XV

20 6 0
                                    

"Saya dah agak yang kamu berempat akan keliru. Saya ialah ketua pelajar Magnifique Academy ini. Mereka bertiga adalah ketua-ketua emper. Disini kami ada empat emper. Combratte, yang bermaksud bertempur. Mereka yang mempunyai kuasa fizikal yang berkelebihan tinggi untuk melawan secara berhadapan dengan musuh akan dimasukkan ke dalam emper ini

"Ruse, bermaksud licik. Emper ini adalah untuk pemegang kuasa yang mampu untuk menghendap, menyamar atau menghilangkan diri

"Planifier, adalah bermaksud rancang. Emper ini sesuai untuk pemegang kuasa yang dapat menggunakan sepenuh pemikiran mereka dan bijak mengatur strategi. Planifier adalah emper yang sangat penting supaya serangan yang akan digunakan dapat berjalan lancar

"Dan yang terakhir adalah Observateur yang bermaksud pemerhati. Mereka yang memegang kuasa seperti membaca fikiran, pandangan mata yang boleh menembus halangan adalah sangat sesuai untuk berada di dalam emper ini" terang Shah panjang lebar

Adelia, Layla, Putri dan Shawara ternganga mendengar penjelasan tentang apa saja yang diterangkan oleh si ketua pelajar itu. Mereka sudah menggaru kepala yang tidak gatal, tetapi kusut. Apa ni? Kenapa ada pembahagian emper dan kuasa pula ni? Apa nama emper-emper yang disebut tadi? Ros? Seperti bunga ros ke? Ahh sudah

Mereka berempat memandang sesama sendiri, ini bukan yang seperti mereka jangkakan. Jauh sekali seperti yang diidamkan

"Erm pening eh?" Tanya Shah setelah melihat pelajar-pelajar baharu di hadapannya seperti sudah hilang arah

"Kami tak sangka pula ada pembahagian macam ni. Kami ingat cuma berlatih untuk tahu cara mengawal kuasa-kuasa kami ini saja" Putri menjawab

"Oh macam tu ke. Tak mengapa, selama korang dekat sini korang akan semakin selesa dengan sistem-sistem latihan disini" Shah cuba untuk mengurangkan kekusutan empat gadis itu, dan berhasil. Terlihat kelegaan di muka masing-masing

"Saya ada soalan" Shawara mengangkat tangan kanan seperti ingin bertanya kepada seorang guru

"Macam mana korang berlima boleh dapat pangkat ketua pelajar? Sebab korang yang paling lama atau dipilih mengikut kekuatan kuasa yang korang ada?"

"Kami yang paling lama berada di akademi ini dan macam yang awak cakap, ye. Kami menjadi ketua-ketua emper di akademi ini kerana kuasa yang kami ada. Kuasa-kuasa elemen yang jarang sekali pemilik-pemilik kuasa lain akan dapat" terang Hariz

"Jadi siapa ketua emper yang lagi satu?"

"Dia tak dapat nak ikuti harini, jadi kami bertiga sajalah yang dapat dikumpulkan. Mungkin kami dapat kenalkan dia dengan korang berempat lain kali?" Cadang Hariz

Empat gadis itu mengangguk setuju. Mereka bukanlah pelajar-pelajar yang penting, hanya pelajar baru di akademi itu. Jadi bila-bila masa saja mereka boleh dikenalkan kepada ketua emper yang lagi seorang itu

"Jadi macam mana dengan pembahagian kami dalam emper-emper tu semua?" Layla semakin teruja, tidak sabar untuk berada dalam emper yang pastinya akan menyeronokkan. Bersama satu kumpulan dengan rakan-rakan baru yang sama kelebihannya dengan mereka berempat

"Tentang pembahagian emper, kami perlu pantau dulu prestasi dan kemampuan korang sebelum dimasukkan dalam mana-mana emper yang bersesuaian"

"Warna vest yang korang pakai ni mengikut kumpulan-kumpulan emper lah ye?"

Ketua pelajar itu mengangguk

Mereka membuat mulut berbentuk 'O' serentak

"Saya ada soalan" Adelia mengangkat tangan

"Macam mana awak boleh tahu semasa kitorang dapat kuasa ni? Maksud saya, macam mana alamat dan nama kami dapat diketahui?" Baru dia teringat tentang surat tawaran kemasukkan ke akademi ini

𝑴𝒂𝒈𝒏𝒊𝒇𝒊𝒒𝒖𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒚 | 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 [𝐈]Where stories live. Discover now