Jam tangan yang dipakai oleh Light sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mereka berdua sudah hampir dengan puncak gunung."Sikit lagi nak sampai..."
Jalan punya jalan akhirnya mereka mula nampak cahaya matahari menyinari terang.
"Sampai punnnn"
Terdapat sebiji batu besar di tengah-tengah puncak gunung tersebut. Tertulis satu ayat yang hanya dapat dilihat oleh pewaris kuasa tersebut.
"Jagalah kuasa ini daripada diambil dari musuh yang tidak sepatutnya. Pewaris ku..",Thunder membaca ayat tersebut.
"Betul ayat baku dia guna..",perli Light.
Dua orang yang melihat dari jauh hanya mampu menahan diri daripada belasah kembar tersebut.
Thunder meletakkan tangannya diatas batu tersebut lalu satu cahaya merah mula meresap ke dalam tangannya.
I-ini...
Tangan Light juga diletakkan di atas batu tersebut tetapi tiada apa yang berlaku.
"T-tak jadi apa pun.."
Selesai sahaja Thunder meresap kuasa itu dia terus memandang Light risau.
"T-tak mungkin...aku pasti dia pewaris aku..."
"Aku rasa dia tak cukup kuat.."
Tiba-tiba muncul seorang alien di belakang Light.
Light!!!!??
Tubuh Light ditolak ketepi lalu lelaki tersebut menggunakan kuasanya dan terkena tepat pada Thunder membuatkan dia tercampak dari tebing gunung.
"T-thunder!!!"
Hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Light terus berlari kearah tebing tersebut lalu dia melihat kebawah untuk mencari kelibat Thunder.
T-tak...
Matanya mula mengalirkan air mata.
"Jadi kau bukan pewaris kuasa cahaya?",soal alien tersebut lalu dia mencengkam kolar baju Light kuat sehingga kakinya tidak dapat memijak tanah.
"A-aku tak tahu...lepaskan aku..a-aku nak Thunder...",pinta Light. Air matanya tidak berhenti mengalir.
YOU ARE READING
Time Repeat II (COMPLETE)
Adventure-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang cuba merampas kuasa itu. "aku dah dapat!" "lari woi!!!!" Dengan perangai mereka yang selalu bergaduh...