Perkara yang berlaku sebelum nih berulang kembali.Pertarungan yang meragut nyawa duo maut tersebut.
Kejadian tragis yang takkan pernah dilupakan oleh kembar yang lain.
Kisah silam yang mewujudkan pewaris kuasa.
Adakah kematian yang sama akan berulang sekali lagi?
Ha...ha...ha...
Supra memandang kearah Reo dengan pandangan dingin.
Walaupun dia tahu apa yang akan terjadi daripada Thunder. Dia tetap tidak dapat mengubah masa lalu. Perkara yang sama terjadi untuk kali kedua.
Solar dipaksa minum poison dari Zira walaupun dia cuba untuk mengubah takdirnya. Badan mereka berdua bergerak seperti masa lalu walaupun mereka cuba untuk mengubah masa lalu. Jadi mereka berdua bersedia menerima takdir yang sama buat kali kedua.
"Kau takkan dapat kalahkan aku! HAHAHAHA!!"
"Biar aku sedarkan diri kau!"
Supra menyerang Reo dengan sepenuh tenaga.
Tanpa sempat Reo mengelak,pedang Supra sudah menusuk tepat ke jantungnya.
"Masa kau dah tamat."
"Aku akan bawa seorang bersama.",kata Reo.
Muncul satu pedang di belakang Supra tanpa sesiapa pun sedar. Dengan pantas Supra mengelak tetapi Reo lebih pantas menghalakan pedang kearah perut Supra.
Ting!
Masa lalu mula berubah.
Pedang Reo tercampak jauh darinya.
Yang melihat terkedu apabila orang yang menghalang pedang tersebut adalah...Thunder dengan pedang kilatnya yang menyerupai pedang Hali.
"K-kau!? Nih kuasa Hali!?",terkejut Supra dibuatnya.
"Ye aku...kami dua pewaris kuasa korang dua."
Thunder terus menikam perut Reo dengan pedangnya.
"Kau mati disini...Renjatan Halilintar!"
Tubuh Reo terus rentung dan menjadi abu.
Supra terpisah kepada Hali dan Solar kerana tenaganya sudah habis.
Tiba-tiba mereka bertiga dicampak jauh oleh Zira dengan menggunakan tali hitam.
"K-kau bunuh abang aku!!",tengking Zira tapi mereka bertiga tidak memberi apa-apa respon.
Kembar yang lain sudah terlepas dari tali tersebut.
Hali!!! Solar!!!
Belum sempat mereka menyentuh badan Hali,Zira terlebih dahulu munculkan cermin seperti yang terjadi kepada ejen muda.
"Korang tiga patut mati!!"
Zira mengeluarkan pedangnya dan terus menuju kearah mereka bertiga tetapi perbuatannya terhalang oleh Light.
"Tch..diorang dua tuh dah kehabisan tenaga boleh tak kau bagi diorang rehat sekejap?",pinta Light. Sebilah pedang sudah tertusuk di perut Zira.
Ohok...ohok..
Darah mengalir laju dari perut Zira.
"S-siapa kau.."
"Aku...manusia lah..Light Destroy.",bisik Light dan badan Zira bertukar menjadi abu hitam.
Mereka sudah berjaya. Mereka dua berjaya ubah masa lepas.
"T-takdir kita berubah.."
"A-aku..."
Bayangan mereka berdua hilang.
....
Di makmal Eric..
Mesin dimensi sudah berjaya dihidupkan.
"Korang ada 5 minit untuk bawa Thunder dan Light kembali ke dunia nih semula..",pesan Eric kepada Gempa dan Esya.
"Baik!"
Dengan perlahan portal dihidupkan dan mereka berdua terus masuk ke dalam portal tersebut.
Suasana dimensi tuh sudah hampir musnah dan kelihatan Thunder dan Light yang sedang duduk kepenatan.
"Korang!! Kita perlu ke-
Kata-kata Gempa terhenti apabila melihat Solar dan Hali yang sedang melihat kearahnya.
"T-tak mungkin.."
Hali dan Solar terus berlari kearah Gempa dan memeluknya erat.
"K-kami hidup Gem!! Kami hidup!!"
Esya yang melihat terkedu. Adakah ini mimpi atau realiti?
Gempa sudah menangis. Rasa rindu terhadap dua orang adiknya itu akhirnya terubati.
"K-kakak..",panggil Solar lalu badannya dipeluk erat.
"Maafkan kakak!!",Esya memeluk Solar lebih erat.
Light pergi kearah Ali lalu menarik tangannya.
"Jom ikut kami..",ajak Light.
"Tapi aku sebahagian dari dimensi nih..."
"Itu hanya satu penipuan dari Reo...kau tak pernah bersatu pun dengan dimensi nih...",kata Thunder membuatkan Ali terkesima.
Jadi selama nih dia ditipu.
Ali pun mengikut Light dan Thunder.
Dimensi tersebut mula menghilang.
Mereka semua dengan cepat masuk ke dalam portal dimensi sebelum dimensi tersebut hilang dari radar.
"Fuh! Aku selamat hohohoho",lega Solar dibuatnya.
Kembar yang lain melihat Solar dan Hali dengan muka terkejut.
"K-korang...huwargh!!!!",menangis semua elemental lalu semua mereka berempat memeluk Solar dan Hali erat sepeti tidak mahu melepaskan mereka berdua untuk kali kedua.
Adeh!
Kepala Thunder dan Light diketuk oleh Eric.
"Ha hambik kau...pergi tanpa kebenaran aku kan...dasar kambing..",kata Eric sedikit marah.
"Alaa maaflah..bukannya sengaja..",balas Light dengan muka cemberut.
Mereka hanya ketawa.
Bersambung...
Vote dan coment👍Anda rasa betul ke happy ending nih😌 nantikan sambungannya.
YOU ARE READING
Time Repeat II (COMPLETE)
Pertualangan-sambungan dari Different World- New adventure start. Semangat twins tersebut untuk mendapatkan kuasa cahaya dan petir dari diambil oleh musuh yang cuba merampas kuasa itu. "aku dah dapat!" "lari woi!!!!" Dengan perangai mereka yang selalu bergaduh...