Mereka semua mula membuka langkah keluar dari tempat tersebut.TTM masih berkepit dengan Ali.
Tiba-tiba Solar dan Hali memegang dada mereka menahan sakit.
Argh!
Mereka berdua terduduk ke tanah. Hujan mulai turun tapi bukan hujan biasa. Air yang menitik dari langit berwarna hitam.
Setitik air yang menyentuh ke kulit mereka terasa seperti panas batu gunung berapi.
Kecuali Blaze yang tidak merasakan apa-apa.
"Apa pula sekarang nih..."
"Korang dua ok tak?",Gempa pergi kearah Hali dan Solar.
Belum sempat tangan Gempa menyentuh bahu mereka berdua bunyi guruh kedengaran.
"G-gempa..aku taknak mati...a-abang..",rayu Solar lalu badannya dan Hali mula menghilang.
"T-tak!! Jangan ambik adik aku!! Ambik je aku tolong...JANGAN!!!",jerit Gempa kuat apabila tangan Solar dan Hali yang dipegangnya sudah hilang.
A-apakah!?
Satu rantai besi mula mengikat Light.
Argh!!!
Light!!
Kelibat Light terus hilang dari penglihatan.
"Pulangkan adik aku!!!!"
Ice terus bertukar menjadi Air lalu menggunakan kuasanya untuk menukar air hujan yang turun.
"Kita kena cepat selamatkan mereka!",kata Ali membuatkan semua memandangnya.
Yelah diorang mana tahu kemana mereka bertiga dibawa.
"Haih...aku tahu tempatnya.",keluh Ali.
Mereka pun terus pergi ke tempat yang diberitahu oleh Ali.
....
Susuk tubuh yang tegap berjalan perlahan kearah Light yang sudah diikat dengan rantai besi.
"Pewaris yang lemah..bagus pilihan aku.", suaranya yang garau mula bersuara.
Light memandang kearah empunya suara.
Sebilah pedang dikeluarkan dari sarungnya lalu dengan pantas pedang dilibas tepat kearah kedua-dua belah mata Light.
Argh!!!! Mata aku!!!
Light menjerit kesakitan. Darah mula mengalir deras dari matanya.
"Biar aku cacatkan satu persatu anggota badan kau...",senyuman sinis terukir di wajahnya.
"T-tak guna kau!",bentak Light. Dia tidak mampu melihat.
Lelaki tersebut memetik jari lalu muncul satu bekas berwarna putih dan dalamnya mempunyai dua jantung yang masih berdegup.
"Aku nak kau lihat jantung duo maut nih tapi kau dah buta...hmm aku simpati terhadap kau.",katanya dengan nada yang dibuat-buat lembut.
"Apa kau dah buat dekat diorang dua ha!?",soal Light. Rasa sakit dicampak tepi.
"Aku cuma pisahkan jantung diorang dua supaya tiada sesiapa dapat menghalang aku...boleh dikatakan nih hobi aku...",jawabnya datar.
Pintu bilik tersebut diketuk dari luar. Kedengaran suara seorang wanita di sebalik pintu tersebut.
"Tuan Iran...mereka sudah sampai.."
"Baik...nanti aku pergi..."
Tangan Light dipegang oleh lelaki yang bernama Iran tersebut.
Pedangnya dihala ke tangan kiri Light.
"A-apa kau nak buat?",Light mula rasa tidak sedap hati.
"Aku dah kata...yang aku akan cacatkan badan kau satu persatu..",bisik Iran ditelinga Light.
Pedangnya dilibas kearah tangan Light sehingga putus.
Iran menutup mulut Light yang mula menjerit kesakitan.
"Shush...semuanya baik-baik sahaja.."
Langkah dibuka keluar dari bilik tersebut membiarkan Light yang sudah lemah kerana kehilangan banyak darah.
"Lalalalala masa untuk berjumpa dengan yang lain hehehehe...",Iran tersenyum gembira. Darah Light yang terpecik ke jarinya dijilat penuh nikmat.
...
Semua berdiri di depan sebuah rumah yang besar.
Kelihatan penjaga rumah tersebut sudah pengsan tidak sedarkan diri selepas dibelasah oleh Thunder.
"Mana adik aku!!!! Light mana!!!",jerit Thunder yang mula hilang sabar.
Gempa terus menghancurkan pintu rumah tersebut.
Terlihatlah ruang tamu yang sangat luas sudah seperti padang bola sepak.
Esya memandang ruang tamu tersebut.
Bunyi tapak kasut mula kedengaran dari arah tangga.
"Wahh korang dah sampai..",Iran menepuk tangannya gembira.
Sekelip mata tempat tersebut berubah menjadi padang yang luas.
Rumput berwarna hitam manakala langit berwarna merah darah.
"Selamat datang ke taman aku.."
"Ini dikatakan taman? Dah macam neraka je..",bisik Blaze.
"Neraka kan tempat dia.",bisik Ice datar.
Thorn menepuk tangan mendengar kata-kata Ice.
Jari dipetik lalu Light jatuh dari langit.
Tangan Thunder menggigil melihat keadaan Light.
"Apa kau dah buat dekat adik aku!!"jerkah Eric membuatkan langit merah tersebut retak.
Iran tersenyum gembira.
"Aku cuma bermain dengan dia...",kata Iran lalu muncul tangan kiri Light yang sudah putus di tangannya.
Tangan tersebut dicampak di depan Eric dan Thunder.
"Nah hadiah untuk pertemuan pertama kita bertiga!",Iran ketawa riang.
Eric mengengam tangan kuat. Thunder memegang tangan tersebut lalu dia menangis.
Satu bekas putih muncul di depan elemental dan Esya.
"Ha itu hadiah pertemuan pertama korang dengan aku..."
Mereka pelik melihat jantung yang masih berdegup.
"I-itu...jantung..Hali dan Solar..",kata Light perlahan lalu menunjuk kearah jantung tersebut.
"H-hali...S-solar.."
Mereka tergamam.
Bersambung...
Vote dan coment🤧
YOU ARE READING
Time Repeat II (COMPLETE)
Adventure-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang cuba merampas kuasa itu. "aku dah dapat!" "lari woi!!!!" Dengan perangai mereka yang selalu bergaduh...