Pagi yang indah dimulakan dengan sesi pembelajaran.Semua pelajar tekun mendengar apa yang disampaikan oleh guru mereka.
Tapi bukan bagi si mangkuk ayun bernama Light tersebut yang sudah tidur sambil mukanya ditutupi oleh buku teks.
Orang yang duduk disebelahnya hanya mampu menggeleng kepala. Kenal sangat dengan Light yang suka tidur tapi pandai nak mampus.
Dia akan terlebih aktif bila belajar subjek Sains. Suka sangat bila ada experiment yang dilakukan.
Di kelas lain pula kelihatan Thunder sedang sibuk menulis nota yang diberikan oleh gurunya.
Mukanya kelihatan agak serabut mungkin disebabkan dia diganggu malam semalam sehingga tak dapat nak tidur.
"Tch. Nih semua sebab diorang dua...apa yang diorang nak pun aku tak tahu...",bebel Thunder perlahan.
Mulutnya asyik membebel dari tadi.
....
Waktu rehat...
Thunder duduk di pondok sambil membaca buku novel. Dah alang-alang tunggu Light sampai baik dia membaca dahulu.
Di atas meja sudah diletakkan bekas makanan berserta air minuman. Memang complete hidangan di atas meja tersebut.
Fuh fuh fuh..
Light yang baru sampai terus mengambil nafas. Penat berlari dari kelas lah katakan.
"Nah air..",Thunder menghulur botol air mineral kepada Light.
Dengan pantas botol tersebut diambil lalu diminum. Light duduk di kerusi berhadapan Thunder.
"Wahhh makanan.."
Belum sempat Light mahu mengambil seketul ayam goreng tangannya ditampar oleh Thunder.
"Tangan kau bersih tak?",soal Thunder sambil mengangkat kening.
Light tersengih lalu menuang sedikit air ke atas tangannya.
"Ok dah!"
Mereka pun menyamu selera dengan masakan dari Thunder.
"Makan nih....nih kena makan juga...lepas nih makan vitamin..",arah Thunder lalu meletakkan sayur sawi goreng dan peria goreng di dalam bekas makanan Light.
"Alaaa peria tak sedap...pahit...nanakkkkk",rungut Light dengan muka masam.
"Aip peria baik untuk kesihatan...makan atau kau nak aku sumbat dalam mulut kau..",ugutan Thunder membuatkan Light terus memakan peria tersebut.
Botol kecil yang mengandungi kicap tersebut dituang di atas nasi Light. Hanya sengihan diberi oleh Light.
"Kalau takde kicap memang tak sah erkk kau nih.."
Tahu sangat Thunder dengan perangai Light. Kalau dia makan nasi mesti kena ada kicap kalau takde dia takkan makan nasi.
Selesai sahaja makan Thunder terus mengemas bekal makanan lalu bekal tersebut diletakkan di dalam beg.
Botol vitamin dikeluarkan dari beg tersebut lalu diberikan 2 biji kepada Light berserta air mineral.
Tanpa banyak bunyi,Light terus makan ubatnya.
"Nanti balik tunggu dekat pondok bas macam biasa...kau jangan nak pergi merayap pula.",pesan Thunder yang tahu kembarnya mesti pergi melencong ke tempat lain.
Hehehehe
Mereka berdua pun balik ke kelas masing-masing.
*******
YOU ARE READING
Time Repeat II (COMPLETE)
Adventure-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang cuba merampas kuasa itu. "aku dah dapat!" "lari woi!!!!" Dengan perangai mereka yang selalu bergaduh...