kepada empat sahabat ini, Pembantu Ketua Pelajar Lamira meminta diri untuk membuat persediaan bagi pemilihan pusingan kedua buat empat pelajar baharu itu. Mereka semua terus jatuh terduduk di atas katil masing-masing. Jika sebelum ini mereka ingin sangat bertemu dan melihat sendiri Puan Pengarah kepada akademi ini, namun selepas apa yang dikatakan oleh Avaryn sebelum ini tentang Puan Pengarah itu, mereka tidak ingin lagi berjumpa dengan pewaris akademi ini
"Macam mana kalau dia seorang yang garang? Bayangkan muka dia, mata dia yang merah tajam, lidah dia yang panjang dengan kuku dia yang tajam--" lekas Adelia menepuk kepala Shawara sebelum gadis itu semakin jauh dalam khayalannya. Tidak akanlah pewaris terunggul akademi ini boleh di anggap sebegitu rupa. Dia pasti seorang manusia seperti mereka, berjalan seperti mereka dan penampilannya seperti orang-orang lain yang berjalan di atas muka bumi ini
"Kau punya imaginasi tinggi melangit. Takkan lah rupa dia macam tu sekali. Agak-agaklah kalau ye pun" Layla mencelah. Shawara kalau bukan dengan imaginasi tinggi melangitnya itu, bukan Shawara Iman lah nama dia
"Apa-apalah, aku nak pergi library sekejap. Nak ambil bau udara buku-buku" kata Putri kemudian berjalan menghampiri pintu
Selepas Putri hilang daripada disebalik pintu itu saja, tiga lagi sahabat ini memandang sesama sendiri "kau orang perasan tak sejak daripada semalam lagi, lepas saja kita habis ujian pemilihan tu, dia terus jadi lain. Bila bercakap saja dengan dia, sepatah-sepatah dia balas" Layla yang perasan dengan tingkah-laku Putri itu menyatakan pandangannya. Ye, Adelia dan Shawara turut perasan dengan perubahan tingkah-laku yang ditayangkan oleh Putri. Berbeza, sangat berbeza. Lebih-lebih lagi Shawara yang terlebih lama dahulu mengenali Putri, dia bukanlah seorang yang mudah ambil hati ataupun senang merendah diri. Tetapi sesuatu yang berlaku ketika di ujian pemilihan itu berjaya mengubah tingkah-lakunya menjadi seorang ynsg pendiam dan ingin selalu berseorangan
YOU ARE READING
𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]
Adventure𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡-𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐥𝐮𝐚𝐫. 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 �...