Pagi yang indah dengan suasana rumah yang tenang.Sesi persekolahan sudah bermula semula.
Di dapur...
Hanya bunyi senduk berlaga dengan periuk kedengaran.
Eric sedang sibuk memasak sarapan untuk adiknya. Walaupun perangai dia macam setan bila dengan adik-adiknya,tapi sifat sayang seorang abang masih ada dalam dirinya.
"Thunder! Kejutkan Light!",jerit Eric dari dapur.
Thunder yang sedang menonton ceramah 'tanyalah ustaz' di ruang tamu terus bangun dari duduknya.
Langkah dibuka ke tingkat atas menuju ke bilik adik kembarnya.
Pintu bilik dibuka perlahan.
"Haihh tidur lagi budak nih..",keluhan kecil dilepaskan.
Songkok yang dipakai diletakkan di atas meja belajar. Almaklumlah baru balik dari solat subur dekat surau.
(Boleh dijadikan suami idaman...kalau nak boleh isi borang mai ii ramai ii isi borang👍😌)
Thunder duduk di katil Light lalu mengusap rambut kembarnya lembut.
"Hey sunshine...wake up.."
Nada lembut kedengaran di telinga Light.
Matanya dibuka perlahan-lahan.
"Hmm...hai..",ucap Light mamai.
"Assalamualaikum mangkuk."
Terus bertukar riak wajah Light. Ini mengundang amarah di pagi buta.
"Waalaikumussalam.."
Salam tuh wajib dijawab ye.
Mereka berdua pun bersiap untuk ke sekolah.
....
Semua makan dengan senyap di meja makan.
Eric pula sedang sibuk dengan laptopnya.
"Ermm...abg.."
"Nanti Pak Mat hantar korang.."
"Tch"
Baru sahaja mereka nak abang kesayangan hantarkan tapi tak dapat.
"Ha...aku lupa nak tanya apa jadi dekat rumah Esya haritu..korang balik rumah terus kena demam panas apahal?",Eric mengalihkan pandangan matanya dari skrin leptop untuk melihat adiknya.
"Aaa...sebenarnya ada orang muncul depan kami...ermm dia kata kami nih pewaris kuasa dia.."jawab Thunder dengan muka tak tahu.
"Hmm...korang nampak muka dia tak?"
"Tak tapi yang pasti ada dua orang.."
Hmmm
Tiada balasan dari Eric. Mereka berdua hanya diam lalu pergi ke sekolah.
******
T
horn sedang sibuk memberi baja untuk tumbuhannya dengan bantuan Ice.
"Eh Ice...aku nak jumpalah adik abang Eric...",Thorn memandang Ice yang berhenti dari menyiram pokok.
"Erm...aku pun nak jumpa diorang dua tapi kakak selalu halang dari berjumpa diorang.."
Bekas air tersebut diletakkan ketepi lalu Ice duduk di kerusi bersama Thorn.
"Kau rasa ada cara ke untuk kembalikan Solar dan Hali?"
Persoalan Thorn membuatkan Ice memasang muka 'ini bukan kisah mati hidup semula'.
"Mana boleh Thorn...lagipun kita kena terima takdir yang mereka berdua dah takde..",kata Ice dengan suara lembut.
"Tapi kemungkinan jumpa orang yang sama macam diorang masih ada kan.."
Ice menongkat dagu berfikir. Logik dia ada tapi macam tak logik pun ada.
Bah!!!
Wargh!!!
Hampir gugur jantung Ice dibuatnya. Thorn hanya memasang muka innocent.
"Kalau aku ada sakit jantung macam mana gila!",marah Ice lalu melihat Blaze dan Taufan yang sudah ketawa besar.
"Ha kau tak terkejut pun."
"Sebab aku tahu apa diorang nak buat hehe",Thorn tersengih.
Riak wajah Ice menunjukkan 'aku nak campak korang dalam tasik'.
"Woo rilek ah abang ku~"
Hanya keluhan kedengaran.
"Kalau korang nak jumpa si kembar tuh apa kata kita pergi je rumah diorang...",cadang Taufan sambil mengangkat sebelah keningnya tanda 'bagus tak rancangan aku'.
"Pandai juga kau nih..",puji Blaze lalu menepuk bahu Taufan.
"Cadangan yang bernas...erm biar aku fikirkan dulu.."
Ice bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan TTM diluar.
Tiba-tiba sahaja Blaze tersenyum jahat lalu matanya memandang kearah Taufan.
Dapat sahaja isyarat dari Blaze dengan pantas muncul satu kertas dan pen jangan lupa juga seekor lipas yang sedang terbang di dalam balang kaca yang dipegang oleh Thorn.
"Misi untuk harini..akan ku namakannya LIPAS TERBANG."
Hanya gelak jahat kedengaran disitu.
....
Gempa dan Ice yang sedang merehatkan diri di bilik mereka berdua tidak tahu apa yang akan terjadi pada mereka berdua.
HOHOHOHO
TTM berdiri di depan bilik mereka berdua lalu pintu bilik dibuka perlahan-lahan dan seekor lipas dilepaskan dalam bilik itu.
1....2....3 LARI!!
Wargh!!!!!!!
"Celaka kau lipas!!!!!!!",jerit Gempa yang sudah panjat almari baju.
"Aku berlakon dalam cite nih bukan untuk diprank!!!!",Ice membaling semua barang yang dia nampak kearah lipas tersebut.
20 minit kemudian...
TTM terpaku melihat keadaan bilik Gempa dan Ice dan juga kematian sadis seekor lipas terbang.
"Kau sudah berjuang sebaiknya..",kata Blaze lalu mengangkat selipar jamban yang menghempap lipas tersebut. Bukan satu selipar jamban tapi 10.
"Jasa anda akan ku kenang sahabat.",Taufan menepuk dada bangga.
"Semoga kau tenang disana wahai pahlawan terhebat",Thorn mengesat air matanya lalu menutup lipas tersebut dengan sapu tangan berwarna putih.
Gempa dan Ice memandang dengan muka 'aku tak dibayar untuk drama nih.'
Tamatlah kisah sedih seekor pahlawan lipas yang tewas dengan selipar jamban.
Bersambung...
Vote dan coment🥺
YOU ARE READING
Time Repeat II (COMPLETE)
Adventure-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang cuba merampas kuasa itu. "aku dah dapat!" "lari woi!!!!" Dengan perangai mereka yang selalu bergaduh...