Thunder dan Light duduk berhadapan kembar elemental.Masing-masing diam membisu. Mata fokus melihat muka setiap sorang.
"S-sama siot muka semua...",bisik batin Thunder.
Ice meminum air yang dibuat oleh Thunder manakala TTM sedang makan kek yang dibuat oleh Light.
"Erm...kami patut perkenalkan diri dahulu..nama aku Ice..",Ice memulakan bicara setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Aku Taufan!"
"Panggil aku Blaze!"
"Hai!! Aku Thorn!"
Mereka bertiga tersengih riang. Ice sahaja yang masih dengan muka datarnya.
"Nama aku Thunder..nih adik kembar aku nama dia Light..",jari terlunjuk menunjuk kearah Light yang sedang makan kek.
H-hai..
Thunder menyiku lengan Light perlahan.
Ouh.
"Jadi korang ialah kembar elemental? Adik kepada kak Esya?",soal Light inginkan kepastian.
Mereka berempat mengangguk laju.
"Ahh sebab ni lah abang Eric tak bagi jumpa korang...sebab muka kita sama..",kata Light dengan gaya berfikir.
Thorn mengangkat tangan kanannya sebelum menanyakan soalan.
"Warna rambut korang...original ke?",tanya Thorn teruja melihat warna rambut mereka berdua.
"Ahh..haah original..sejak lahir.",jawab Thunder sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Suasana menjadi kekok seketika.
....
Di rumah Esya...
Balik sahaja ke rumah semua orang tiada. Apa lagi terus risau Esya dan Gempa mencari kembar yang lain.
"Kereta takde mesti diorang keluar..",kata Eric datar.
"Kalau nak keluar pun bagitahu lah dulu..haih..",keluh Gempa lalu dia menelifon Ice.
Sudah 3 Kali dicall tapi tidak dijawab. Esya semakin risau.
"Takkanlah..."
Esya memandang Eric dengan muka risau.
"Ouh.. tidak.."
Mereka bertiga terus naik kereta dan menuju ke rumah Eric.
"Aik kenapa ke rumah abang Eric?"
"Ahh kau akan tahu kenapa nanti.."
Selepas setengah jam akhirnya mereka sampai di rumah Eric. Sangkaan Esya memang betul. Kelihatan kereta yang dibawa mereka berada di depan pagar rumah Eric.
Kelam kabut Esya masuk ke dalam rumah tersebut.
"K-korang!?"
H-hai?
...
Gempa memandang dua kembar tersebut dengan riak tidak percaya. Apakah benar manusia di depannya nih wujud?
Light yang rasa tidak selesa dengan pandangan Gempa terus memberinya sepotong kek dan secawan kopi.
"Ahh...makan lah dulu..",perlawa Light.
Esya dan Eric hanya melihat dari jauh.
"Apa patut kita buat?"
"Kita biarkan dulu.."
Tangan kanan Light dipegang oleh Thorn manakala tangan kirinya dipegang oleh Blaze.
"Kau memang sama macam Solar lahh",kata mereka berdua serentak.
"Kau sama macam Hali..",kata Gempa pula sambil memerhati Thunder.
Kembar dua itu hanya tersenyum kekok.
Ohok..ohok
Light tiba-tiba sahaja batuk,tangannya terus dilepaskan oleh Thorn dan Blaze.
"Kau ok?",tanya Gempa risau.
"Ahh ok.."
Thunder dengan pantas pergi ke dapur lalu mengambil ubat dari dalam almari.
Dia kembali semula ke tempat duduknya lalu memberikan ubat dan segelas air kepada Light.
"Kau belum makan ubat lagi kan...nah makan..",arah Thunder.
Light hanya mengikut arahan Thunder lalu memakan ubat yang diberi.
"Erm kenapa dengan Light.",soal Gempa ingin tahu.
"Ouh...badan dia lemah sejak lahir...jadi dia kena makan ubat...",jawab Thunder lalu dia meletakkan tangannya di dahi Light.
Kembar elemental hanya memerhati.
"Kau demam. Serious lahh.."
"Ada orang demam dalam kelas aku harini..hehe aku tak bawa penutup mulut harini.."
Thunder menggeleng kepala.
"Aku nak tanya...korang ada dapat mimpi pelik-pelik tak?",Ice mula bersuara.
"Hmm.."
Thunder dan Light berpandangan antara satu sama lain.
"Ada...diorang dua selalu muncul depan Thunder..",kata Light lalu memandang Thunder yang berada disebelahnya.
"Boleh bagitahu dengan lebih detail.."
"Muka diorang dua sama...sorang pakai baju merah hitam lagi sorang kuning putih... pakai topi macam korang tapi gaya lain sikit...sorang tuh pakai cermin mata..",jelas Thunder.
"Jadi mereka dah jumpa pewaris seterusnya.."
"Apa maksud kau?"
Semua memandang Ice pelik. Sejak bila pula polar bear nih kesah pasal benda gitu.
"Solar dengan Hali pernah muncul depan aku sekali... katanya diorang perlu cari pewaris kuasa seterusnya...",terang Ice.
"Maksudnya pewaris kuasa cahaya dan petir...tapi macam mana diorang dua nak cari kuasa tersebut."
"Ahh pasal tuh...depa suruh cari di puncak gunung..",sampuk Light.
"Puncak gunung dekat dengan rumah kita kan?!",Taufan terjerit kecil.
Semua memandangnya.
"Aku pernah terdengar Solar dengan Hali berbual pasal gunung dekat dengan rumah kita tuh.."
"Erm..Aku rasa dekat situ diorang sorok kuasa diorang.."
"Korang patut jumpa terlebih dulu sebelum ada yang dapat tahu maklumat nih..apa kata korang cari hujung minggu nih..kan korang cuti sekolah",cadang Gempa.
"B-baiklah.."
Thunder dan light masih tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh kembar elemental.
Kuasa? Pewaris? Apa kejadah semua tuh? Ini zaman moden mana wujud dogeng semua tuh.
Ye mereka tidak percaya akan apa yang disampaikan oleh kembar elemental. Sebab mereka hanya manusia biasa yang mempunyai penampilan yang berbeza dari orang lain.
Perlu ke diorang percaya?
Bersambung...
Vote dan coment👍
YOU ARE READING
Time Repeat II (COMPLETE)
Adventure-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang cuba merampas kuasa itu. "aku dah dapat!" "lari woi!!!!" Dengan perangai mereka yang selalu bergaduh...