Chapter 4

264 30 17
                                    


Hari yang dinanti-nanti sudah pun tiba. Selepas berfikir berkali-kali akhirnya Thunder setuju untuk ke gunung tersebut.

Dalam bilik si kembar...

Light masih tidur sebab kesan dari ubat yang dimakannya.

Jam menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Thunder sudah terjaga kerana terganggu dengan misi diorang dua hari ini.

Thunder duduk di penjuru katilnya sambil termenung menatap dinding yang kosong.

"Aku harap keputusan aku betul..",matanya melirik kearah Light yang sedang tidur.

Hmm...

Lampu meja belajar dibuka lalu dia mengambil beg dari dalam almari.

"Ermm aku sediakan barang siap-siap lah.."

Kain tuala,botol minum,snack dan paling penting ubat Light dimasukkan ke dalam beg tersebut lalu ditutup rapi.

Lampu dipadamkan dan Thunder tidur semula di katilnya.

...

Pagi menjelang dengan bunyi burung.

Thunder terjaga dari tidurnya lalu matanya melihat kearah katil Light yang kosong.

"Mana dia pergi?",gumam Thunder lalu dia bangun dari baringnya dan terus menuju ke tingkat bawah.

Bunyi muzik yang dimainkan di dapur mula kedengaran setelah dia makin hampir dengan dapur.

Di dapur...

Kelihatan Light sedang membuat sandwich sambil mendengar lagu dari radio milik Eric.

"Awal kau bangun....dah makan ubat?", persoalan yang sentiasa ditanya bila dia nampak Light.

Makin bosan Light mendengar soalan itu keluar dari mulut kembarnya.

"Aku bukan budak kecik kena ingatkan setiap masa..",desis Light dengan muka cemberut.

Kata-kata Light hanya dipalaukan oleh Thunder. Light hanya mampu melihat kembarnya buat pekak setiap kali dia berkata sebegitu.

....

Eric melihat adik-adiknya sedang memakai kasut.

"Pukul 6 petang aku ambik korang...cari sampai jumpa."

Light hanya menjeling abangnya itu.

Baru sahaja Light ingin mengangkat beg milik Thunder terus sahaja beg tersebut di pegang oleh Thunder dan Eric sambil mereka berdua berkata.

"No! Cannot!",jerit mereka berdua serentak.

Eric terus memberi beg ringan kepada Light.

"Kau bawa nih.."

Tch.

Dengan pasrah beg tersebut digalas oleh Light.

Mereka berdua pun pergi ke gunung tersebut.

Tiada masa untuk mereka berjumpa dengan elemental disebabkan mereka semua suruh mereka berdua bertindak cepat mencari kuasa tersebut sebelum orang lain menemuinya.

...

Selepas hampir sejam akhirnya mereka sampai di bawah kaki gunung.

"Hati-hati daki gunung tuhh..",pesan Pak Mat yang menghantar mereka berdua.

Baik!!

Thunder melihat jam tangannya yang menunjukkan tepat pukul 9 pagi.

Langkah dibuka dan perjalanan mereka bermula tanpa sedar ada yang mempunyai matlamat yang sama seperti mereka berdua

*






*


Skip time



*





*

Jam menunjukkan pukul 11 pagi dan mereka hampir sampai ke puncak gunung.

"Wehh..aku penat...ha...ha...",nafas Light tercungap-cungap. Tangannya memegang lengan Thunder.

"Kita berhenti sini.."

Mereka berdua duduk di bawah pokok sambil makan sandwich yang dibuat oleh Light pagi tadi.

"Perghh mengada betul pewaris kau siakk"

"Dia sakit tolong faham yer setan."

💢💢💢

Thunder hanya melihat kerenah mereka berdua dari jauh. Sebenarnya dari dia keluar rumah lagi dia sudah perasan dua orang tuh ikut dia sampai sekarang masih ikut.

"Apa perasaan jadi roh!!?",jerit Thunder membuatkan Light tercekik sandwich yang dimakannya.

Apa lagi gelabah Thunder dibuatnya. Botol air diambil dengan kelam kabut lalu dikasi kepada Light.

Disapu-sapu belakang adik kesayangannya itu.

"Sayang adik nampak!?"

"Kau tak sayang adik ke bahalol.."

"Tak aku benci adik aku.."

"Kalau benci kenapa sanggup berkorban nyawa!?",perli Thunder sambil menjeling.

"Itu tandanya sayang sangat-sangat!!",sambung Thunder lagi.

Light hanya mendengar sahaja percakapan kembarnya itu.

"Auww aku terharu~"

"Erk...a-wargh!!!"

Dan akhirnya badan lelaki tersebut dipeluk erat oleh jejaka berkaca mata tersebut.

"Ater bersweet tempat lain ahh..sakit mata tengok..",kata Thunder.

"Kau janganlah cakap macam tuh dekat hutan nih seramlah aku...bangang!",marah Light walaupun dia tahu Thunder sedang bercakap dengan dua orang mangkuk ayun tuh.

Thunder tersengih.

"Aku dah lama nak tanya...ermm kenapa Light sorang je tak nampak korang?",tanya Thunder dengan muka penuh tanda tanya.

"Sebab dia tak cukup kuat... tenaga dia lemah.."

"Pewaris ikut tuannya..lemah gituw.."

"Perangai jangan macam sial erk"

"Kesah lak aku."

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum kuat.

Thunder dan Light terus bangun dan menyambung semula perjalanannya.

Langkah mereka berdua juga makin cepat kerana rasa tidak sedap hati.

Adakah perkara buruk akan berlaku?

Bersambung...
Vote dan coment😆

Vote dan coment😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Time Repeat II (COMPLETE)Where stories live. Discover now