XVIII

17 5 0
                                    

Pada malam itu, semua pelajar berkumpul di ruangan berhimpun selepas selesai makan malam. Adelia, Putri, Layla dan Shawara sedang dalam perjalanan mereka ke ruangan berhimpun selepas bertemu dengan Pembantu Ketua Pelajar Lamira. Pembantu Ketua Pelajar Lamira memaklumkan bahawa sebentar lagi ketua pelajar ingin memberitahu tentang aktiviti dan latihan yang akan mereka mulakan keesokkan hari

"Burp! Wah sedap betul makan malam dekat sini. Nasib baik boleh tambah banyak-banyak kali" Shawara mengusap perutnya yang sudah membulat. Cara jalannya juga seperti wanita mengandung, dengan langkah yang berat menuju ke ruangan berhimpun

"Kau ni, serupa perempuan mengandung. Jalan elok-elok sikit Shasha!" Adelia menegur, namun gadis disebelahnya hanya menghiraukan saja

"Elok lah tu, silap hari bulan orang nampak kau macam perempuan mengandung. Padahal telan makanan dekat kafeteria sampai berpinggan-pinggan" Layla mengusik. Shawara memberi side eyes, amboi! Kutuk depan-depan tak bertapis langsung!

"Hai!" Seorang pelajar yang mengenakan vest berwarna coklat tanah itu muncul entah dari mana lalu menyapa empat gadis itu

"Er hai" Adelia menyapa kembali kemudian berganti pandangan mata dengan tiga orang gadis di sisinya

"Saya nampak tadi Ketua Pelajar Shah kenalkan korang berempat dekat kafeteria. Saya nak sapa, tapi segan lah pula ramai orang hehe" gadis itu tersipu malu

Gadis di hadapan mereka mengikat rambutnya di bahagian kiri dan kanan. Rambut perangnya dihiasi dengan pin rambut yang berwarna warni melihatkan dia sebagai seorang gadis yang ceria dan comel. Tubuh badannya juga agak rendah, lebih rendah daripada Shawara mahupun Adelia. Vest coklat tanahnya itu terletak kemas di badan kecilnya, skirt separas bawah lutut itu kadang-kala beralun apabila gadis itu bergerak-gerak

"Oh, saya Adelia—"

"Ehh tak pe! Saya ingat nama korang semua. Haa awak Adelia, awak Shawara, Layla kan? Lepastu awak Putri" senyuman riang kemudian diukir

"Wahh awak ingat eh nama kitorang" Shawara kagum dengan ingatan gadis kecil itu

"Well, itulah kebolehan saya! Kebolehan saya adalah saya boleh mengingati sesuatu dengan mudah. Walau awak bagitau sesuatu benda atau kejadian tu bertahun-tahun lamanya, saya masih boleh ingat" gadis kecil itu menyatakan kebolehannya dengan riang. Riang sungguh, tak penat gamaknya

"Oh patutlah"

"Nama saya Avaryn, panggil je saya Ava. Saya ahli emper Planifier"

Empat gadis itu mengangguk. Mudah nama gadis kecil ini untuk diingati. Pendek dan ringkas. Nanti jika salah seorang daripada mereka berempat dimasukkan ke dalam emper Planifier tidak perlulah mereka bersusah payah untuk mencari kawan kerana Ava kelihatan seperti dia bergerak berseorangan, tiada pula rakan-rakan yang lain

"Jom lah! Takut kita lambat nak berkumpul. Silap-silap tempat kita paling belakang" Ava mendahului langkah sebelum mereka. Empat gadis itu hanya mengekori saja, walhal sebenarnya mereka tidak berapa ingat di mana tempat ruangan berhimpun

Tiba di tempat ruangan berhimpun, nasib menyebelahi mereka berlima apabila mereka tidak berada di tempat duduk yang paling belakang. Tempat duduk yang kosong dihampiri lalu mereka duduk bersama sebelah-menyebelah

Empat gadis itu terasa sedikit berdebar apabila akhirnya perlu berkumpul dengan pelajar-pelajar yang lain. Ruangan berhimpun itu dibanjiri pelajar dengan pelbagai warna vest mengikut emper masing-masing. Boleh mereka lihat setiap satu pelajar dengan warna-warna vest yang berlainan dan dari pandangan mereka sesuai dengan penampilan setiap seorangnya

"Korang dah tau ke apa kebolehan yang korang ada?" Ava memulakan bicara sementara menantikan Ketua Pelajar Shah menaiki forum

"Saya berkebolehan untuk menyembuh. Cuma saya tak tau lagi sehingga tahap mana kebolehan saya ni" Gadis berkaca mata yang paling hampir dengan Ava berkongsi kebolehannya, walau dia sendiri tidak mahir lagi dalam mengawal. Setakat menyembuhkan luka dan penyakit saja mudah untuk Putri lakukan

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now