VI

32 7 0
                                    

Seekor labah-labah sedang selesa berjalan di atas muka gadis tersebut. Mahu saja dia ingin membina sarang, gadis itu tersedar selepas terasa seperti ada sesuatu yang sedang berjalan di atas mukanya

Pantas dia menjentik labah-labah itu selepas bertemu mata dengan mata labah-labah itu. Perlahan-lahan dia cuba untuk mengubah posisi baringnya, ke posisi duduk

Kepalanya berdenyut dengan kuat sekali, seperti baru diketuk tepat di kepala. Dia terus memegang kepalanya, dia mengerang buat seketika sebelum rasa sakit itu perlahan-lahan menghilang

Matanya berpinar-pintar cuba untuk melihat sekeliling. Selepas matanya kian dapat melihat dengan lebih jelas, terdapat 3 tubuh yang berada di sisinya. Masih terbaring kaku

Mengecam muka masing-masing, dia mengejut mereka sedar. Perlahan-lahan mereka mula tersedar. Sama seperti Layla tadi, mereka turut terasa denyutan yang kuat menghentam kepala masing-masing

"K-Korang okey..?" Tanya Layla melihat rakan-rakannya yang kian tersedar itu

Mereka hanya mengangguk. Denyutan di kepala masih kuat terasa. Dia cuba untuk memapah 3 orang gadis itu keluar dari ruangan gua itu. Melalui cahaya yang dia lihat, dia ikut saja dia mana arah cahaya itu datang sambil memapah 2 orang gadis di sisi, manakala gadis yang berbadan besar itu berjalan dengan bertongkatkan batang kayu

Berjaya keluar dari gua itu, mereka jatuh terduduk di atas tanah kembali. Kaki terasa tidak kuat untuk melangkah lebih jauh lagi. Lebih-lebih lagi dengan keadaan mereka yang baru tersedar

Mereka memandang satu sama lain. Entah tiba-tiba terasa geli hati melihat keadaan masing-masing. Mereka tersembur gelak bersama-sama

"Kelakar lah muka masing-masing!"

"Aku rasa macam ada pasir masuk lubang hidung aku!"

"Tu okey lagi, tadi ada labah-labah jalan atas muka aku!"

"HAHAHAHA!"

Gelak tawa mereka berakhir selang beberapa minit. Penat buat lawak tentang keadaan muka dan pakaian mereka. Nasib baik masih berbaju, kalau tak. Heih, tak tau lah nak oiii

"Aku minta maaf.." ucap Layla sambil menundukkan kepalanya, memandang tanah yang berbatu kerikil itu

"Lah, kenapa kau minta maaf pula?"

"Ye lah, sebab aku korang kena hadap.. apa je yang berlaku dekat kita tadi"

"Tak lah. We have fun actually. Lagipun kita masih hidup. Jadi, tak pe"

"Korang ni biar betul. Aku janji, apa-apa yang jadi aku akan amik sepenuhnya tanggungjawab" Layla mengangkat tangan paras bahu

"Haaa bayar balik ganti rugi rambut aku. Ni kenapa terpacak ni?!" gadis berkaca mata tu bising. Nasib baik cermin mata dia tidak retak atau pecah. Rambut juga yang boleh terpacak ke semua arah

"HAAHAHA nanti aku hantar pergi salon eh?"

"Oh ye, apa nama korang? Kita bercakap macam dah kenal lama pula. Korang budak sekolah eh?" Tanya Layla. Macam-macam yang dah berlaku, nama pun tak tau lagi

"Oh ha'ah kan! Aku Shawara Iman. Boleh panggil Shawara atau Sha. Ataupun suka hati nama lah yang korang nak bagi" gadis berbadan besar itu perkenalkan diri dengan riang. Entah mana tenaga yang dia dapat boleh riang macam tu pula

"Aku Putri Amylya. Boleh panggil Putri atau mana-mana nama yang korang nak hehe"

"Nama cantik saya diberi oleh kedua raja dan permaisuri hati saya. Layla Atulya. Cantik en? Opkos! Panggil Ela je, panjang-panjang kang berbelit pula lidah"

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now